Ads by nuffnang

Saturday, April 26, 2014

Redha dengan ketentuan Allah.......

Kisah semalam.......di Negeri Sembilan....

Pelajar tahun lima di Sek SK Sungai 2,
Gemencheh....

Mohd Najmi Fakri Zurli, anak keempat
daripada lima beradik.

Keletah menyusun ayat dan sungguhpun
kerap tidak hadir ke sekolah, pencapaian
dalam pelajarannya tidak terganggu.

Gemar matapelajaran matematik......

Namun setiap perjalanan hidup setiap insan
telah direncanakan oleh Allah swt kerana DIA
lebih mengetahui apa yang terbaik
buat umatnya.

Ketika berusia 3 tahun Fakri disahkan mengalami
kerosakan buah pinggang dan kini dia perlu
menjalani rawatan CAPD atau cuci
air untuk buahpinggang empat kali sehari.

Cuba rakan rakan bayangkan keadaan si kecil
ini membesar tidak seperti rakan rakan sebayanya 
yang lain bebas untuk bersukan, melancong dan
makan apa saja, tapi tidak bagi Fakri.....

Satu jawapan yang menyentuh perasaan
saya kelmarin.....tatkala dengan selamba dia
menjawab pertanyaan saya mengenai masalah
kesihatannya....

'Saya redha ajalah...saya dapat sakit ini saya  
tahu kerana Allah sayangkan saya.....
Allah dah tentukan saya sakit dan Allah akan
beri peluang kepada saya...'

Subhana Allah.......

Dia seorang anak yang cekal tanpa menitiskan
pun airmata berbanding kru Bersamamu
bergenangan butir air di kelopak mata tatkala
mendengar isihati si kecil itu.......



Bijak menyusun ayat dan pandai
 mengambil hati saya...
 

Friday, April 25, 2014

Posbox dan saya.....

Dua hari tak menulis di blog sebab tiada internet
di hotel penginapan saya di Gemas, Negeri Sembilan

Sampai opis, ingat nak tulis perkongsian kisah tugasan
di Gemencheh, tapi simpan untuk esoklah kerana
dah cukup saya mengalirkan air mendengar isihati si
kecil yang ditemuramah justeru saya menulis kisah
perkongsian yang ringan ringan ajalah.

Sejak kecil saya memang suka melancong....

Baik dalam negeri mahupun luar negara....

Bak kata orang orang tua, jauh perjalanan,
luas pengalaman.....

Dan Alhamdulillah, sebagai wargakerja di
Media Prima Berhad khususnya di bahagian
kewartawan/penyiaran menuntut saya untuk
banyak bertugas di luar.

Kalau berada di luar negara pasti ada ole ole
yang dibeli.

Bagi saya satu daripada ole ole yang saya cari
adalah poskad.

Bukan sekadar beli sahaja di kedai cenderamata
tetapi saya pastinya ia dipos kerana terdapat
stem dan chop negara terbabit beserta tarikh.

Ia bagaikan satu diari mengingatkan kita tentang
kunjungan kita ke satu satu tempat.

Saya kerap menghantar poskad pada diri sendiri.

Dan koleksi saya menghantar pada diri sendiri,
sejak 25 tahun lalu melebihi 500 keping tidak
termasuk rakan rakan yang menghantar.

Kalau dah beli poskad dan stem perlulah pos....

Justeru saya juga suka bergambar dengan
kotak pos atau pos box......

Satu masa dulu semasa bercuti dengan anak
anakbuah saya yang masih kecil, mereka menjadi
pelik dengan kerenah mak sedaranya yang memaksa
mereka merakamkan gambar saya di post box.....

Kini mereka sudah dewasa, tatkala bercuti bersama,
mereka pulak yang sukarela bertanya.....

"Chik Inn....tu ada post box nak ambik gambar
kat sana tak????"....

Mungkin lepas ni pangkat cucu cucu saya pulak
yang bakal mengambilkan photo Grandma Inn
di Post Box????

Apapun bagi saya hobi mengumpul poskad satu 
perkara  yang sungguh menarik....


Post Box atau Post Office????

Post Box di Ukraine

Bissurat di Bandung

DMZ di Korea

Di Russia

Post Australia

Post box di London

Tuesday, April 22, 2014

Pasar Karat Yang Tak Berkarat......

Perkongsian saya utk hari ini masih lagi berkisar
di sekitar Johor.

