Ads by nuffnang

Sunday, February 26, 2012

IKTIBAR DARIPADA TRAGEDI....

Salam singgah rakan rakan....

Dekat seminggu tak sempat update entri...biasalah
menguruskan tugasan harian....

Dari Khamis hingga Sabtu saya di Melaka, bukan untuk
JOMHEBOH tapi satu lagi episod Saksi Maut bersama
wartawan saya Linda Said.

Kali ini kami mendekati saksi dan mangsa kepada
kejadian Ribut di Bazaar Ramadan pada 13 Ogos 2010
bersamaan 3 Ramadan di Jasin.

Kalau rakan rakan nak tenguk kesan kepada kejadian
yang meragut 3 nyawa dan 18 cedera bolehlah
tonton di YOUTUBE taip aja Ribut Jasin.

Tapak Bazaar Ramadan di Jasin

Ada beberapa individu termasuk anakbuah saya,
Mariana Halim bertanya kepada saya, tidakkah
menemuramah saksi atau keluarga mangsa, bakal
membuatkan mereka mengingati perkara yang tragis
dan mimpi ngeri.

Saya maklumkan kepada mereka, sebelum kami
membuat rakaman, kami menghubungi, "recce"
dan berjumpa dengan keluarga mangsa.

Jika mereka tidak mahu dirakamkan kerana tidak
mahu mengingati kisah sedih kami akur dan tidak
meneruskan tugasan.


Jika mendapat persetujuan, baru kami tetapkan
tarikh untuk rakaman dan mereka juga akan
menandatangi surat akuan bahawa membenarkan
untuk berkongsi pengalaman.

Ada juga individu yang ahli keluarga lain sudi 
berkongsi pengalaman tetapi dia tidak dapat
ditemuramah hanya membenarkan visual diambil,
kami memenuhi permintaan mereka.

Saya turut memaklumkan kepada anakbuah saya,
sunat bagi kita mengingati kematian dan setiap
perkongsian yang dibuat oleh individu terbabit boleh
dijadikan iktibar.

Sesi temuramah dengan seorang daripada mangsa


Isteri kepada Arwah Abdol Omar berkongsi cerita

Terus terang saya katakan tatkala mendengar
pelbagai pengalaman yang dikongsi saksi pada
kejadian ribut di Bazaar Ramadan di Jasin,memang 
ngeri, tragis dan menyedihkan.

Bayangkan kurang daripada 30 saat, kemah
berterbangan melebihi ketinggian tiang lampu,
terhempas dan tiang terkena kepala mangsa.

SubhanaAllah....

Justeru pada petang Jumaat, ketika kami membuat
rakaman pasar malam di Merlimau, perasaan berdebar
debar tiba tiba menyelubungi diri saya.

Visual YOUTUBE Ribut di Bazaar Ramadan Jasin,
yang saya tonton berlegar di minda saya.

Saya dimaklumkan oleh saksi, kejadian berlaku
kira kira jam 4.45 petang dan belum ramai pengunjung
di bazaar.

Andai berlaku selepas jam 5.30 petang, mungkin ramai
lagi yang menjadi mangsa......

Sesungguhnya tiada siapa yang dapat menolak
suratan takdir yang telah ditetapkan olehNYA......

Alfatihah buat tiga mangsa yang terkorban....

Tuesday, February 14, 2012

Siapa pernah makan Buah Tarap????

Alhamdulillah selamat kembali ke Semenanjung
Ahad lepas dari Sabah dan sampai rumah pun dah
nak masuk waktu Isyak.

Semalam dan hari ini saya tak kerja kerana ganti
hari kerja Sabtu dan Ahad.

Semalam seharian di rumah aja kira kaqak tidur
dan rehat menggantikan waktu sepanjang tugasan.

Maklumlah dah 4 series ini, stamina agak sedikit
perlahan......

Sungguhpun di rumah tapi dok menghadap komputer
prebiu visual dan mengemaskini skrip staf saya
untuk siaran akan datang dan juga membuat beberapa
perancangan produksi lain.

Tengahari tadi ke ofis juga, berbincang seketika
dengan Penerbit Intai Intai Deko, Norlizah Yusoff
yang akan memulakan penggambaran musim kedua
awal Mac ini.

InsyaAllah Datin Nor Azlina Redzuan akan terus menjadi
pengacara rancangan terbabit.

Entri hari ini saya nak sentuh sikit pasal Buah Tarap.

Bagi orang Sabah tentu biasa dengan buah ini tapi
bagi orang Semenanjung seperti saya sunggguhpun
dah beberapa kali ke Sabah, ini kali pertama saya
mencubanya.

Terima Kasih pada Pak Kassem, seperti komen
sahabat blogger, Iskandar aka DR Bubbles, Pak Kassem
memang baik orangnya.

Sungguhpun usia melebihi 65 tahun, tapi masih
"steady" mengendalikan kamera.

Bagi Iskandar mahupun Echah Syed pasti dah
pernah merasai buah tarap yang tumbuh
di pinggir hutan dan pokoknya dikatakan
agak tinggi.

Macam buah nangka...

