Sejak kebelakangan ini kalau waktu tu sehari 30 jam pun
tak pa rasanya, kerana berderet tugas menunggu yangperlu diselesaikan.
Sampai ofis awal, sambung sedikit lagi skrip Jejak Rasul
yang tak dapat diselesaikan malam tadi.
Jam 10 pagi, setiap minggu, lazimnya saya perlu
menghadiri mesyuarat pengurusan Primeworks Studio
(PWS) membincangkan hal ehwal wargakerja dan juga
program yang sediaada serta perkara perkara berkaitan
penerbitan.
Selesai mesyuarat, diskusi sebentar dengan krew produksi
Rona.
Lepas tu, saya terus ke lokasi untuk rakaman "moderator"
Intai Intai Deko bersama Nor Azlina Redzuan.
Nasib baiklah lokasi kali ini berhampiran Sri Pentas,
tak lah terkejar kerja sangat.
Pemilik rumah, Sani Iskandar, sememangnya insan
yang berbabit dengan dunia hiasan dalaman, justeru
susun letak dan kombinasi hiasan rumahnya
memang A++++ lah.......
Memang teruja tenguk kediaman Sani....
Nak download photo rumah Sani tapi tak dapat lah pulak...
tak tahulah apa dah jadi dengan laptop saya......
dah pening macam saya juga kot.....Selesai rakaman, kembali ke Sri Pentas dan menguruskan
beberapa perkara mengenai tugasan Intai Intai Deko yang akan ke Beijing, minggu depan.
Setelah menguruskan apa yang patut, ada satu lagi
perjumpaan untuk tugasan Rona akan datang.
Dalam keadaan letih sejak dua menjak ini dan minda
pun berfikir banyak perkara, saya pun pandu kereta
untuk ke lokasi yang dijanjikan.
untuk ke lokasi yang dijanjikan.
Dok ralit memandu dan berfikir, mata tenguk aja jalan
dan mengikut saja kereta di depan, sedar sedar
saya dah tersalah laluan.
Dan biasalah kalau di ibukota kalau dah tersalah jalan,
huh berpusing jugalah dibuatnya.....
Ini bukan kali pertama ia berlaku.
Ada sekali itu, saya memandu dengan anakbuah, dok
seronok berborak, dalam pertengahan perjalanan
saya "blurr" sekejap dan bertanya sebenarnya mana
lokasi yang hendak dituju sedangkan memang nak
ke Klang.
Saya tak tahulah adakah rakan rakan pernah mengalami
senario seperti saya ini???.
Ia bukanlah dikira memandu dalam keadaan bahaya,
tetapi pada nak cepat jadi lambat.......
Kesimpulannya, tenangkan jiwa dan minda ketika
memandu......jangan sampai memandu terlupa
detinasi yang hendak dituju.........
Assalammualaikum cik inn
ReplyDeleteoh,pernah saya alami
sebal je rase,mcm tak pecaya mcm mane blh salah jln
ye sll juga hubby saya kakInn..hajat nak singgah beli barang di kedai otw blik rumah sll terlupa sbb syik duk borak..sedo2 dh sampai rumah..
ReplyDeleteBiasa lah tu
ReplyDeleteKena kurangkan fikir benda Lain time drive
pe gak lah cam tu.. tapi tak lah tersasar jauhh.
ReplyDeletepenat sangat tu cikk inn, harap ada rehat rehat yg selesa untuk sehari dua.
ReplyDeleteassalamualaikum chik inn...LM pernah 2-3 kali kena camtu..
ReplyDelete