Ads by nuffnang

Saturday, January 28, 2012

Bila banyak sangat bercuti.......

Sungguh pantas masa berlalu dah seminggu saya tak
berkesempatan mengemaskini entry di blog.

Dah cuti pun panjang, maka bercambahlah vitamin "M",
(malas) untuk berkarya, masa cuti Tahun Baru Cina dok
lepak kat umah "mengqadak" rehat dan tidur yang
terlepas......

Rangkumannya minggu ini, hari Rabu, staf saya sempat
mengadakan kejutan potong kek harijadi saya yang
berlalu 21 Januari.

Terima kasih banyakalah Liza, Fieza dan Almaz yang
merancang kejutan terbabit.

Keknya sedap tapi manis.......




Hari Khamis, kami mengadakan 'potluck sarapan pagi".

Seperti yang saya maklumkan sebelum ini, setiap
hujung bulan diadakan "aktiviti sarapan bersama"
yang secara tidak langsung mengeratkan silaturahim
di kalangan staf yang "otai" dengan staf yang yang
"junior".

"Chik Inn, bulan ni kita tak ada artis bersarapan dengan
kita macam bulan lepas ada  Neelofa so bulan ini
kita ada Nee Nurul Syuhada lah", bos saya Nuraesah
Malik membuka bicara.......

Diikuti gelak ketawa rakan rakan yang lain......

"Hah...bulan depan giliran Nurul bawa potluck ya",
saya menambah.....

Nurul Syuhada tersenyum dan menggangguk.....

Jemput makan........
Nuraesahah Malik dan Noraini Tahir......

Tak ada Neelofa.....tapi ada Nee Nurul Syuhada.....


Hari Jumaat pulak, memang sibuk dengan beberapa
mesyuarat dan perbincangan mengenai dua lagi
program baru di bawah penyelarasan saya......

Dah nama pun kerja....memang banyaklah perkara
berkaitan produksi yang perlu diselesaikan....

Jangan lupa saksinya program terbaru terbitan saya
"Saksi Maut' di TV9 bermula 31 Januari ini jam
10malam.

Promo dah beberapa kali keluar di TV9....

Manakala hari ini, selepas sesi fisioterapi di Ampang,
makan tengahari ditaja oleh adik angkat saya Zahir.

Selain makan tengahari sempat pulak dia beri hadiah
"belated birthday"....

Alhamdulillah....rezeki.......terima kasih dik...

Nak tahu apa yang diberi.... tenguklah photo di bawah
ini........


Tambah lagi koleksi jam tangan saya......Syukur Alhamdulillah......




Saturday, January 21, 2012

Tahun berganti...Umur bertambah.....

Alhamdulillah, bertambah setahun lagi umur saya
hari ini.....dah pertengahan 4 series.....



Ajal maut ditentukan Yang Maha Esa...

Makin bertambahnya umur seseorang itu, makin
dekatlah rasanya kita akan bertemu dengan
Allah Maha Pencipta...... justeru bagaimana bekalan
kita untuk menemuiNYA nanti.......

Saya tertarik dengan petikan yang tertulis....

Ambillah waktu untuk berfikir, itu adalah sumber
kekuatan....

Ambillah waktu untuk berdoa, itu adalah sumber
ketenangan....

Ambillah waktu untuk belajar, itu adalah sumber
kebijaksanaan....

Ambillah waktu untuk berehat, itu adalah sumber
kesegaran...

Ambillah waktu untuk mencintai dan dicintai,
itu adalah hak istimewa yang diberikan Allah...

Ambillah waktu untuk beramal, itu adalah kunci
menuju syurga......

Renung renungkan.....

Terima kasih kepada rakan rakan yang mengirimkan
ucapan dan doa pada hari kelahiran saya
di Facebook mahupun sms.

Moga sama sama kita sentiasa dalam peliharaanNYA
dan terus diberkati dunia dan akhirat......

Haa...hari ini, hari ketiga saya bertugas di Kedah
untuk satu lagi episod Saksi Maut, justeru tak adalah
makan makan kek dengan rakan rakan di ofis
seperti tahun lepas.....jamuan "terkejut" yang mereka
buat....

Sampai KL, memang dah letih sangat, tapi adik adik
angkat saya, Liza, Nora, Zahir ajak sangat makan malam
di Restoren Muhibah di kawasan Sungai Penchala,
pergilah juga......

Kesian tak dapat bawa si Adam Iskandar, sawa albino
kesayangan saya untuk meraikan dan makan bersama.....
(makan bersama macam sambutan tahun baru cina
pulak) kalau bawa mau pengunjung lain cabut lari......

Lazimnya kalau hari jadi, saya suka membeli sesuatu
untuk diri sendiri sebagai tanda ingatan...bukanlah
sesuatu yang berharga tinggi, kira seadanya......

Berikutan memang tak ada masa, kerana sibuk dengan
tugasan, maka saya hanya sempat membeli fridge
magnet.

Itupun kerana di jual di atas pesawat Firefly yang saya
naiki petang tadi.....

Comel juga fridge magnetnya....tenguk kat bawah ini....



Bagi sesiapa yang turut menyambut hari lahir sama tarikh
dengan saya pada 21 Januari...Selamat Panjang Umur,
moga kita sentiasa dalam peliharaanNYA......dimurahkan
rezeki dan diberi kesihatan yang baik......

Aminn.......

Saturday, January 14, 2012

Sepetang bersama keluarga Mr Lotong.....

Hari ini seharian saya di Ijok dan Kuala Selangor
untuk merakamkan satu lagi episod kehidupan
kisah meruntun jiwa untuk program Saksi Maut,
Episod 4 bersama Fieza, wartawan yang
ditugaskan.

Kisah Rashidah Abd Samad, dia terbabit dalam
kemalangan pada 13 September 2010 dalam
perjalanan untuk menghadiri kenduri arwah
bapa mertuanya di Muar, Johor.

Dalam kejadian terbabit, suaminya Koperal Rubaie
Abdul Rahman dan anak sulongnya Nur Aziera 15 tahun,
meninggal dunia di tempat kejadian.

Esok, Fieza akan menyambung penggambaran
di Muar bersama Shidah dan 2 puterinya.

Shidah dan dua puterinya.....

Menyentuh tajuk blog saya hari ini, kami sempat
ke Bukit Melawati, antara lokasi yang sering
di bawa Arwah suami Shidah bersiar bersama
keluarga.



Agak lama juga saya tidak ke sana.

Sesampai di atas bukit, punyalah banyaknya
Lotong antara spesis monyet juga, tapi ia
lebih hitam daripada beruk, kera mahupun
monyet.


Menurut petugas di sana, lotong yang mendominasi
kawasan di sekitar Bukit Melawati memang jinak.

Manjanya Mr Lotong.....

Dan daripada pemerhatian saya, lazimnya bagi satu satu lokasi yang sering dikunjungi pelancong,
terdapat peniaga bermotorsikal yang menjual
minuman atau makanan ringan.

Agak berlainan di sana, kerana peniaga menjual
makanan untuk diberikan kepada penghuni
tetap di Bukit Melawati iaitu Mr Lotong dan
keluarganya.


Kacang panjang, Ubi Keledek, pisang, di jual
di antara Rm 1 ke Rm 5.

Dan satu yang menarik perhatian saya, tatkala
anak anak kecil Lotong masa usia kecil, bulunya
berwarna perang tetapi meningkat dewasa terus
menjadi hitam......

Anak dikendung berwarna keperangan....

Sungguh besar kuasa Allah Maha Pencipta.....

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...