Ads by nuffnang

Saturday, June 29, 2013

Penuhi Impian siaran Ramadan.....

Kurang daripada 10 hari lagi, InsyaAllah umat
Islam di seluruh dunia akan menyambut
kedatangan Ramadan Al Mubarak.

Bagi yang belum ganti puasa, jangan
dilengahkan lagi.....

Seperti biasa setiap kali Ramadan diikuti
dengan Syawal, beberapa program khas akan
menemui penonton khususnya saluran TV3 dan
TV9.

Sempena bulan Ramadan ini, Bersamamu akan
memaparkan edisi khas iaitu Penuhi Impian
sebanyak empat minggu.

Malam semalam, saya baru balik dari Singapura,
memenuhi impian Adik Qistina yang menghidap
leukimia yang ingin menjejakkan kaki ke Universal
Studio Singapore atau USS.

InsyaAllah dalam entri esok saya kongsikan
di sebalik tabir di USS.

Siaran kisah Adik Qis, adalah episod kedua pada
minggu kedua Ramadan.

Bagi episod satu, memaparkan kisah 8 adik beradik
daripada Puchong, Selangor yang menghubungi
pihak produksi dan memaklumkan kisah ibu mereka.

Esah Hassan 54 tahun menghidap barah hidung sejak
tahun 1998.

Barah yang dihidapi menuntut dia terpaksa menjalani
kimoterapi dan mendapat kesan sampingan.

Antara kesan sampingannya adalah masalah
pendengaran, gusi berdarah, gigi luruh dan hilang
keyakinan diri.

Untuk mengembirakan ibu tersayang, anak anak
yang hidup serba sederhana memaklumkan kepada
kami beberapa impian ibu antaranya ingin bersanding.

Kira kira 30 tahun dahulu, kerana masalah kewangan,
majlis nikah kahwin Mak Esah hanya serba ringkas.

Justeru untuk mengembirakan ibu mereka, dengan
kerjasama tokey besar Kuzie Catering iaitu
Pak Engku, kami mengadakan majlis persandingan
Mak Esah di Restoren Warisan Pak Engku di Dataran
Merdeka.

Pada mulanya Mak Esah menyangka sekadar
menghadiri majlis makan malam, tetapi tatkala
sampai di restoren Pak Engku, Mak Esah terus
disolek dan diberi baju songket......dia benar
benar terkejut......

Sungguhpun majlis yang diadakan serba sederhana,
tetapi meriah.

Daripada raut wajah Mak Esah, ternyata dia amat
gembira dapat bersanding dengan suami tercinta.

Rakan rakan tenguklah photo di bawah....


Bagai pinang dibelah dua....

Acara merenjis oleh beberapa tetamu jemputan...


Makanan khas untuk mempelai


Potong Pulut Kuning bersama Pak Engku





Mengabadikan potret bersama pengantin




Thursday, June 13, 2013

Suntikan ketiga yang terbaik.....

Alhamdulillah, berakhirnya sesi suntikan gel
yang ketiga di lutut kanan saya petang tadi.

Mungkin sebab dah kali ketiga, kesakitannya
dah berkurangan berbanding yang pertama
dan kedua.

Taklah rasa sakit sangat tatkala gel meresap
masuk ke dalam lutut.

Minggu lepas semasa suntikan kedua, saya
ditemani tiga staf Potret Bersamamu iaitu
Liza, Wanie dan Ainul.

Kebetulan di sebelah paginya ada acara
pemberian cek kepada Tabung TV3
Bersamamu daripada Anlene, justeru
selesai pemberian cek terus ke KPJ
Damansara Specialist Hospital.....

Mereka turut berada dalam bilik doktor dan
bukannya nak menenangkan saya,
sebaliknya buat "gwiyomi" ketika saya
menahan kesakitan.

Sekarangkan "gwiyomi" menjadi ikutan...

Tak pa lah adik adik...terima kasihlah
menemani saya.... tak adalah rasa tertekan
sangat tenguk jarum yang panjang tu.

Dalam masa dua atau tiga minggu ni,
Dr Rosman perlu tenguk tahap kesakitan
lutut kiri pulak.

