Ads by nuffnang

Monday, December 31, 2012

Selesai Misi Tabung Bantuan Banjir....

Alhamdulillah semalam kira kira jam 4 petang,
konvoi Misi Tabung Bencana Banjir NSTP -
Media Prima selamat sampai di Sri Pentas.

Empat hari, kami sama sama mendekati
mangsa banjir di Hulu Trengganu dan
Kuantan, satu pengalaman yang menarik.

Ada beberapa tempat yang dilawati, seperti
di Hulu Trengganu mangsa banjir telah 
pulang ke rumah masing masing.

Justeru bantuan berupa barangan makanan
seperti beras, minyak masak, sardin,
mi segera, gandum, gula, garam, susu,
ubat gigi, sabun mandi, cecair pencuci dan
biskut diserahkan di balairaya, surau
mahupun masjid.

Hari ketiga misi, semasa kami menuju
ke Felda Seberang Tayor, Kemaman,
sebatang jambatan ditenggalami air dan
kami terkandas.

Justeru kami mengambil keputusan
mengambil laluan lain yang lebih jauh.

Kalau lalu juga, mahu pacuan 4 roda yang
dinaiki bertukar menjadi bot pulak......

Secara keseluruhannya, kami mengagihkan
bantuan kepada lebih 900 keluarga mangsa
banjir di Trengganu dan Pahang dengan
kerjasama TESCO, Adabi Consumer dan
Kelab Kembara Selangor.

Hulurkan tangan, ringankan beban......


Jambatan utk ke Felda Seberang Tayor
 ditenggelami banjir

 
 

Thursday, December 27, 2012

Misi Banjir Trengganu & Pahang

Pagi tadi kira kira jam 10.30 di Sri Pentas, konvoi
terdiri lapan kenderaan pacuan empat roda
dilepaskan oleh orang kuat Media Prima iaitu
Izham Omar.

Saya bersama rakan rakan Media Prima dan
NSTP  beserta beberapa geng kenderaan pacuan
empat roda adalah antara sukarelawan peringkat
pertama dalam misi membantu mangsa
banjir khususnya di Pantai Timur.

Sepanjang perjalanan, beberapa kali kami
menempuh hujan lebat yang terus membasahi bumi.

Dah adat berkonvoi, dalam pertengahan perjalanan
di kawasan Gambang, Pahang, sebuah daripada
kenderaan mengalami sedikit masalah.

Alhamdulilllah, dapat ditangani dengan segera.

Kami sampai di pejabat NSTP Ajil Trengganu kira kira
jam 6.30 petang.

Setelah berehat sebentar, kami diberi taklimat untuk
misi bantuan yang akan bermula esok jam 8 pagi
di Hulu Trengganu.

Di Ajil kami menetap di Homestay.

Dua buah rumah untuk kaum Adam dan sebuah
untuk kaum Hawa. 

Dan ketika saya menulis entri ini, tujuh rakan saya
telah dibuai mimpi.

Mata saya pun dah layu dan esok hari yang panjang
buat kami.

Rakan rakan doakan pekerjaan kami terus
dipermudahkan Yang Maha Esa dalam membantu
mangsa banjir ya......

Petugas Misi Banjir bergambar dengan penaja


Konvoi Misi Banjir Media Prima


Monday, December 24, 2012

Pakai kasut .. kiri dan kanan berlainan.....

Pagi selepas solat subuh terus bersiap untuk
ke Sri Pentas kerana "call time" untuk
tugasan pukul 8 pagi.

Justeru dlm pukul 7.25 pagi baru nak keluar
rumah wartawan saya Almaz sms bertanya
adakah saya akan terus ke lokasi atau pergi
bersama krew.

Saya mencampakkan kasut, terus
menyarung dan menjawab sms untuk ke
lokasi bersama krew menaiki van TV3.

