Ads by nuffnang

Saturday, December 31, 2011

Fisio oh fisio........

Lazimnya kalau hujung minggu iaitu pada hari Sabtu
atau Ahad, jika saya tidak ada tugasan luar, saya akan
beriadah atau "fast walking" di Taman Kiara, Taman
Tun Dr Ismail.

Tapi pagi ni selepas sarapan pagi jam 8 saya terus
ke AmpWalk Mall, Jalan Ampang untuk sesi fisioterapi
di DBC physiotherapy & Active Rehabilitation Centre.

Ini rentetan kepada keputusan MRI yang saya buat
tempuhari kerana masalah lengan kanan saya.

Saya di jangka berulang alik ke sana di antara enam
ke lapan minggu, andainya tiada perubahan, kenalah
saya buat pembedahan.

Pusat fisio ini nampak macam gimnasium, tetapi
sebenarnya sesi latihan yang diatur untuk setiap
pengunjung.....aduh macam nak tercabut lengan
saya lebih lagi dikatakan otot otot dah jadi malas....

Petugas di sana yang kebanyakannya golongan
muda, sangat peramah dan sentiasa memberi
semangat.

Nampak aja sebahagian peralatan yang digunakan
"sempoi" tapi bila menggunakannya, memang
mencabar.....

Jagalah kesihatan sebaik-baiknya.....

Antara petugas di DBC


Nampak aja macam stereng kapal tapi bila menggunakan terasa segala
otot lengan macam nak tercabut



Tahun 2011 akan melabuhkan tirai dan selamat
datang 2012.

Moga tahun mendatang ini memberi kita semua kesihatan
yang baik, dimurakan rezeki, dipermudahkan segala
episod kehidupan kita dan sentiasa mendapat hidayah
dan dalam peliharaanNYA.

Thursday, December 29, 2011

Sarapan pagi bersama Neelofa......

Pagi ini unit kami mengadakan "pot luck" sarapan
bersama staf Primeworks Studio khsusnya unit "Magazine
and Documentary".

Bukannya majlis khusus, sekadar suka suka akhir tahun.

"Pot luck" kali ini beberapa staf "otai" yang
bertanggungjawab untuk membawa makanan iaitu
Azizah Ariffin dengan beehonnya, Noraini Tahir menaja
nasi lemak, Nuraeshah Malik dengan roti jala,
Junaidah Md Din popiah otak otak, Hartina Harun puding
jagung dan saya  dipertanggungjawabkan untuk
penyediaan minuman.

Kalau saya nak buat sendiri air memang payahlah,
jadi saya menempahlah dari kantin kami.

Nak jadikan cerita, rakan rakan dah mula bersarapan pagi,
Teh Tarik 2 jag dan Nescafe O, 2 jag tak sampai juga,
maka jadi bahan lawaklah air yang sampai lewat tu.

Dok tengah asyik menikmati sarapan pagi,
pelakon meningkat nama Neelofa kebetulan ada di
pejabat kami untuk rakaman Nona, maka kami pun
jemputlah dia makan bersama.

Dan kesempatan yang ada turut diambil saya dan rakan
untuk mengabadikan gambar dengan Neelofa.....kira
tambahan koleksi bersama artislah......

Wardina yang baru selesai mengacarakan Malaysia Hari Ini
turut bersarapan bersama kami.

Akhir bulan depan, staf "peringkat pertengahan" pula yang
akan menyediakan "pot luck".

Beginilah antara cara staf PWS merapatkan hubungan
silaturahim, kalau makan di kantin masing masing duduk
berasingan.

Jadi kalau macam ni, duduk bersama sambil
berbual dengan pelbagai topik antaranya persediaan
anak anak untuk ke sekolah di samping perancangan
produksi untuk tahun depan.



Air tak masak lagi ke Chik Inn????? Rakan rakan mengusik.........

Akhirnya sampai juga Teh Tarik dan Nescafe O

Kek tajaan Aien



Neelofa nak minum agak terganggu kerana ada saja staf nak ambil gambar dengannya.



Wardina dengan aksi tersendiri


Monday, December 26, 2011

Siapkan beribu ringgit untuk ke JPO..........

Semalam seharian saya di Selatan Tanahair kerana ada
temujanji dengan responden bagi tugasan program baru
Saksi Maut.

InsyaAllah rakaman penggambaran akan dibuat pada
minggu pertama Januari tahun depan.

Entri mengenai penggambaran di sana akan saya
kongsikan kemudian.

Hari ini saya ingin menulis sikit mengenai satu lokasi
tarikan terbaru di Johor khususnya di Kulaijaya iaitu
Johor Premium Outlets atau JPO.

Ia dirasmikan oleh Perdana Menteri,
Datuk Seri Najib Tun Razak pada 11 Disember lalu.

Rasanya ramai rakan blogger dah mengetahui mengenai
JPO malah saya pasti ramai juga dah sampai ke sana.

Berikutan semalam, hari  x'mas dan cuti bersambung
hingga ke hari ini, punyalah ramai pengunjung
memanafaatkan cuti bersama keluarga serta rakan
dan rasanya JPO antara menjadi pilihan.

Tak tahulah memang nak beli belah atau sekadar nak
berkunjung macam saya juga.

Ibarat kata kalau orang tanya, dah sampai JPO, maka
pastilah jawapan saya dah sampai.....

Terdapat lebih 80 jenama yang dijual dengan
menawarkan potongan harga sebanyak 25 hingga
65 peratus saban hari.

Beberapa butik yang menjual beberapa "jenama"
yang memang digemari, pengunjung perlu berbaris
panjang untuk masuk ke butik.

Mak oiii......tak laratlah .....saya nak beratur lama,
memang tak dinafikan harga yang ditawarkan memang
agak rendah, tapi perlu beratur nak masuk, beratur
nak cuba pakaian yang hendak dibeli, beratur
untuk membayar.....

Nak beli makanan ringan, bayar tempat letak kereta,
nak ke tandas pun perlu beratur panjang, sabar ajalah......

Sebab ramai sangat orang, lagipun temujanji saya
dengan responden di Kota Tinggi sebelah petang,
maka kira saya ke JPO tu Touch and Go ajalah.

Saya hanya beli satu kemeja Timberlands sebagai
kenangan dah sampai ke sana......kira baju kerjalah....







Bagi saya, nak membeli belah tu tak kira di mana sekali
pun, yang paling penting, bila membeli, perlu lah
membeli dengan berhemah dan elakkan pembaziran.....


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...