Harap tak perlulah suntikan gel .....
dan di "Gwiyomi" oleh staf saya yang
nakal nakal tu....

Aksi Gwiyomi daripada Wanie.....


Kita dalam kesakitan dia boleh gelak pulak.......
Minggu depan.... Liza giliran awak jumpa
doktor ya....jarum dah menunggu.....


Pemberian cek kepada Tabung TV3 Bersamamu

Tuesday, June 11, 2013

Santai Bersama ...Jamal Abdillah.....

Ketika menulis entri ini saya dok lepak di Taiping
Golf Resort, setelah selesai penggambaran
seharian bersama Jamal Abdillah.

Sambil menunggu "life" daripada rakan rakan untuk
Candy Crush Saga, saya pun menghadap laptop
dan kongsi pengalaman hari ini.

Jamal Abdillah, selebriti yang tidak payah
diperkenalkan lagi.

Lokasi pertama, Raja Pop Malaysia membawa kami
ke Bukit Merah, Taiping ke kolam ternakan ikan
arowana atau kelisa.

Daripada pengamatan saya, Abang Jamal ini memang
banyak pengetahuan mengenai ikan kelisa....

Tidak hairanlah dia melebarkan sayap perniagaan
dengan menternak ikan yang memang tinggi harganya...

Selesai penggambaran di kolam ternak ikan, kami
makan tengahari di rumah sahabat baiknya Kamal
Rashid di Taiping.

Ulam dengan sambal belacan, ikan bakar, ikan
pekasam, dalca memang begitu menyelerakan.....

Lokasi ketiga penggambaran, kami  ke rumah baru 
kedua Abg Jamal berlatarbelakang Bukit Maxwell.

Dalam rumahnya ada kolam ikan dan bagi 
Abang Jamal, memelihara ikan turut menjadi
terapi bagi dirinya.

Seterusnya kami dibawa minum petang di restoren
Keow Teow Doli.

Di Taiping ini siapa tak kenal  Keow Teow Doli.....

Ia antara tempat kegemaran Abang Jamal tatkala
balik ke Taiping.

Dah kenyang sangat, saya dan krew Santai Bersama 
tak keluar makan malam....

Esok ada sikit lagi penggambaran di sekitar bandar
Taiping......sebelum balik semula ke Sri Pentas....

Dan penggambaran seterusnya, insyaAllah hujung
minggu ini  bersama dua putera kesayangan
Jamal Abdillah iaitu ....Osama Yamani dan 
Ahmad Zaki Yamani....

Di kolam ternakan Ikan Kelisa di Tasik Merah

Berbincang mengenai penggambaran seterusnya


Sempat mendendangkan beberapa buah lagu untuk
 penonton Santai Bersama....

Bergambar di depan rumah Kamal Rashid, sahabat baik
Jamal Abdillah....

Sunday, June 9, 2013

Kegilaan Candy Crush Saga....

Sejak kebelakangan ini, boleh saya garapkan
kebanyakan rakan rakan bukan saya di Media Prima,
malah rakan rakan lain turut terkena kegilaan main
Candy Crush Saga.....

Semalam semasa menunggu tayar kereta saya
yang bocor ditampal, saya pun dok layanlah
Candy Crush...

Selesai tayar kereta ditampal, pekerja lelaki cina
berumur lewat 50an mendekati saya,

"Ok tayar sudah settle, awak main tu candy
 sudah level berapa?, dia bertanya saya.

'Baru level 123 lah, uncle sudah level berapa",
saya bertanya uncle yang peramah tu.

"Sudah tiga hari masih tu level 60 lah, banyak
susahlah"

Dah jadi macam satu trend kini, kalau dok
menunggu pesanan makan di kedai mamak ke,
restoren segera ke atau di mana saja, ramai yang
menghadap telefon atau tablet.....

Dengar muziknya dah mengesahkan seseorang
tu memang melayan Candy Crush...

Tak kira kanak kanak, remaja mahupun orang
dewasa.....dah jadi satu kegilaan....

Dah tak ada nyawa boleh pulak meminta

dengan kawan kawan melalui Facebook....

Dan ada juga yang sanggup beli nyawa.....

Rakan rakan blogger dah level berapa????