Sesampai di pejabat, baca emel sebentar dan
kira kita 7.55 pagi, Almaz memaklumkan
untuk bertolak ke lokasi iaitu di Berjaya
Times Square Hotel, Kuala Lumpur.

Saya duduk depan dengan pemandu dan
kira kira lima minit dok berborak rancak 
dalam van baru saya tersedar kasut yang
saya pakai tak sama.

Kanan Adidas dan kiri Timberland.........

Adui hai......apa dah jadi....kelakar pun ya...
geleng kepala sendiri pun ya.....

Nak patah balik ....menyusahkan pemandu
pulak.....jadi "maintain macho" ajalah.......

Nasib baiklah warna kedua dua kasut tu
tak jauh beza....

Sememangnya krew tidak begitu menyedari
saya memakai kasut yang berbeza.

Sepanjang penggambaran untuk rakaman
"pengacaraan" bersama Nor Alin Redzuan,
saya sendiri rasa macam serba tak kena......

Dek kerana rasa pelik sendiri, saya
memaklumkan pada mereka...... dan apa lagi
semua mentertawakan saya.....

Ada yang mengusik mungkin saya nak dapat
durian runtuh lah atau mungkin nak jalan jauh
kot......

Nor Azlina  menyampuk kata stylo lah....

Tira, jurumekap dok kata fesyen budak budak
"nie jam" lah.....

Tak kisahlah, tapi sekadar nak berkongsi
pengalaman, kalau nak cepat sekali pun
kenalah juga "double check" apa yang
patut......

Sampai Sri Pentas terus ke kereta dan
ganti dengan sandal yang memang ada
sepasang dalam kereta.

Saya rasa bukan saya seorang sahaja
mengalami peristiwa haru biru ini.......

Mungkin ada juga di kalangan rakan rakan
pernah memakai kasut yang berlainan
tanpa disedari........


Fesyen penggunaan kasut stail baru......


Nor Azlina dan Intan dok mengusik saya........


Pemandangan Kuala Lumpur dari Penthouse
Berjaya Times Square Hotel

Bangunan putih adalah Pusat Borong Kenanga dan
tanah lapang adalah bekas Penjara Pudu.....


Saturday, December 15, 2012

Buang sampah sesuka hati....

Tak nak tulis panjang panjang, sekadar 
meluahkan sedikit "kemarahan" saya.

Bukanlah apa sangat, semasa memandu 
tadi, sebuah kereta "besar", "mewah",
cermin agak gelap dgn plat kereta
nombor "cantik" memotong kereta saya
yang berada di lorong tengah.

Kemudian kereta "mewah" tu berada di
depan kenderaan saya.

Sejurus beberapa saat, dengan senang hati
individu dalam kereta tu membaling kotak
rokoknya di jalanraya......

Tak boleh ke biarkan dulu kat dalam kereta,
bila sampai rumah ke, pusat membeli belah
ke atau mana mana lokasi dituju barulah
buang kotak rokok terbabit.

Sesuka hati membuang sampah merata
rata.....harap kereta saja besar??????

Tak ada kesedaran sivik langsung......

Rasanya kalau pergi ke luar negara pandai
pulak buang sampah di tempat yang
disediakan???

Photo sekadar  hiasan dari
Google Image 

Rasanya rakan blogger juga ada melihat
senario begitu kan semasa memandu.......

 

Friday, December 14, 2012

Mengintai Rumah Bollywood d Pasir Mas

Seperti yang rakan sedia maklum awal
Disember lalu, saya sekali lagi ke Negeri
Cik Siti Wan Kembang.

Bukan tugasan Potret Bersamamu tetapi
Intai Intai Deko.

Saya berkesempatan berjumpa dan
berbual bual dengan pemilik Rumah
Bollywood atau turut dikenali sebagai
Rumah Hijau iaitu Hajah Wan Sabariah
Wan Ali atau mesra dipanggil Kak Yah.

Dia ternyata sangat kreatif dalam
mengilhamkan sendiri rumah idamannya.

