Ads by nuffnang

Saturday, March 2, 2013

Bersama Datuk Vida dan Neelofa di Morocco....

 
Lebih seminggu saya tidak "update' blog
kerana berkunjung ke negara Morocco turut
dikenali sebagai Maghribi atau Maroc.

Pemergian saya selama lapan hari ke sana 
bermula Jumaat lepas (22 Feb) ditaja 
Dato Dr Hjh Vida pengasas Vida Beauty.

Kami kembali ke tanahair petang semalam.

Seramai 15 orang menyertai rombongan ini
yang terdiri stokist terbaik Vida Beauty,
wargakerja Vida Beauty, rakan media
daripada Utusan Karya (Majalah Wanita),
Harian Metro, Kumpulan Karangkraf
(Majalah Nur)dan warga produksi rancangan
Nona beserta pengacaranya Neelofa.......

Sebagai pengeluar produk berasakan buah
delima iaitu PAMOGA, tujuan Dato Vida
membawa kami ke bumi Maghribi untuk
melihat ladang tanaman buah delima selain
meninjau peluang perniagaan di sana.

Tiga bandar utama yang kami lawati adalah
Marrakech, Casablanca dan Rabat....

Ketika ini cuaca di sana di antara 2 hingga 18
darjah celcius.......

Di waktu malam bila turun aja bas,
masing masing dok mengeluh kesejukan.....

Cacatan hari ini lebih kepada penulisan
secara am sahaja di samping beberapa
keping gambar.....terutama di Marrakech....

Rakan di pejabat saya Liza dan Zana dah pesan
suruh ambil gambar banyak banyak, jadi saya
pun letaklah apa yang patut dulu.......

Letih perjalanan tidak hilang lagi.....

InsyaAllah ada dua tiga entry akan dikongsikan
antaranya gelagat Lofa dan telefon bimbitnya........


Di Lapangan Terbang Antarabangsa Casablanca


Perjalanan dari Casablanca ke Marrakech


Photo berkumpulan di kawasan
Taman Buah Zaiton di Marrakech
 
Lofa beli kerepek pisang ke?????


Dato Vida ditemuramah berhampiran
Masjid Koutoubia di Marrakech

 

Lofa begitu teruja dengan hidangan kambing
bakar ala Morocco


Standby...senyum...senyum.....
Masyarakat setempat dengan pakaian tradisional menjual
air sebagai tarikan pelancong
Pintu masuk ke Bazaar Rakyat/Souk di Marrakech

Dato Vida dan Lofa di dalam Bazaar

Preview visual di ladang buah delima

 

17 comments:

  1. Assalamualaikum,
    Tak sabar nak tunggu entri seterusnya...teruja!

    ReplyDelete
  2. salam.. blh sy tahu mcm mana nk contact personally dgn dato vida sndri?

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...