Monday, June 3, 2013

Musim mendaftar IPTA/IPTS.....

Dalam waktu terdekat seminggu dua ini,
ibubapa pastinya sibuk menguruskan
anak anak yang melanjutkan pengajian
baik di IPTA mahupun IPTS.

Tahniah anak anak.....

Teruskan perjuangan untuk mencapai
keputusan cemerlang dan mengembirakan
keluarga terutama ibubapa.

Sungguhpun saya tidak ada anak sendiri
untuk didaftarkan, tetapi saya amat bangga
turut membawa anak anak angkat
Bersamamu saya melanjutkan pelajaran
dalam bidang yang mereka minati.

Sabtu lepas saya ke Perak, untuk menghadiri
kenduri doa selamat di Pertubuhan Anak Yatim
Bait Al Amin, Parit....

Seorang daripada penghuninya Jefri, berjaya
melanjutkan pelajaran di UniRazak dan
mendapat biasiswa penuh daripada Yayasan
Cemerlang.

Kisah Jefri ini agak unit.

Kemiskinan membuatkan dia tidak ke sekolah
dari tingkatan 2 hingga 4.

Namun dia nekad untuk mengambil SPM
dan sungguhpun tercicir 3 tahun, dia bangkit
dan berjaya mendapat keputusan cemerlang
serta menjadi pelajar terbaik Perdagangan.

Jika ada kemahuan pasti ada jalan kejayaan.

Satu lagi anak Bersamamu dari Perak,
Eugene Low juga mempunyai kisah tersendiri.

Dia pelajar cemerlang sejak dibangku sekolah
rendah lagi.

Namun tahun lepas di saat dia sibuk
menyiapkan diri untuk menghadapi SPM,
ibunya yang menghidap barah dalam keadaan
kritikal.

Selepas sekolah dia terus mengambil alih
tugas menemani ibunya di hospital.

Ibunya meninggal dunia pada Oktober tahun
lepas..

Dan diikuti neneknya.....

Sungguhpun dugaan yang diterima begitu
besar, dia tabah dan tidak berputus aja....

Dan berkat ketabahannya dia juga berpeluang
melanjutkan pelajaran di UniRazak dan
mendapat biasiswan penuh
Yayasan Cemerlang.

Semalam Jefri ditemani Pengerusi Bait
Al Amin, iaitu En Rozelan dan beberapa
penghuni dari rumah anak yatim/miskin
untuk terus memberi sokongan moral buat
Jefri.

Berikutan Eugene sudah ketiadaan ibubapa
dan abangnya Lennon mempunyai masalah
dengan kereta, maka sayalah jadi mak
angkat menemani Eugene mendaftar.

Dua minggu lepas, saya dan krew menemani
empat anak Bersamamu mendaftarkan di 
Kolej East West di Seremban.

Mereka melanjutkan pelajaran dalam
jurusan pengurusan perhotelan dan
hospitaliti.

Tinjauan wartawan Liza, sabtu lepas di
asrama mereka, Yaya, Balqis, Salina dan
Nisa begitu akrab dan bersemangat setiap
kali ke kuliah.

Begitu juga anak anak lain yang dapat
keputusan cemerlang antaranya, Shafikah ke
UiTM, Ateh ke Politeknik Sultan Mizan
dan Hizbollah mendapat tawaran matrikulasi
di Negeri Sembilan.

Alhamdulillah dengan sumbangan dan sokongan
masyarakat prihatin telah banyak merubah
frasa kehidupan keluarga Bersamamu......

Hanya Allah saja yang akan membalas jasa
baik anda semua.........


Ketika pendaftaran di Kolej East West Seremban


Datuk Murad pengasas kolej memberi taklimat
 

Photo Terbaru anak Bersamamu yang menyambung
pengajian di Kolej East West
(Nisa, Yaya, Balqis dan Salina duduk bahagian depan)
(Syafikah bertudung oren)

Eugene berkemeja T kelabu mengisi borang pendaftaran

Ayah Lan memberi kata kata nasihat
(Jefri yang berkemeja kotak berlengan panjang)
Sesi temuramah bersama Datuk Dr Md Zabid
selalu Presiden dan Vice Chancellor UniRazak
 
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...