Gerai milik Nailyn
Dalam perjalanan dari Kudat ke Kota Kinabalu,
kami melalui kampung dikenali sebagai
Kampung Kukut.

Terdapat beberapa pondok gerai yang menjual
buah buahan, jagung bakar, minuman ringan
beserta kraftangan.

Kami singgah di pondok milik Nailyn dan sempatlah
saya merasa buah tarap.

Pak Kassem memilih buah tarap untuk dibawa balik ke KK

Memang sedap bah.....
Nak kata rasa macam nangka, tidak juga, cempedak
pun bukan juga, tapi saya telah menghabiskan sebiji
kecil dan memang sedap bahhh.......

Isinya lembut dan manis.......

Nailyn menjualnya dengan harga di antara RM 3 ke
RM 5 mengikut saiz dan ia mengikut musim.

Menurut Pak Kassem, di Kota Kinabalu kadangakala
harganya boleh mencecah di antara RM 7 ke RM 10
dan bijinya juga boleh direbus atau digoreng dan
rasanya macam kuaci.

Rakan rakan yang pernah mencuba bolehlah
kongsikan pengalaman merasai buah tarap yang
juga dikatakan boleh dibuat lauk dan makan
dengan nasi....

Huh....Sungguh bertuah kita menduduki bumi Malaysia
yang kaya dengan pelbagai khazanahnya....

....Alhamdulilllah.........

.....Macam macam ada......

Bersama Nailyn dan anaknya.....

Saturday, February 11, 2012

Pulau Banggi....pulau terbesar di Malaysia.......????

Hari keempat di Sabah Negeri Bawah Bayu, barulah pagi
ini dapat menghadap blog dan membaca emel.

Saya bersendirian ke Sabah pada Rabu lalu menaiki
Air Asia AK5102 berlepas dari LCCT jam 0930 pagi dan
sampai di  Kota Kinabalu, 10 minit awal daripada waktu
asal iaitu 1205.

Sepanjang perjalanan di udara cuaca baik, jadi dapatlah
melelapkan mata seketika.

Sampai di Lapangan Terbang Kota Kinabalu, jurukamera
kami di Sabah Pak Kassem dan anaknya Azizi sudah 
menunggu.

Kami teruskan perjalanan ke Kudat. 

Seperti yang saya katakan dalam entri tempuhari, saya
ke Sabah untuk satu lagi episod Saksi Maut dan kali ini
paparan 16 mangsa kot karam di Pulau Banggi.

Entri mengenai tugasan terbabit akan saya kongsi lebih
terperinci, InsyaAllah akan datang, tetapi untuk hari ini
saya kongsi kisah sambil lalu.....

Sungguhpun jarak diantara Kota Kinabalu dan Kudat
kira-kira 230 kilometer, ketiadaan lebuhraya yang besar
dan selesa seperti di Semenanjung, justeru perjalanan
mengambil masa lebih 4 jam termasuk berhenti
makan seketika.

Kira boleh balik semula ke Semenanjunglah...

Bermalam di Kudat dan malam itu juga kami terus
mengadakan perbincangan dengan Encik Hasim Hama,
Pemaju Mukim Kawasan Pulau Banggi untuk
penggambaran keesokan harinya.

Hari kedua, sebelah pagi menemuramah ADUN Banggi
Datuk Abdul Mijul Unaini dan seterusnya ke Pulau Banggi
menaiki feri mengambil masa kira kira 1 jam 35 minit.

Sampai di Jeti Pulau Banggi,Encik Hasim terus menjamu
kami sotong bakar,ikan bakar di makan dengan ubikayu.

Tenguklah photo kat bawah ini.....

Sedap sungggup bahhh.......





Campuran Ubikayu dan tepung yang dikukus....

Makanan laut yang segar bah.......

Mungkin ramai tidak mengetahui Pulau Banggi adalah
sebuah pulau yang terbesar sekali di Malaysia diikuti
dengan Pulau Langkawi, Pulau Pinang dan Labuan.

Pusat Pentadbiran Pulau Banggi adalah Pekan Karakit
dan di pekan ini ditempatkan Pejabat Daerah Kecil Banggi,
Rumah Rehat, Klinik Kesihatan, Jabatan Haiwan, Sekolah,
Balai Polis, Pejabat FELCRA...dan beberapa agensi lain...

Kami bermalam di Rumah Rehat Kerajaan...



Pengambaran aktiviti sekitar Karakit



Pulau ini paling hampir dengan sempadan Malaysia-Filipina.

Cara pengangkutan ke Pulau Banggi adalah dengan
perkhidmatan feri atau bot dari tanah besar Kudat.

16 mangsa yang terkorban petang Raya Haji 2009
ke Pulau Banggi untuk menghadiri majlis kenduri
dan korban dengan masyarakat tempatan.

Antara bicara saksi yang kami temui merawan hati
saya tatkala si suami dalam keadaan letih,
membantu mengikat jasad isterinya di tepi bot agar
mayat tidak hanyut dipukul badai....dan kemudian
dengan perlahan lahan bot tenggelam ke dasar laut.....

MasyaAllah.......

Saya akan kongsikan lagi......
ni dah nak ke lokasi penggambaran seterusnya
ke Papar.....
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...