Ads by nuffnang

Saturday, May 3, 2014

Klinik Mata & Lasik Prof Muhaya........

Selamat berhujung minggu rakan rakan....

Selama tiga hari saya di Sarawak ingatkan nak
update blog kerana ada sedikit masa lapang
tapi laptop saya pulak buat hal.

Dari Khamis hingga Sabtu, saya di Kota Bharu,
laptop lain yang dibawa, memang ok tapi waktu
yang padat, sampai hotel penginapan aja dah
hampir kul 11 malam....maka tidur menjadi
agenda utama......
 
Malam tadi sampai di rumah pun dah hampir jam
11 malam, kerana kelewatan pesawat, justeru  terus 
mengemas bagasi dan memang tak adalah
hasrat utk menulis.

Pagi ini saya ditemani Teh Syuhaida, Liza dan
Nora ke Pearl Avenue, Sungai Chua, Kajang, Selangor
ke klinik mata dan lasik Prof Muhaya Mohamad,
pakar mata dan motivasi yang tidak asing lagi.

Kami ni kira antara pelanggan awal membuat
pemeriksaan mata di Klinik yang dijangka beroperasi
sepenuhnya dlm waktu terdekat ini.

Segala peralatan canggih dan terbaru di pasaran
dunia mengisi setiap ruang klinik.

Suzanne, petugas di sana memberi layanan dan
kerjasama yang terbaik kepada kami.

Setiap seorang perlu menjalani beberapa prosedur
yang mengambil masa lebih sejam.

Antara saya, Liza dan Teh, yang bermasalah agak
"serius" dengan mata adalah saya kerana diebetes
dan Teh kerana terlalu lama menggunakan kanta
lekap tanpa membuka.....

Maka beberapa rawatan susulan perlu dibuat dan
akan berbincang sendiri dengan Prof Muhaya
waktu terdekat....

Bab mata ini rakan rakan perlu diambilkira dan
diutamakan......

Bagi yang ada diebetes sebaiknya setiap tahun perlu
buat pemeriksaan ya....

Cegah sebelum parah.......

Pemeriksaan di klinik Mata Prof Muhaya

Bersama Prof Muhaya ketika rakaman di rumahnya
bulan lepas
 

7 comments:

  1. Salam...

    Dah lama sungguh tak singgah sini. ..berhajat sangat nak repair mata I ni..I ni tak tahan silau...mahal tak ek?

    ReplyDelete
  2. Kalau ada yang perlu menginap, Rienn's Homestay menyediakan penginapan yang sesuai di Pearl Avenue. Jarak homestay kami dgn Klinik Pro cuma "walking distance". Sila layari www.riennshomestay.com atau hubungi 013-2544411

    ReplyDelete
  3. Alhamdulillah, saya pun baru lepas lasik. Sangat berbaloi buat dgn prof Muhaya.

    ReplyDelete
  4. Brapa kos rawatan ya??

    ReplyDelete
  5. Kat mana clinic prof muhaya?

    ReplyDelete
  6. Did lasik in excelview midvalley..Vision is not good.. Night vision is terrible with glare, haloes and starbust. It is so real.. please share with others. Be responsible and spread love.

    ReplyDelete
  7. Bulan November 2015 cukup 2 tahun saya tak berkaca mata. Buat dengan Prof Muhaya jugak.... Alhamdulillah so far ok...

    Pada saya masa assesment tu kena jawab dengan betul dan jujur, nampak ke tidak, blur ke tidak... Insya Allah hasilnya sharp...

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...