Bagi penduduk di Johor khususnya di Johor
Bahru, Pasar Karat memang tidak asing lagi.


Sebahagian daripada koleksi "barangan lama"
Saya memang dah lama tahu mengenai Pasar Karat,
kadangkala dalam kenderaan syarikat melintasi
saja kawasan terbabit.

Kebetulan tugasan kali ini, hotel yang kami menginap
adalah Hotel Puteri Pacific, maka tak lah jauh sangat
kalau berjalan kaki dr hotel.

Jumaat malam Sabtu, usai tugasan membawa anak
anak Bersamamu ke Hello Kitty Town di Nusa Jaya,
naik ke bilik seketika, dalam jam 11.00 malam
saya dan wartawan Teh Syuhaida merondalah
di Pasar Karat......sampai kul 1.15 pagi.

Bersama anak anak Bersamamu di Hello Kitty Town
dengan karektor Bannie.....

Punyalah besar kawasan ini dan beroperasi hingga
kira kira jam 4 pagi.

Macam macam yang dijual sama seperti konsep
Uptown di Lembah Klang....

Pusing punya pusing nak cari lah yang dikatakan
barang karat atau antik, tapi tak juga jumpa...

Teh dan saya bukanlah fanatik barangan antik atau
lama tapi kalau ada yang berkenaan mahu juga
angkut balik.....

Saya bertanya seorang daripada penjual di mana
untuk mencari barangan lama....

Dia memberitahu kawasan yang dikatakan menjual
"barangan karat" tidak jauh daripada kemah jualannya.

Memanglah jumpa tapi barangan yang antik tak lah
banyak seperti dalam pemikiran kami.


Teh melayan peminatnya ingin bergambar dengannya di
Pasar Karat



Lazimnya kalau sebut pasar karat, antik atau
flea market, macam macam barangan koleksi lama
yang dijual.

Tak pa lah.....yang penting terubat rindu saya
lebih 5 hari tak jumpa "Adam Iskandar' tapi
jumpa suku sakat nya yang turut dijual di
Pasar Karat ini......

Bersama suku sakat "Adam "
 

Monday, April 21, 2014

"Doakan Mak dan Abah masuk syurga......"

Enam hari di Johor dan semalam tiba di 
Sri Pentas kira kira jam 1.15 pagi dan sampai
rumah hampir pukul dua pagi.

Tertidur dan terbangun, tertidur lagi dan 
terbangun lagi tak juga sampai opis....letihnya
tak perlu saya citer panjanglah...

Saya tinggalkan keluarga Kamtinah dan 
Shamsuddin di Kampung Rantau Panjang, Kota Tinggi
dengan perasaan yang sedih......kerana tidak
dapat melawat anak ketujuhnya yang berusia
20 hari.

Muhammad Qayyum disahkan mempunyai komplikasi
jantung juga masalah paru paru.

Kami tidak dapat merakamkan visual di Hospital
atas faktor kesihatan bayi yang ditempatkan
di bilik khas.

Kami akur dengan syarat dan terma yang diberikan.

Selain Qayyum yang mempunyai masalah kesihatan,
Kamtinah ibu cekal mempunyai seorang lagi anak
iaitu Nurul Fatehah yang dikategorikan sebagai OKU
kerana mengalami masalah penglihatan.

Pelajar berusia 13 tahun itu rabun namun tidak
melemahkan semangatnya untuk berjaya dalam
pelajaran.

Keputusan UPSR tahun lalu, Fatehah berjaya
mendapat 3A 2C dan terpilih pelajar terbaik di
seluruh Johor bagi pelajar yang senasib dengannya.

Dia kini melanjutkan pelajaran di Maktab Sultan
Abu Bakar atau English College.

Wartawan Teh Syuhaida menemuramah Fatehah

Kru Produksi bergambar dengan tenagakerja Maktab  
Sultan Abu Bakar dan keluarga Fatehah
Selain cemerlang dalan pelajaran, Fatehah juga
aktif dalam  sukan olahraga dan akan mewakili Johor
bagi kategori sukan catat penglihatan.

Kekangan kewangan membuat dua anak remaja
Tina, Amin dan Nabil tidak dapat melanjutkan
pelajaran sebaliknya membantu menjana ekonomi
keluarga demi kelangsungan hidup.

Anak kelima dan keenam dalam tahun empat
dan tahun dua menyentap jiwa saya seketika....