Filem filem Hindustan menjadi inspirasi
Kak Yah dalam menatahias terataknya.

Tangga di tengah rumah dijadikan paksi
utama untuk dua ruang tamu yang
berlainan tema.

Setiap sudut dihias kemas dengan barangan
berasakan kristal.......

Warna keemasan bagaikan terapi minda buat
Kak Yah.

Justeru setiap dekorasi di rumahnya
mempunyai sentuhan warna keemasan
seperti yang diingininya.

Sebahagian gambar rumah Kak Yah ada
dalam entri "Namastee Bollywood"
yang saya tulis sejurus balik dari recce
beberapa rumah di Kelantan pertengahan
November lalu.

Untuk melihat lebih terperinci susunatur
dan dekorasi rumah Kak Yah tokey dodol dan
serunding yang tersohor di Kota Bharu,
jangan lupa saksikan Intai Intai Deko pada
siaran 27 Disember nanti........

Tangga menjadi tarikan utama rumah Kak Yah

Perabot yang ditempah dengan warna keemasan

Dinding juga warna keemasan....

Siling yang memerlukan masa agak lama
untuk disiapkan

Kak Yah yang peramah

Ruang rehat berrsama keluarga di tingkat 3



 

Thursday, December 13, 2012

Rambutan menentang Pulasan......

Dua hari saya di Bagan Serai, Perak untuk
merakamkan satu lagi kisah keluarga
Bersamamu yang akan disiarkan pada
pertengahan Januari 2013 nanti.

Keluarga Pak Din dan 11 orang anaknya.

Tapi catatan perkongsian hari ini saya nak
sentuh tajuk entri iaitu Rambutan menentang 
Pulasan.

Perbezaan di antara Pulasan dan Rambutan

Pulasan yang baru dikait,,,,,


Macam satu perlawanan atau pertandingan
pulak.

Selamat berjuang Harimau Malaya bertemu
Gajah Perang malam di perlawanan separuh
akhir kedua bolasepak AFC Suzuki di Bangkok.

Dalam perjalananan pulang ke Sri Pentas,
petang Selasa lalu, kami singgah di
Felda Trolak rumah ibu kepada pemandu
kami Rosli.

Sepanjang perjalanan, hujan lebat terus
membasahi bumi......

Ibunya menyediakan kami laksa untuk makan
petang dan ternyata kepekatan kuah laksanya
membuat saya dan rakan rakan menambah
2 - 3 mangkuklah.

Rezeki jangan ditolak.....

Disekitar rumahnya buah rambutan dan pulasan
tak ada siapa nak makan...... kerana menurut ibu
Rosli hampir ke semua penduduk mempunyai
pokok rambutan, pulasan, durian dan pelbagai
tanaman lagi.

Ketika singgah di R&R, kami dimaklumkan harga
pulasan RM8 sekilo sedangkan di kawasan rumah
Rosli, makanlah sampai kenyang.

Mungkin ramai juga jarang makan buah pulasan
berbanding rambutan kerana ia tidak begitu di
komersialkan.

Nama pun pulasan, justeru nak kopek buahnya
pulas saja dan rasanya lebih kurang macam
rambutan.

Dan satu lagi yang menarik perhatian saya
adalah buah jambu susu. 


Jambu susu.....

Wartawan saya Wanie pertama kali menikmati
jambu susu.....

Seingat saya, zaman saya kecil kecil dulu
memang selalulah jumpa jambu susu banyak
dijual di pasar.

Sekarang memang susah nak cari dan dah
bertahun saya tak menjamah jambu susu
berbanding jambu air atau jambu batu.

Memang putih macam susu ,tekstur isinya lebih
lembut dan bila cicah  dengan kuah rojak atau
kicap dan gula.......memang terbaik...... 

Satu lagi jambu yang susah nak cari jambu
dikenali sebagai jambu bol.....kecil warna merah
berbelang......

