Ketika tugasan Intai Intai Deko di Perlis Indera
Kayangan, saya amat teruja dengan keindahan
senibina sebuah Rumah Melayu Lama Perlis/Kedah
yang dibina awal 1920an kira lebih 90 tahun usia
rumah terbabit .
Bagi rakan rakan blogger berasal dari Perlis, pastinya
rumah ini tidak asing bagi anda....
Terletak di Jalan Dato Wan Ahmad(sebelum ini dikenali
sebagai Jalan Pengkalan Asam) mengambil nama
sempena nama tuanpunya rumah terbabit, di antara
individu penting di Perlis satu masa dulu.
Kini rumah ini didiami generasi ketiga, kira cucu
kepada Dato Wan Ahmad.
Sekitar perkarangan luar rumah Dato Wan Ahmad |
Kami sempat berjumpa dan menemuramah seorang
daripada generasi ketiga Datuk Wan Ahmad,yang
mesra dengan panggilan Mak Ngah.
Berusia hampir 70 tahun, Mak Ngah bekas guru, sekali
imbas nampak macam baru lepas pencen, hakikatnya
dah lama meninggalkan alam perguruan....
kira Mak Ngah ni awet muda tau.....
Sempat jugalah dia memberi rahsia bagaimana kelihatan
muda dan ceria sentiasa kepada saya.....
Di ruang tamu |
Dia memberi penerangan dan sejarah di sebalik
terdirinya rumah terbabit yang mempunyai tarikan
tersendiri....yang dikatakan seratus peratus tukang
rumah adalah anak Melayu.....
Ukiran kayu dalam dan luar rumah memang menarik
dan unik.....
Nor Azlina khusyuk mendengar penerangan Mak Ngah |
Mak Ngah memang peramah...... |
Jadi tunggu kisah senibina istimewa rumah warisan
Dato Wan Ahmad tidak lama lagi........
Hanya di TV3........
erm... cantiknya rumah cam ni... dh lama ngidam... hehehe... ssh nk buat skang nie... mampu nengok ja la... thanx for sharing...
ReplyDeleterumah lama memang cantik, berseni kan
ReplyDeletesya memang suka menikmati pemandangan di kawasan kampung
senibina melayu memang unik... cantik nya umah tu dengan pastel soft colors...
ReplyDeleterumah lama mertua di perak pon ala2 camtu.. tingkap nako tapi kayu.. antik kan..
cantik sangat.. kalau ada rumah sndiri, kat dalam saya nak buat ala2 rumah kg punya style! pastu kat luar pon nak buat ciri2 tambahan guna kayu ukiran camtu!! huhu~ berangan nieyyhh!
ReplyDeleteAnuar Dan juga melukis ‘ukiran budi’ Melayu dengan bentuk dua dimensi, mengutip segala khazanah budaya, ukiran kerawang, bumbung rumah Kutai, tangga Melaka, buyung, serkap ayam sangkar burung…semua kembali untuk dicintai kerana dia percaya di situlah inti dan semangat budi Melayu yang bersalutkan akal menyatu di jiwa.
ReplyDeleteProf. Siti Zainon Ismail