Akashah berhasrat untuk memasuki Sekolah Tahfiz
tetapi masalah kewangan membantutkan impiannya...

Di tanya kenapa nak masuk sekolah tahfiz....

Jawap Akashah ringkas...

"Nak hafal Quran dan doakan
mak dan abah masuk syurga....."

Subhanaallah.....

Sama sama lah kita mengharapkan Akashah akan
menjadi pelajar tahfiz satu hari nanti......

In sya allah.....


Mama Inn bersama dua anak angkat terbaru
Akashah dan Shafiq
 

Wednesday, April 16, 2014

Terlelap dan terpingga pingga....

Pernahkah rakan rakan mengalami suasana
terlelap sekejap dan bila terjaga macam tak tahu
berada di mana ......

Dalam waktu terdekat ini beberapa kali saya
mengalami senario sebegitu.

Khamis lepas dalam perjalanan ke Pulau Pinang
menaiki van TV3, saya duduk di kerusi depan
menemani pemandu kami Pak Ya.

Kru lain seperti biasalah kalau perjalanan jarak
jauh tak sampai setengah jam kenderaan bergerak
terus dilamun mimpi.

Mereka tak mahu duduk di depan kerana tak
mahu layan pemandu, justeru sayalah jadi mangsa.

Dua jam pertama masih gigih melawan mata dan
berbual dengan pemandu, masuk Kuala Kangsar,
terus terlentok.

Rasa saya tak sampai 20 minit terlentuk, saya
tersedar dan terus "black out".

Beberapa kali menggelengkan kepala baru sedar
rupanya di dalam van.

Balik Sabtu, nasib baik air ada di apartmen, saya pun 
sibuk mengisi air dan tidur pun hampir pukul dua pagi.

Rasanya baru tertidur tetiba terjaga daripada
lamunan tidur,  kepala terus "blank dan blurr"........

"Aku ni kat mana?????"macam berada di dunia lain....

Beberapa ketika lepas tu baru tersedar rupannya
kat rumah......

Semalam pun semasa dlm pesawat dr Subang Airport
ke Johor Bahru, tatkala terjaga dari terlelap seketika
memang "blank' dan terpinga-pinga.....

Berisytihar beberapa kali nak mengingatkan keadaan...

Mungkin faktor umur... juga terlalu penat menjadikan
diri tak keruan kot.....

Rakan rakan pernah juga mengalami apa yang saya
alami??????

 

Tuesday, April 8, 2014

SATU HATI DUA JIWA........

Semasa saya menerbitkan Majalah 3 pada tahun
1999, di mana pengacara ketika itu sahabat baik
saya Nor Azlina Redzuan, segmen Perspektif
Satu Hati, Dua Jiwa....antara menjadi bualan ramai.

Ia mengisahkan seorang pemuda dari Changlun,
Kedah terharu melihat kisah seorang kanak kanak
yang menderita akibat masalah hati dan memerlukan
penderma.

Justeru Wan Mohd Hafizam Wan Ismail menghubungi
pihak kami dan menyatakan hasratnya.

Setelah beberapa ujian dilakukan maka hati
Hafizam sesuai untuk diberi kepada Adik
Mohd Afiq Iqmal. 

Lebih 15 tahun telah berlalu dan Alhamdulillah
satu hati dikongsi dua jiwa itu kini menjalani
kehidupan seharian seperti insan biasa.

Perkongsian saya kali ini mengenai kisah adik
Ammar Danish yang dilahirkan pada 8.11.2013.

Dia disahkan menghidap Biliary Atresia sejenis
penyakit berkaitan dengan kerosakan dalam
organ hati.

Walaupun diberitahu doktor, kebanyakan bayi 
yang berpenyakit seperti Ammar mempunyai
umur yang tidak panjang, namun Nazila 
Kamarudin yakin hanya Allah yang menentukan
ajal hambaNYA dan lebih mengetahui apa yang
terbaik untuk umatNYA.

Sungguhpun redha dengan ketentuan Illahi,
sebagai insan biasa, perasaan takut, kecewa
kadangkala menyelubungi diri.

Demi untuk terus memberi semangat dan
motivasi kepada Nazila, saya menghubungi
Hafizam yang punyai pengalaman berdepan
dengan keluarga yang mempunyai anak
berpenyakit hati.

