Ads by nuffnang

Saturday, April 26, 2014

Redha dengan ketentuan Allah.......

Kisah semalam.......di Negeri Sembilan....

Pelajar tahun lima di Sek SK Sungai 2,
Gemencheh....

Mohd Najmi Fakri Zurli, anak keempat
daripada lima beradik.

Keletah menyusun ayat dan sungguhpun
kerap tidak hadir ke sekolah, pencapaian
dalam pelajarannya tidak terganggu.

Gemar matapelajaran matematik......

Namun setiap perjalanan hidup setiap insan
telah direncanakan oleh Allah swt kerana DIA
lebih mengetahui apa yang terbaik
buat umatnya.

Ketika berusia 3 tahun Fakri disahkan mengalami
kerosakan buah pinggang dan kini dia perlu
menjalani rawatan CAPD atau cuci
air untuk buahpinggang empat kali sehari.

Cuba rakan rakan bayangkan keadaan si kecil
ini membesar tidak seperti rakan rakan sebayanya 
yang lain bebas untuk bersukan, melancong dan
makan apa saja, tapi tidak bagi Fakri.....

Satu jawapan yang menyentuh perasaan
saya kelmarin.....tatkala dengan selamba dia
menjawab pertanyaan saya mengenai masalah
kesihatannya....

'Saya redha ajalah...saya dapat sakit ini saya  
tahu kerana Allah sayangkan saya.....
Allah dah tentukan saya sakit dan Allah akan
beri peluang kepada saya...'

Subhana Allah.......

Dia seorang anak yang cekal tanpa menitiskan
pun airmata berbanding kru Bersamamu
bergenangan butir air di kelopak mata tatkala
mendengar isihati si kecil itu.......



Bijak menyusun ayat dan pandai
 mengambil hati saya...
 

8 comments:

  1. Assalamualaikum,
    saya yang baca pun berpasir mata jugak.

    ReplyDelete
  2. Sama samalah kita doakan yang terbaik untuk adik Fakri ni ya Anyss.....

    ReplyDelete
  3. Moga adik ni cekal hadapi dugaan yg besar ni chik inn

    ReplyDelete
  4. Semoga perjalanan adik ini di permudahkann n aamiin

    ReplyDelete
  5. Fakri sememangnya seorang anak yang sangat, sangat, sangat tabah dan bijak. Semoga Allah sembuhkan penyakitnya, panjangkan umurnya dan permudahkan perjalanan hidupnya.

    ReplyDelete
  6. besarnya dugaan yang dihadapi.... semoga urusan seharian adik ini di permudahkanNya

    ReplyDelete
  7. Subhanallah.. hebatnya si kecil ni..bersihnya hati si dia..dik,moga dirimu sentiasa dalam rahmat Allah..amiinmm

    ReplyDelete
  8. Keadaan Fakhri skrg bergantung kepada hemodialysis.. Dua hari sekali di Pusat Hemodialysis Hospital Tampin.. Doakan kesihatannya..

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...