Ads by nuffnang

Monday, June 6, 2011

Lata Kekabu tapi tak ada Pokok Kekabu....

Lata Kekabu, lokasinya kira kira 5 kilometer dari Tasik Raban
atau 10 kilometer dari pekan Lenggong terletak dalam
Hutan Simpan Bintang Hijau.

Pintu masuk ke Lata Kekabu

Mempunyai keindahan flora dan fauna dan pelbagai pokok
seperti Menanti, Kempas, Jelutung, Keruing boleh di dapati
di sini.

Saya dok tenguk tenguk juga kot ada pokok kekabu,
tapi tidak kelihatan pulak.....mungkin dulu ada lah
sebab tu diberi nama Lata Kekabu.



Kemudahan yang terdapat di sini antaranya tapak kemah,
dewan serbaguna, surau serta bilik mandi disediakan
untuk pengunjung.


Pondok untuk barbeku


Memang sesuai untuk berehat dan bersantai.

Ia diselenggara pihak Jabatan Hutan Perak.

Berikutan penggambaran Rona bersama Hafiz dan rakan
rakan, lebih kepada  "trekking" di kawasan hutan
berdekatan, saya dan krew tidak sempat untuk naik
ke bahagian air terjun di Lata Kekabu. 

Hafiz bersama rakan rakannyang meredah hutan



Justeru gambar gambar yang saya ambil lebih
kepada visual ketenangan dan kejernihan air sungai
di bahagian bawah sahajalah.


Air mengalir tenang dan jernih




Saya difahamkan di bahagian atas, terdapat air terjun 
ketinggian kira kira 50 meter, juga terdapat kawasan 
seperti kolam menjadi pilihan ramai pengunjung.

Namun kadangkala sesuatu yang tenang itu tidak
semestinya tenang sentiasa.

Sahabat blogger saya Cikgu Nurin, memaklumkan
bahawa di Lata Kekabu itu terselit satu episod
kesedihan dalam dirinya dan sahabat sahabat
semaktab dengannya.

Kejadian berlaku tahun 1995, ketika maktabnya mengadakan perkemahan.

Sememangnya malang tidak berbau...

Air di Lata Kekabu nampak tidak deras, tapi ada
beberapa lubuk yang agak dalam sungguhpun ia kecil.

Menurut Cikgu Nurin, rakannya sempat bersalaman
dengan rakan rakan, dan sebelum terjun sempat 
melambai dan kemudian terus tidak timbul....

Allah lebih mengasihi sahabat Cikgu Nurin.....

Penduduk kampung tolong mencari dan akhirnya jumpa
mayatnya di dasar sungai berpusing pusing di sekitar
lubuk.

Air terjun di Lata Kekabu (photo arkib)
Ingatan buat saya sendiri mahupun rakan rakan, berkelah
dan mandi manda di kawasan air terjun memanglah menarik,
tapi perlu berhati hati terutama jangan ke kawasan air terjun
jika sehari dua sebelum itu kawasan sekitar hujan lebat.

Kisah tiga beradik yang lemas di Hutan Lipur Ulu Bendul 
awal Mei masih terkesan di hati saya........

Al Fatihah kepada sahabat Cikgu Nurin dan tiga beradik
yang lemas di Ulu Bendul..... 

7 comments:

  1. akak ke k kangsar, hanya sempet melirik je ke sign board. tak sempat..

    ReplyDelete
  2. sejuk sangat tengok air terjun tu kakInn..betul tu mana tempat kena ingat kita kena berhati2 tambahan di tempat orang..alfatihah untuk arwah..

    ReplyDelete
  3. K.Yan,
    Harap dapat beri alamat sekali lagi, hari tu dah "terdelete" seribu kemaafan ya...

    Anisa,
    Alamat awak pun saya belum dapat lagi....

    Ya Hafiza, di tempat orang perlu berhati hati...

    Dee, terima kasih kerana singgah....

    ReplyDelete
  4. Alhamdulillah, blog ni memang bagus...kebetulan saya gemar melancong...tahniah tuan blog!!! terlanjur melawat blog ni, sesaper berminat nk tanam pokok mulberi, boleh lawati http://www.malberimulberry.blogspot.com/
    pos ke seluruh malaysia. call/sms saya..(rujuk blog)

    ReplyDelete
  5. memang tak sangka kejadian di ulu bendul tu...pertama kali saya dengar walaupun saya orang seremban

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...