Ads by nuffnang

Friday, March 30, 2012

Tersedak boleh membawa maut......

Acapkali kita mendengar atau terbaca kisah kanak kanak
yang maut akibat tersedak susu atau air samaada di pusat
jagaan kanak-kanak mahupun di rumah sendiri.

Tersedak bukan sahaja berlaku di kalangan kanak kanak,
malah orang dewasa juga kerap tersedak ketika minum.

Lazimnya bila seseorang tersedak dikaitkan dengan
ada individu lain yang menyebut nama seseorang.

Apa kaitan antara tersedak dan nama disebut, sukar
untuk mendapat jawapannya.

Saya ingin kongsikan pengalaman tersedak yang saya
alami kelmarin.

Berikutan keadaan gusi dan gigi saya masih berdenyut
ketika itu, justeru makanan yang paling sesuai tentunya
bubur.

Saya dan Penerbit Intai Intai Deko, Norlizah Yusoff ke
Mc Donald yang terletak di Pusat Membeli Belah One
Utama bersebelahan Sri Pentas.

Selesai makan bubur, saya meneguk sedikit air mineral
sambil berbual bual dengan Norlizah.


Tegukan kedua secara
tiba tiba saya tersedak
dan ia begitu
menyakitkan.



Buat seketika saya tidak
dapat bernafas,
berkemungkinan
lapisan air telah menutup
paru paru dan pada masa
yang sama menghalang
saluran pernafasan lalu
menyebabkan
saya tersedak dan lemas..




Saya tersedak beberapa kali lagi dan memang saya tidak
dapat menarik nafas dan hanya bernafas melalui mulut
dengan tercungap-cungap.

Melihatkan keadaan saya, Norlizah beberapa kali bertanya
saya samaada saya ok atau tidak.

Saya masih tersedak hingga meleleh airmata kerana
begitu perit dirasakan

Saya tidak mahu dia panik maka saya katakan padanya
saya ok.

Hakikat sebenarnya, dalam hati saya terus beristifar dan
menyangka saya akan pengsan.

Saya terus menghembus hembuskan udara dari mulut dan
hidung.

Kira kira seminit kemudian barulah saya dapat bernafas
seperti biasa.

Setelah saya relak sebentar, barulah kami balik ke pejabat.

Tatkala sibuk menjawab beberapa emel berkaitan
tugasan, Norlizah ke tempat saya untuk mendapatkan
tandatangan.

Ketika itu barulah saya maklumkan bahawa kejadian yang
berlaku sebentar tadi sebenarnya membuat saya gementar
tapi bersikap "cool" agar dia tidak panik.

Dia terkejut mendengar apa yang saya katakan.

Kejadian seperti ini juga boleh berlaku kepada sesiapa
sahaja.

Andai anda bersama rakan sebaiknya minta rakan terbabit
menepuk belakang anda beberapa kali seperti juga
kepada bayi atau kanak kanak.

Jika anda bersendirian cuba menghembus hembus nafas
melalui mulut dan hidung atau batuk dan jangan panik
sama sekali.

Satu pengalaman yang mencemaskan buat saya...

Alhamdulillah segalanya dipermudahkan Alllah...

18 comments:

  1. Moga Allah selamatkan kita semua, satu pengalaman beguna untuk semua, ambil iktibar.

    ReplyDelete
  2. dah lama tak jengah Cik Inn kat sini..

    bab seddak2 ni mmg menakutkan. mmg betul bukan takat kat baby. kat kita pun kalau kena, wah sakit amat.

    ReplyDelete
  3. Bahaya jika tersedak ketika tidur...pernah kena tak?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sy slalu tsedak ms tdo...msti terjaga tiba2 dan terbatuk2 mcm org tersedak air..tahu x kenapa?ad pnyelesaian tak?

      Delete
    2. Saya kerap kali tersedak ketika tidur. adakalanya sampai air keluar melalui hidung. perit dan sakit sampai susah nak bernafas.pernah tersedak sampai 3 kali tersedak satu malam. saya pun tak tahu camne nak selesaikan masalah ini. hanya berdoa kepada allah supaya cepat sembuh.

      Delete
  4. Kak Mah, masa tidur Alhamdulillah tak pernah tersedak....tapi hypo kekurangan gula ada beberapa kali kena...memang lemah longai dibuatnya....

    Azian,
    Memang betul bab tersedak ini kena berhati hati....sesiapa pun boleh kena......

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...