Ads by nuffnang

Saturday, June 11, 2011

Santai di hujung minggu.....

Berikutan esok hari Ahad, hari lebih kepada bersantai 
bersama keluarga dan sahabat handai, justeru saya
kongsikan entri yang lebih rilek buat bacaan rakan rakan.....

Saya terima beberapa hari lalu dari member baik
saya Shahnun Haniff.

Kisah mengenai dua sahabat....

Abu org Trengganu, manakala Amer org Kedah. 

Tinggal satu bilik..katil double decker.. Amer kat atas.. 
Abu kat bawah. 

Amer ni sukaa baca majalah dan komik... si Abu lak 
suka pinjam.. belinya tidak.

So, Amer ader sedikit bengang ler kat Abu ni.

Kekadang... majalah yg baru dibeli Amer, tak sempat
nak baca lagi, Abu dah kebas baca dulu...bila kasi balik 
dah lasam... tension lah Amer.

Satu hari, Amer balik dari outing dan beli majalah UJANG.

Siap cover tak kasi Abu nampak.

Lepas basuh baju, kemas sedikit sebanyak dan siapkan 
homework... dia pun nak rilek ler kat atas katil. 

Majalah UJANG bawah tilam pun dia bawa keluar. 

Elok jer dia baring.. baru buka mukasurat pertama..
Abu kat bawah dia bersuara..

"Amer.. nok ujang.."

"Nanti la sat... aku baru jer nak baca..." Amer menjawab
dengan lembut...

"Ameer... nok ujang tu" Abu tak putus asa.

"Nanti la dulu.. bagi la aku baca dulu.. nanti abih aku 
bagi kat hang laa!" panas sikit Amer.

"Amer ! Nok ujang !!" Suara Abu sedikit keras.

"Hang ni dah melampau.. kalau nak, beli lah sendiri...apa.. 
hang ingat aku beli UJANG ni dengan duit bapak hang ka??"

Amer dah naik angin.. siap turun dari katilnya.

"Laaa.. aku kata tu.. haghi nok ujang tu.. mung basuh 
kaing.. kekgi basoh.." kecut Abu jawab..

Drummmmmm.. hujan pun turun dgn lebat..

Photo Hujan dari Google Images

Baju Amer kat ampaian pun basah kuyup.......

Macam macam.... apapun.....

Tahniah pasukan Abu menjuarai Piala FA 2011.....

10 comments:

  1. ani, angkat kain di jemuran, hujan dah turun!..

    ReplyDelete
  2. Jemarioren,
    Dailog tu, sering menjadi ikutan walaupun filem tu dah berpuluh tahun....terus malar segar....

    ReplyDelete
  3. Teringat satu ketika lamaaa dulu...Ada lecture dari Johor naik angin bila dengar student kelantan panggil dia 'Betina'. Student tu sebut "lecture subject tu'ore tino'" tak bermaksud menghina, bg org Kelantan tu biasa, tapi bagi org Johor dah kira kasar benar dan di anggap kurang ajar.

    Bagi Ate, bila kita mendengar kata-kata dari org yg berbeza negeri/negara, sebaiknya kita bersikap positif sahaja. Jgn cepat berburuk sangka (su'uzhon)dan melenting. Kdg perkataan yg sama mempunyai maksud yg lain.

    Selamat Berhujung Minggu Cik Inn.

    ReplyDelete
  4. buatlawak laa cheq inn nie.Hihii..
    Indahnya kita satu Malaysia yg berbeza hanya loghatnya nya..indahnya bahasa kita....ada kot katadiri..betui tak?

    ReplyDelete
  5. hahahaha! kelakarla... selamat berhujung minggu!

    ReplyDelete
  6. hee..lawak lahh... perkataan daerah ni mmg kengkadang boleh buat org silap

    ReplyDelete
  7. hikhikhik.. santai dihujung minggu.. seronok..

    ReplyDelete
  8. ehehehe berbeza loghat punya pasal..haruuu

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...