Rakan rakan blogger tahu ke kat mana nak
dapatkan jambu bol??????

Hujan lebat sepanjang perjalanan dr Bagan Serai
 ke Trolak....

Krew bersamamu Pak Din dan famili

Tuesday, December 4, 2012

Kaya jiwa....insan prihatin......


Tengahari tadi takala begitu khusyuk dan
teruja membuat suntingan visual Potret
Bersamamu paparan keluarga
Rusinah Baharang dari Nabawan, Sabah,
saya dikejutkan dengan panggilan daripada
Siti Aini Suib.

"Assalamulaikum Lin"

"Mualaikumsalam" jawab saya.

Ni Kak Ani, nak beritahu Lin Anuar dah keluar
sepital dan dah sampai umah", suara Kak Ani
jelas kedengaran rasa kegembiraannya.

"Allhamdulillah syukur, pesan dengan dia
kurangkan bergerak dan banyakkan berehat",
saya menambah.

'Lin, satu lagi Kak Ani nak beritahu yang ada
orang bayarkan segala kos rawatan dan
pembedahan Anuarlah, lebih lapan ratus
ringgit tau", Kak Ani menambah.

Rezeki Siti Aini Suip dan anaknya Harul Anuar.

Kebetulan minggu lepas pada 28 November
kisah keluarganya dipaparkan dalam
Potret Bersamamu di mana ia merupakan hari
kedua Anuar berada di Hospital Besar
Tuanku Ampuan Rahimah Klang akibat
kemalangan jalanraya.

Keprihatinan masyarakat Malaysia terus
meringankan beban yang ditanggung Kak Aini.

Saya juga ingin mengucapkan ribuan terima
kasih pada individu  yang bermurah hari
menjelaskan kos rawatan Anuar dan semua
kakitangan hospital yang membantu keluarga
Kak Ani.

Semoga Allah mencurahkan rezeki dan
keberkatan kepada individu dan semua yang
membantu.

Bersedekahlah kepada orang lain lebih 
daripada yang mereka perlukan
dan lakukan dengan penuh kerelaan....

Sesungguhnya kaya jiwa lebih baik daripada
kaya harta...

 

Sunday, December 2, 2012

Etak atau Etok?

Bola itu bulat...

Tahniah Harimau Malaya berjaya mengalahkan
Garuda.....

Semoga semangat juang akan terus membara
bertemu dengan Sang Gajah......

Saya menonton perlawanan penuh debaran di
hotel penginapan saya di Kota Bharu.

Suasana menonton di hotel dan di rumah
memanglah berbeza.

Kat hotel tak adalah kedengaran sorakan gol
berbanding kalau kat apartmen, setiap kali jaringan gol
seperti pertemuan dengan Laos tempohari, gempak
gempita keadaannya.

Tahniah sekali lagi Harimau Malaya....

Penggambaran Intai Intai Deko di Pasir Mas
tadi berjalan lancar dengan cuaca yang memang indah.

Kami ke rumah Abe Li, yang berkonsepkan resort dan
taman herba.

Dalam perjalanan balik ke Kota Bharu, kami singgah di
deretan gerai yang menjual ETAK atau ETOK sejenis
kerang sungai.

Dijual dengan harga sebungkus seringgit, dan dah lama
saya tidak menikmatinya.

Seingat saya lebih 15 tahun dulu, semasa menerbitkan
Warna Warna Malaysia, pengacara ketika itu
Normala Samsudin sama sama ke pinggir sungai
(tak ingat nama sungai) mencari etak dengan
penduduk setempat.

Mungkin bagi orang Pantai Timur memang biasa dengan
Etak Etak tapi ramai juga yang tak tahu tentang makanan
yang digigit makan macam kuaci...

Betul tak Mak Ngah......

Etak atau Etok.....

Bersama Abe Napi Jurukamera Kelantan
Di hadapan rumah Abe Li
 

Thursday, November 29, 2012

Namastee Bollywood d Negeri Cik Siti Wan Kembang.....

