Berikutan sehari dua ni, minda penuh dengan pelbagai
perkara yang menjadikan diri separa "stress", jadi entri
malam ini saya kongsikan emel yang saya terima
pagi tadi untuk kita rilek dan membaca sambil
tersenyum ya......
Teruskan membaca.....
Ceritanya ada seorang pemuda yang dibicarakan di
mahkamah dengan tuduhan yang menjadi isu hangat :
"Memukul warga emas di dalam keretapi".
Hakim berkata kepada pemuda tersebut,
"Sekarang cuba anda ceritakan apa saja yang
sebenarnya terjadi secara lengkap dan detail.
Anda sangat kejam, berani memukul seorang nenek!"
Pemuda itu pun bercerita.
“Begini Tuan Hakim, tiga hari yang lalu saya naik
keretapi dari JB ke KL dari Stesyen Johor Bahru.
"Saya duduk berhadapan dengan seorang nenek tua".
Keretapi kemudiannya bertolak dan beberapa minit
kemudian sampai di stesyen Kulai.
Di stesyen Kulai ini keretapi berhenti untuk pemeriksaan
tiket...
Konduktor pun datang ke gerabak tempat saya berada,
dan tak lama kemudian menanyakan tiket saya.
Saya terus tunjukkan pada dia.”
Kemudian giliran dia meminta tiket nenek di hadapan
saya.
Dia mengeluarkan handbag dari begnya, dari dalam
handbag itu dia mengeluarkan dompet besar, dan dari
dompet besar itu dia mengeluarkan dompet kecil.
Dari dompet kecil itu dia mengeluarkan bungkusan,
terus dia buka bungkusan itu dan masih ada bungkusan
yang lebih kecil.
Bungkusan kecil itu dia buka, dan di dalamnya ada
kotak mancis.
Rupanya dia menyimpan tiketnya di kotak mancis itu.”
”Setelah diperiksa konduktor, dia menaruh tiketnya
lagi ke kotak mancis itu, lalu kotak mancis dibungkus
lagi pakai bungkus kecil itu, lalu bungkus besar,
lalu diletakkan dalam dompet kecil, lalu dalam dompet
besar, lalu dompet besar itu dimasukkan kembali ke
dalam handbag, lalu handbag-nya dimasukkan lagi
ke begnya…”
Kita pun meneruskan perjalanan.
Perhentian berikutnya di stesyen Kluang.
Di sana juga sama, ada pemeriksaan tiket oleh konduktor.
Dengan cepat diperiksa tiket saya, sementara nenek
itu mengeluarkan handbag dari begnya, kemudian dari
dalam handbag itu dia mengeluarkan dompet besar,
dan dari dompet besar itu dia mengeluarkan dompet kecil.
Lalu berturut-turut keluar bungkusan besar, lalu bungkusan
kecil yang di dalamnya masih ada kotak mancis.
Tiket dia keluarkan dari kotak mancis, diperiksa konduktor,
lalu masuk lagi kotak mancis, bungkusan kecil,
bungkusan besar, lalu dompet kecil, dompet besar,
handbag, dan akhirnya masuk beg lagi…”
Keretapi terus berjalan, dan kita sampai di stesyen
Segamat.
Lagi-lagi ada pemeriksaan tiket.
Tiket saya cepat diperiksa, sementara nenek itu
mengeluarkan handbag dari beg, lalu dompet besar,
lalu dompet kecil, lalu dari dalam dompet kecil
dia mengeluarkan….."
Belum sempat si pemuda selesai, hakim membentaknya.
“Hei kamu!! jangan main-main ya!!
Kamu ini cerita atau menipu yang bukan-bukan???
Ini mahkamah tahu!!!
Pemuda itu terus menjawab,
“Hah tengok…! Tuan Hakim baru mendengar cerita
yang cuma segini saja sudah marah.
"Sekarang cuba bayangkan saya yang menyaksikan
sendiri perkara itu sepanjang perjalanan dari
JB ke Kuala Lumpur !!!

Ini bukanlah keretapi JB ke KL..... |
Perjalanam dari Kiev ke Crimea 18 jam....jika mengalami senario seperti pemuda yang disoal, mahu tidur sepanjang jalan lah jawapnya...... |
Penat duduk....berdirilah pulak....menikmati pemandangan luar |
Kisah di atas lebih kepada rekaan semata mata.
Apapun, dalam kehidupan seharian, tanamkan
semangat sabar terutama bila berhadapan dengan
insan yang lebih berusia ataupun veteran.
Sesungguhnya Sabar Itu Separuh Dari Iman........
Sabar je Cik Inn ni tau... beriya2 akak tunggu cerrita selanjut nya...geram tau...
ReplyDeletehihihihihi...
ReplyDeletecik inn ni...
akak dah simpati habis ...
rupa2nya dongeng jer...
hehehehe....
Mujur boleh duduk dengan selesa - 18 jam tuuuuu!
ReplyDeleteending yang.. sobsobsob.. punyalah semangat nak baca dari awal..
ReplyDeletepsstt: itu menunjukkan betapa sabarnya membaca sehingga habis entry ini..
Ate bersabarrrr aja pas abiz baca N3 ini. Huh..benar2 menguji kesabaran. Tak mudah kan nak bersabar? Kerana itu separuh dari iman adalah sabar...
ReplyDelete- huuu sakit montot ooo duduk lelama...hehe
ReplyDeleteBestnya dapat jalan serata alam
ReplyDeletesabar, sabar, sabar... memang sabar ni nak tau hukuman yg pemuda tu dapat
ReplyDeletehehehe..memang tau cik inn ni!
waduh.. begitu plak akhirnya.. punyalah kita bersemangat nak membacanya.. hahaha.. bila dah stress, mcm2 boleh berlaku kan..
ReplyDelete