Sesi perkongsian Hafizam, memberi impak
yang baik buat Nazila dan suaminya untuk
terus tabah dengan segala dugaan yang
dihadapi.

Seperti Aqif, tidak mustahil Ammar akan sembuh
dan dapat menjalani kehidupan seperti
kanak kanak lain dengan keprihatinan
masyarakat Malaysia yang penyayang.

Seperti kata Hafizam,

"jangan takut untuk memberi hati dan organ
pada yang memerlukan, niat yang baik untuk
membantu mereka yang memerlukan pasti
akan dipermudahkan Allah swt".

Hafizam juga bersyukur kerana segala
pengorbanannya dapat menjadi dorongan
kepada orang ramai untuk lebih prihatin terhadap
masalah yang dihadapi setiap insan.
 
Kisah Adik Ammar akan disiarkan di Bersamamu
pada 29 April 2014.

Satu hati dua jiwa........bakal berulang.......
 
Bersama Hafizam dan Adik Ammar
Nazila berkongsi kesedihan....

 

Saturday, April 5, 2014

Hidup orang Klang.....

Semalam memangnya hari yang panjang
buat saya.

Seharian menjadi pemerhati kepada sesi
"brainstorming" atau sesi berkongsi idea bersama 
staf staf PWS untuk rancangan akan datang.

Kalau satu masa dulu, saya juga turut
menyumbangkan idea tetapi kini dah "berkarat"
jadi berilah pada yang muda muda.......

Selesai sahaja sesi "brainstorming" jam 6 petang
disambung pulak mesyuarat produksi Bersamamu...

Kalau saya tak bertugas di luar daerah, memang
selalu kena hadiri perbincangan dan mesyuaratlah.

Semalam waktu rehat/solat Jumaat, semasa
menonton WHI, Ella penyanyi Rock yang tidak
asing lagi adalah tetamu WHI.

Berikutan dah lama tak jumpa dia, saya ditemani
staf saya Liza ke studio B untuk bertanya khabar
rakan sedaerah..orang Klang.....

Yang lebih menarik seorang lagi rakan satu daerah
berada di studio.....iaitu Fizasabjahan....

Maka semalam pertemuan tiga insan daripada
bidang yang berbeza:-
Pengacara / Penyanyi /Penerbit.....

Sungguhpun pertemuan seketika...tetapi
penuh makna.....

Tapi bila tengok photo paling "rendang" adalah
saya......

.....sebabnyaaaa.. tak pakai kasut tumit tinggi......

Hidup Orang Klang......
 


 


 

Tuesday, April 1, 2014

Saya kembali menulis.......


Assalammualaikum dan salam sejahtera kepada
semua rakan rakan.....

Subhana Allah dah lebih empat bulan saya tidak
"update" blog yang tak seberapa ini.......

Bila berada di bidang yang membabitkan penulisan,
dah terlalu menulis atau mengedit skrip di pejabat,
bila balik terus dah kekeringan idea dan keletihan.

Maka teruslah tak buka blog......

Sebenarnya hendak seribu daya tak hendak seribu
dalih......

In sya Allah saya akan buang ke tepi vitamin "M"
atau malas yang menyebulungi diri dan kembali
menulis biar pun perkongsian pendek.

Hari ini coretan saya sikit sahaja dan nak sentuh
bab "monopod".

Rata rata sejak kebelakangan ini ramai yang suka
"berselfie".

Rakan rakan di pejabat ini pun apa kurangnya dan
saya pun tak terkecuali.

Saja suka suka lagipun kemudahan teknologi hari
ini, hampir setiap telefon bimbit ada kamera dan 
bila ambil gambar kurang menarik blh "delete".

Kalau guna filem memang parahlah dengan beli
filem dan cuci filem lagi........makan mee
segera ajalah hujung bulan.....

Saya yakin ramai juga di kalangan sahabat sahabat
blog saya suka "berselfie" dan punya monopod
sendiri.......

Di bawah saya sertakan beberapa photo selfie
yang menggunakan monopod....

Sebenarnya perlu ada skill supaya tak nampaklah
batang monopod atau kami gelar batang golf........

Kali pertama membeli dan menggunakan Monopod ketika
 keluar dengan BFF

Bersama dua Liza staf saya--jelas kelihatan batang golf

Penggambaran  Bersamamu di Jelebu, masih tak boleh "adjust"

Dah mula pandai "framing"......
 
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...