Esok saya akan ke Kelantan lagi, bukan tugasan
Potret Bersamamu sebaliknya Intai Intai Deko.

Tahun ni sahaja dah 4 kali saya pergi balik ke
Negeri Cik Siti Wan Kembang.

Awal bulan November semasa tugasan
Bersamamu saya sempat juga "recce" atau
tinjau beberapa rumah di sana dan atas
persetujuan tuanrumah, maka saya
kembali semula untuk tugasan seterusnya.

Antara rumah yang bakal dirakamkan dekorasi
rumah mereka adalah rumah tokey serunding
dan dodol yang tidak asing lagi di Kelantan
iaitu rumah Kak Yah.

Berkonsepkan ala Bollywood, tatkala kami
masuk untuk membuat tinjauan tempuhari,
tergaman jugalah kami......

Hah tenguklah photo photo di bawah ini.....

InsyaAllah saya akan kongsikan dalam entri
akan datang kenapa Kak Yah atau nama
sebenarnya Wan Sabariah memilih konsep
ala ala rumah yang terdapat dalam filem filem
hindustan.....

Namastee Bollywood.......

Pintu masuk rumah Kak Yah
 
Ruang tamu satu....

Tangga ala ala rumah dalam filem Hindustan
 

Ruang tamu dua.....

 

Wednesday, November 28, 2012

Patah peha dan bahu kanan.....

Sebentar tadi jika rakan rakan sempat
menonton Potret Bersamamu, ia memaparkan
kisah Siti Aini Suip dari Jenjarom, Selangor.

Ibu kepada 8 cahayamata, gigih berusaha
dengan sumbangan yang  diterima daripada
orangramai untuk terus keluar daripada
kepompong kemiskinan.

Bagi yang terlepas boleh menonton di
 www.tonton.com.my

Ketika menghadiri mesyuarat pengurusan,
saya dikejutkan dengan panggilan telefon
dan pemanggilnya adalah Siti Aini Suip.

Dengan nada yang sedih dan terisak isak,
dia memberitahu saya yang anaknya
Hairul Anuar yang membantu di gerai
mengalami kemalangan dengan treler.

Berderau darah mendengar kabar berita
terbabit.

Selesai mesyuarat dan menguruskan
beberapa dokumen, saya ditemani
Penerbit Intai Deko Norlizah Yusof terus
ke Hospital Besar Tengku Ampuan
Rahimah, Klang.

Setiba di hospital, waktu lawatan telah
ditutup.

Justeru saya menunggu Aini di ruang legar
di bawah.

Alhamdulillah, Allah permudahkan segala
galanya.

Aini meminta kebenaran pengawal keselamatan
untuk membawa saya naik ke tingkat 5 melawat
anaknya dan tiada halangan bagi mereka.

Terima Kasih Pak Guard....

Hairul patah peha dan bahu kanan.

Dia terjatuh kerana terlanggar kereta
untuk mengelakkan daripada treler yang
laju di kawasan Jalan Banting.

Aini tidak dapat mengawal rasa kesedihan
justeru saya dan Norlizah tidak putus putus
meniup kata kata semangat buat Aini dan
Hairul.

Sama samalah kita berdoa agar pembedahan
yang akan dilalui Hairul esok berjalan lancar
dan cepat sembuh.

Bagi Aini, setiap apa yang berlaku tersembunyi
hikmah tersendiri dari Yang Maha Esa.

Teruskan bersabar dan redha dengan
ketentuanNYA.

Kasihnya ibu sentiasa di sisi........



 

Tuesday, November 27, 2012

Mabuk.... bau Getah Sekerap......

Dua hari saya di Perak Tengah untuk penggambaran
di Pertubuhan Anak Yatim/Miskin Bait Al Amin,
kesinambungan kepada "recce" yang saya buat
minggu lepas.

