Ads by nuffnang

Saturday, June 4, 2011

Moh kita ke Tasik Raban.....

Dua hari tak sempat tulis blog kerana tugasan di 
Tasik Raban, Lenggong, Perak dari pagi hingga lewat 
malam.

Sungguhpun semalam sampai rumah agak awal jam 
10 malam, tapi mata dah mengantuk dan badan dah letih, 
terus tidur ajalah.

Rabu, (ulangtahun TV3 ke 27 thn) setelah selesai 
tugasan di pejabat, terus ke Perak, dan sampai lewat 
malam justeru terus bermalam di Kuala Kangsar.

Keesokan harinya, terus ke Tasik Raban kira kira 35 km
dari Bandar Diraja Kuala Kangsar untuk tugasan 
RONA- Irama Rentak Kehidupan siaran di TV9 untuk 
musim kedua bermula 12 Julai ni jam 9.30 malam.

Paparan di Tasik Raban ini, mengenai seorang pemuda 
bernama Hafiz berusia 25 tahun, jurulatih aktiviti lasak, 
pemandu bot pelancong, diwaktu yang sama menjaga 
ikan dalam sangkar serta membantu jualan runcit milik 
keluarganya di depan rumah.

Tasik Raban asalnya sebahagian daripada Tasik Chenderoh
satu daripada tasik yang terdapat di Hulu Perak.

Dengan alam semulajadi memberikan pemandangan
panorama yang indah, ia pernah dijadikan lokasi iklan
Hari Raya Petronas beberapa tahun lalu.....

Kalau rakan blogger ingat kisah ibu tunggal, 7 orang 
anak lelaki yang membawa seekor lembu untuk ibunya 
dirakamkan di Tasik Raban ini...



Bagaikan sentuhan pelukis


Mungkin ramai tidak pernah sampai ke sini.

Untuk ke Gerik dan Kelantan satu masa dahulu, 
sememangnya pemandu akan melintasi kawasan 
Tasik Raban, tetapi dengan kehadiran lebuhraya 
untuk ke Gerik dan juga Kelantan, menjadikan ia 
kurang dilawati.




Bagaimanapun menurut Hafiz, kawasan Tasik Raban
kini dijadikan tempat untuk latihan kayak pasukan
Perak dan juga kursus Ikhtiar Hidup menjadikan
ia bernafas kembali.



Hafiz memeriksa enjin motorbot
Hafiz beri makan ikan di sangkar

Berangan jadi tauke "ikan dalam sangkar"



Fiza penolong penerbit - mengambillalih tugas Hafiz jadi jurubot
Mengikuti rutin kehidupan anak kelima daripada
enam beradik ini memang menarik tetapi letihlah
juga dibuatnya.


Bermula seawal pagi, dia membersihkan kem,
memeriksa enjin motorbot, mengeluarkan jaket
keselamatan diikuti terus ke sangkar ikan untuk
memberi ikan makan.


Juga turut membawa pengunjung yang ingin
melihat keindahan alam semulajadi ciptaan
Illahi di sekitar tasik, satu episod kehidupan
yang padat.

Sebelah petang selain mengawasi pengunjung
yang menjalankan aktiviti berkayak, kadangkala
Hafiz turut menyelaras latihan berkayak kepada
mana mana persatuan mahupun individu.


Bersiap sedia untuk berkayak


Saya jadi pengayuh bot sementara Jurukamera Salleh merakamkan aktiviti berkayak


Hari kedua, dia turut membawa kami meredah 
hutan di kawasan dikenali sebagai Lata Kekabu.


Lokasi air terjun tu memang mempunyai tarikan tersendiri,
bersih dan mendamaikan, sesuai untuk berkelah
bersama keluarga....

Tapi bab meredah bukit kurang staminalah, maklumlah
faktor umur membataskan bergerak cepat.......


Tak dapat upload photo di Lata Kekabu kerana tak jumpa
pulak satu lagi memory card saya....


Dah dapat nanti saya letak dalam entri Lata Kekabu...

12 comments:

  1. subhanallah. maha suci Allah yang menjadikan alam untuk kita mensyukurinya. Cantik sangat. Ada rasa tenang bila tengok gambar2 ni.

    ReplyDelete
  2. YEAY......Chik Inn dah sampai kampung saya......Hafiz tu, pangkat anak saudara sepupu kepada saya..kenal, tapi tak berapa rapat sebab, saya jarang balik ..beli ikan pekasam tak?

    Lata Kekabu ada kenangan pahit pada saya, kawan saya mati lemas di situ.....

    ReplyDelete
  3. Lupa lagi satu...scene movie Anna and The King, byk buat kat sungai Perak ni...kat Kg Beng, scene Kg Siam dan pasar sungai...tak tau lah, samada props tu dah dirobohkan ke belum...

    ReplyDelete
  4. chik inn x rasa ker ikan bakar tasik raban??kat area tuh ade satu kedai ikan bakar yg mmg terbaik lah..especially ikan air tawar bakar...perghhh..tapi tu untuk peminat ikan air tawar seperti saye la..sedap nyer hingga menjilat tulang-belulang..=)

    ReplyDelete
  5. another best experience i ever had in my life! Tq Cik Inn :)

    ReplyDelete
  6. Fazlinil Irma / Al,
    Sememangnya lokasi ini memberi suasana damai kepada pengunjungnya....

    Cikgu Nurin,
    Tak sangka pulak Hafiz tu anak sepupu cikgu. Seorang remaja yang berhemah tinggi dan pasti akan berjaya dengan cemerlang dalam bidang diceburi.
    Lata Kekabu tu nampak airnya tak deras sangat, macamana rakan tu boleh lemas?

    Sam,
    Memang ada gerai itu menyajikan ikan bakar terbaik....balik tanahair bolehlah awak ke sana menjamu selera....

    ReplyDelete
  7. Fieza,
    Lepas ni beberapa tugasan yang tidak kurang menarik menanti awak.Tunggu......

    ReplyDelete
  8. Chik Inn..air mg nampak tak deras, tapi ada beberapa lubuk yg agak dalam di situ..( sungai di bhg sebelah atas)..lubuk kecil tapi dalam..ingat lagi, kawan saya tu, mandi lepas tu dia sempat naik dan bergurau, bersalam dengan kami semua, sambil terjun semula, dia lambai kami dan terus tak timbul...penduduk kg tolong cari, jumpa mayatnya di dasar sungai,berpusing-pusing di sekitar lubuk tu...)tahun 1995...maktab buat camping kat situ...

    ReplyDelete
  9. masyaAllah cantiknyaaaaa....

    ReplyDelete
  10. Salam kunjungan, Blog menarik.. senang2 singgah la ke blog saya ;)

    http://www.zuwairiaiman.com

    ReplyDelete
  11. cantiknya pemandangan.. teringin nk pegi jika ada peluang..

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...