Ads by nuffnang

Tuesday, August 20, 2013

Semoga Dato Vida terus redha dan tabah......

Beberapa hari sebelum umat Islam
menyambut Syawal baru baru ini, kita
dikejutkan dengan berita kebakaran
yang meragut nyawa 2 anak lelaki pengasas
produk kecantikan dan makanan tambahan
Vida Beauty iaitu Dato Vida atau nama
sebenarnya Hasmida Othman.

Hati ibu mana yang tidak mengalami
kesedihan kehilangan dua puteranya
Eddie Zuhdi 11 tahun dan Edrie Zikrie

10 tahun dalam sekelip mata.

Namun Allah lebih mengetahui dan
menguji umatNYA kerana DIA tahu
umatNYA mampu untuk menerima dan
menggalas ujian yang diberi.

Pagi tadi, siaran Santai Bersama....
jam 1130 pagi, menyiarkan kisah
bagaimana Dato Vida menghabiskan
masa santai bersama keempat empat
cahayamatanya.

Rakaman bersama keluarga Dato Vida
dilakukan, beberapa bulan sebelum
kejadian tragedi kebakaran yang meragut
nyawa 2 anak dan seorang pekerjanya
pada 3 Ogos lalu. 


Rumah Pekerja Dato Vida yang dijilat api dan
 mengorbankan 2 nyawa anaknya dan seorg pekerja




Beberapa hari sebelum ditayangkan saya
menelefon Dato Vida untuk mendapat
pengesahan kebenaran untuk siaran pagi tadi.

Dalam keadaan sebak Dato Vida
mengizinkan tayangan terbabit.

Sejak daripada pengambaran dengan
keempat empat cahayamata Dato Vida,
beberapa bulan lepas, Eddie, Edrie,
Edlynn dan Eric agak rapat dengan saya.

Mereka suka bermain boling dan saya pun 
turunkanlah sikit sikit ilmu bermain boling.

Ternyata Eddie dan Edrie boleh menjadi
pemain boling yang baik jika selalu
berlatih.

Namun tiada siapa boleh melawan takdir.

Semasa menziarahi Dato Vida di
kediamannya di Ipoh sehari selepas
kejadian, saya bersalaman dan berpelukan
dengan Dato Vida.

"Dato, saya agak ralat sikit kerana tidak
dapat membelikan kasut dan bola boling
yang mereka inginkan", saya menahan
kesedihan.

"Tak pa lah, Chik Inn dah takdir mereka
berdua pergi meninggalkan kita",
Dato Vida mengeluarkan kata kata dengan
suara yang begitu sendu........

Allah hu Akbar.........

Beberapa hari lepas saya menelefon
Dato Vida bertanyakan kabar dan anak
keempatnya,Eric terus merampas telefon
mamanya.

"'Aunty Chik Inn bila nak bawa saya
main boling lagi", tersentap seketika
jantung saya mendengar pertanyaan
sikecil itu.

Terpandang pandang wajah kedua dua
arwah di fikiran saya seketika..........

Sesungguhnya kita menyayangi mereka
tetapi Allah swt lebih menyayangi
umatNYA....dan setiap kejadian
terselindung seribu hikmah.....

Harap Dato Vida terus tabah dan redha....

Semoga roh Allahyarham Eddie Zuhdi
dan Edrie Zikrie ditempatkan di kalangan
orang orang beriman.

Alfatihah.......


Di Morocco ketika rakaman
Santai Bersama....Dato Vida...


 

17 comments:

  1. sebak membaca kisah yg chik inn coretkan niii,
    kita hanya mampu merancang...
    As-salam & salam syawal dari BS + sekeluarga

    ReplyDelete
  2. Assalamualaikum...selamat hari raya aidilfitri...semoga bahagia selalu...terkejut saya kerana blog hajiarshad.blogspot.com ada terletak di blog Cik Inn...terima kasih...saya pernah juga bertemu Dato Vida semasa dtg umrah 2 tahun lalu..Takziah dari saya..saya suka dgr lagu yg berkumandang tanpa henti ini...boleh bagi link nya...tk

    ReplyDelete
  3. Assalamualaikum,
    DariNya kita dating, kepadaNya jua akan kembali. Alfatihah.

    Dato diuji dengan sesuatu yang berat untuk dilalui, namun Allah Maha Tahu bahawa dato dah tentu mampu hadapinya. insha Allah, anak2 itu membawa syafaat kepada dato nanti...

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...