Alhamdulillah semuanya berjalan lancar seperti
yang dirancangkan sungguhpun hujan turut
membasahi bumi Parit.

Ketika tahun 2005, kami pernah membuat paparan
di pertubuhan itu dan keadaan rumah yang dihuni
anak yatim/miskin waktu itu sememangnya uzur.

Selepas dipaparkan, sumbangan yang diterima
daripada pelbagai pihak, begitu baik sekali dan
mereka kini mempunyai bangunan yang
sempurna dan selesa.

Dalam Edisi Khas Ramadan Bersamamu 2005,
kami turut paparkan kisah Anita Abu Bakar,
ibu tunggal enam cahayamata.

Dia bekerja di ladang ternakan ayam dan tinggal
sekali dalam kawasan ladang yang kediamannya
memang tidak sesuai utk pembesaran anak
anaknya.

Sungguhpun gaji diterima tidak setimpal namun 
demi membesarkan anak anak, biarpun
dikerumuni lalat bercampur dengan bau najis ayam,
tetap diharungi.

Dia redha setiap apa yang berlaku dan percaya
pasti ada hikmat tersendiri.

Kini, Anita telah mendapat pekerjaan tetap di
kilang Mardec, punya gaji yang tetap, kehidupan
lebih baik dan kediaman lebih sempurna. 

Anaknya Farah Hani 14 tahun yang menghuni
di Rumah Anak Yatim turut mendapat keputusan
baik dalam pelajarannya.

InsyaAllah, seorang lagi adiknya bakal menjadi
penghuni Bait Al Amin tidak lama lagi.

Semasa penggambaran di kilang tempat Anita
bertugas, ia satu pengalaman baru buat krew
terutamanya wartawan saya Ainul Fatehah.

Bab penggambaran di ladang getah, pepagi hari
ke, tengahari ke, petang ke, memang biasa
ikut individu pergi menoreh.

Dikelilingi nyamuk pun, kira tak ada masalah,
tetapi penggambaran memproses getah di
dalam kilang Mardec di Bota Kanan ini memang
berlainan sekali.....

Adusssss.......bau getah sekerap, menyusuk
jiwa dan kalbu.

Memang tidak dinafikan, kadangkala dalam
perjalanan ke sesuatu lokasi dan melintasi
kilang getah, bau getah memang dihidu tetapi
sekadar sekali lalu.

Bila dah berada di kilang dengan jangkamasa
lama, memang letak minyak angin di hidunglah
jawabnya......


Getah yang sedang diproses.....

Jurukamera merakamkan pekerjaan Anita

Longgokan getah sekerap di belakang saya
 menanti untuk diproses...

Ainul terus mabuk dan muntah kerana tidak tahan
dengan keadaan bau getah sekerap yang memenuhi
sebahagian daripada kilang terbabit....

Malah bau terus melekat ke baju jangka masa
yang lama......

Kesian Ainul.....satu pengalaman baru buat dirinya....

Mungkin bagi pekerja seperti Anita dan rakan
rakan, alah bisa tegal biasa.......mereka telah
lali dengan keadaan bau getah yang di proses...

Bagi mereka, yang penting mencari rezeki yang
halal dan diberkati demi masa depan anak anak......

Buat Anita, teruskan usaha untuk merubah kehidupan
dan keluar daripada kepompong kemiskinan.....

Dalam perjalanan balik, krew yang teruja dengan
kisah lambakan durian di bahu jalan, singgah
dan membeli untuk dibawa balik.

Untuk mengelakkan daripada bau getah sekerap
dan bau durian bercampur aduk dalam van, rakan
rakan saya mengambil inisiatif membungkus durian
bagaikan nak naik pesawatlah........

Selamat menjamu durian sahabat sahabatku bersama
keluarga ........


Bungkus jangan tak bungkus.......

Durian yang telah dibungkus berlapis lapis......



Tapi makan tu berpada pada ya.......
ingat kesihatan......sekadar renungan bersama......


 

Friday, November 23, 2012

Bersepah sepah Durian di bahu jalan......

Alhamdulillah sampai di Sri Pentas sebentar
tadi kira kira jam 7 malam.

Sepanjang perjalanan dari Taiping kira kira
jam 3 petang ke Sri Pentas hujan rahmat terus
membasahi bumi dan setiap kenderaan dipandu
dengan berhati hati.

Tugasan bermula semalam, di mana saya bersama
wartawan Ainul Fatehah dan pemandu kami
Abang Hamdan membuat tinjauan dan
perbincangan dengan beberapa subjek atau
responden Bersamamu terdahulu.

Kami menjenguk Rumah Anak Yatim Miskin
Bait Al Amin di Parit yang pernah disiarkan
dalam BERSAMAMU tahun 2005 dan bertemu
Pengerusinya Encik Rozelan untuk mengatur
jadual penggambaran seterusnya.


Berbincang dengan En Rozelan (berbaju merah) dan wakil
daripada UNI Tun Abd Razak -Dr Hafriza

Alhamdulillah selepas kisah Rumah Anak Yatim
yang agak daif ketika itu ke udara di TV3,
mencurah curah pihak orang perseorangan,
NGO, bank dan banyak lagi pihak menghulurkan
bantuan.

InsyaAllah pada hari Isnin ini krew Potret
Bersamamu akan ke sana semula membuat
rakaman selama dua hari.

Bermalam di Seri Iskandar, pagi tadi kami
ada temujanji dengan pihak Mardec di Bota
Kanan dan seterusnya ke kawasan Bukit Merah
di Taiping berjumpa seorang lagi keluarga
Bersamamu Kak Hamidah.

Bertanya khabar perkembangan Kak Midah
(berbaju hijau)

Apa yang saya nak kongsikan sedikit dalam
entri hari ini adalah perjalanan kami dari
Parit ke Bukit Merah menggunakan jalan lama
kira jalan kampunglah.......

Selalunya terus ikut lebuhraya....

Bila ikut jalan kampung, dengan suasana kehijauan
dan mendamaikan memang tenang aja dirasakan...

Dan paling membuat saya teruja tatkala bila lalu
di beberapa buah kampung, buah rambutan, durian
bergayut gayut di pokok bagaikan melambai lambai.

Dan di kiri kanan bahu jalan punyalah ramai peniaga
buah buahan seperti manggis, cempedak, langsat,
durian belanda......

Dan semestinya durianlah yang menjadi
daya penarik..

Dek kerana teruja, melihat deretan buah durian,
dalam keadaan hujan renyai renyai, kami sempat
berhenti seketika untuk menikmati buah durian
yang memang terbaek......

Dijual dengan harga di antara RM5 - RM6 sekilo,
kalau memang "kaki durian" pasti tidak akan
melepaskan peluang.

Saya pun memang suka makan durian tapi
disebabkan ada diebetes, kenalah makan
berpada pada.......

Berpada pada pun rasanya lebih 7 ulas saya makan...
jawabnya kenalah cucuk insulin lebih sikit......

Oleh kerana van yang kami naiki, van baru, tak
jadilah bawa balik.....nanti kawan lain gunakan
kenderaan sama.....ada yang pening pulak dengan
bau Raja Buah tu.......

Jika rakan rakan ada kelapangan hujung minggu
dan memang kaki durian, bolehlah jalan jalan
cari makan di Perak......

Abang Hamdan sempat beri petua, kalau jari
jemari tangan tak mahu bau durian, basuh tangan
dengan cara menuang air di atas durian dan
air yang menitis dicucikan jari jemari kita.....

Selamat mencuba.....

Deretan gerai menjual durian di bahu jalan di antara
Parit ke Taiping

Memang terbaik dan harga juga berpatutan..
Cempedak dan Durian Belanda.....

Ainul memang penggemar
durian yang tegar......


 
 
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...