Ads by nuffnang

Thursday, July 19, 2012

Siapa pernah cuba Lokan Panggang??????

Semalam saya sampai di Sri Pentas hampir jam 12
malam dari Sabah, simpan tape yang dirakamkan
sepanjang tugasan di sana, membelek beberapa
dokumen dan surat di atas meja dan terus "sign out".

Sampai rumah hampir 1245, kemas beg, mandi
dan terus tidur keletihan.

Pagi ini hujan agak lebat membasahi bumi
Lembah Klang, memang agak liat nak bangun dan
bercadang nak ambil cuti tapi berikutan ada tiga
mesyuarat yang perlu dihadiri dan juga satu sesi
prebiu rancangan baru "Obsesi", maka terbantutlah
cadangan untuk ambil cuti..

Hari ini juga pihak PWS turut mengadakan majlis
makan makan "potluck" sempena menyambut
ramadan dan seperti biasa saya di
pertanggungjawabkan bahagian penyediaan 
minuman panas.....

Masing masing membawa makanan untuk dinikmati
bersama sama seperti nasi lemak, nasi kerabu, nasi
dagang, macaroni goreng, jellly, kek, kuih muih dan
macam macam adalah......

Seronok sesekali berkumpul dan makan ramai ramai......

Nadia dan Zana dengan makanan yang mereka bawa......

Tak sempat masak di rumah....beli di luar pun ok .......

Sedapnya Nasi Dagang......



Liza suka makan nasi kerabu.......

Menyentuh bab makan lagi, semalam sebelum
berangkat pulang ke Kuala Lumpur,
perjalanan dari Tuaran ke Kota Kinabalu, kami
'limpas' (lalu) dan berhenti di kawasan di kenali
sebagai Kampung Salut.

Di sini memang terkenal dengan deretan gerai yang
menjual Kelapa Bakar dan Lokan Panggang.

Memang sedap betul lokan segar yang dipanggang
dan dicicah dengan sambal.

Saya rasa lebih 20 biji lokan menjadi santapan
saya seorang.

Bagi rakan yang bercadang ke Sabah dan jika ke
Tuaran, jangan lupa singgah di deretan gerai yang
menyediakan hidangan istimewa lokan panggang ya...

Kena cuba makan bah......


Gerai Sri Cahaya menjual lokan dan ketam panggang

Lokan dijual mengikut saiz......


Lokan yang telah siap dipanggang

Segar dan menyelerakan.........

Pak Kassem - orang kuat TV3 Sabah......
Inilah longgokan lokan yang saya makan........sedap bah.......

Sunday, July 15, 2012

Tugasan di Switzerland.....

Salam dari Bumi Negeri Di Bawah Bayu......

Tajuk aja gempak sebenarnya bukan kat Switzerland
tapi kat Sabah bah......

Dimie Pedalaman Resort
Batu 16 Jalan Keningau Kimanis

Bercakap pun keluar asap dari mulut kat sini.....

Penerbangan Jumaat lalu, dari Kuala Lumpur ke
Kota Kinabalu kira kira 2 jam 30 minit memang
lancar sekali.....

Setelah makan tengahari di Kota Kinabalu, kami terus
ke Keningau.....

Untuk sampai ke Keningau sememangnya melintasi
Banjaran Crocker....

Berikutan hujan di beberapa tempat, maka keadaan
jalan agak licin dan berkabus......

Ketika kami berhenti di kawasan Rehat dan
Rawat di pertengahan jalan di Banjaran Crocker,
cuaca di pergunungan itu kurang daripada 17 darjah
celcius.

Memanglah sejuk........

Berikutan beberapa krew saya tidak pernah sampai
ke lokasi ini, maka mereka begitu teruja.

Masing masing dok berangan macam kat
Switzerland lah, New Zealand lah......
apa apalah dik oii..

Nak update entri semasa di Keningau tetapi "line" tak
berapa baik, ni dah balik di Kota Kinabalu, barulah
kongsi catatan.....

Hah.....tengok lah gelagat kami ketika di kawasan tu......



Hahaha....jalan  ni kami yang punya.......

Strawberi tumbuh segar di sini.....

Thursday, July 12, 2012

Kalau ibu ada, lagilah seronok.......

Tahniah adik adik......

"Tahniah Fatin, konvo awak hari ini......" saya
menyampaikan ucapan tahniah sambil memeluk
erat Fatin Aishah Jamil, graduan KUIM yang
menerima Diploma Kaunseling pagi tadi yang
berlangsung di Bangunan Seri Negeri,
Ayer Keroh, Melaka.

"Terima Kasih Chik Inn,memang happy sesangat,
tetapi kalau arwah ibu ada dan tenguk Fatin kat Konvo
ini, lagilah happy", Fatin menjawab yang dapat
saya rasakan ada sekelumit perasaan sedih ketiadaan
ibu tersayang pada hari yang bersejarah bagi gadis itu.



Fatin bersama ayahnya......
Posing jangan tak posing adik adik......

Kisah keluarga Fatin yang menetap di Merlimau,
Melaka,pernah dipaparkan dalam Bersamamu
beberapa tahun lalu.

Ibu Fatin, Firah Abd Majid mengalami sakit angin
akmar, terlantar kira kira 2 tahun dan kembali ke
Rahmatullah pada 30 Julai 2007.

Alfatihah buat Arwah Firah.

Ketika ibunya sakit, Fatin sebagai anak sulung,
sungguhpun dalam usia muda, menjadi tulang
belakang dan menggantikan tempat
ibunya menguruskan hal rumahtangga.

Adiknya Fahmi yang cemerlang dalam UPSR ketika
itu mendapat tempat untuk melanjutkan pelajaran
ke asrama penuh, namun kerana masalah
kewangan, Fahmi memendam perasaan.

Ayahnya hanya seorang tukang kebun dan gaji
yang ada bagaikan kais pagi makan pagi beserta
perlu membeli ubat ubatan buat isteri tersayang.

Setelah pihak Bersamamu mendapat infomasi dari
insan yang prihatin dan kisah keluarga ini
dipaparkan di kaca televisyen, sumbangan
yang dihulurkan ternyata banyak merubah
kanvas kehidupan keluarga Fatin.

Adiknya Fahmi dimasukkan ke asrama penuh
dan keputusan SPM lalu, dia mendapat 8A dan
kini melanjutkan pelajaran di UITM, Puncak Alam,
Shah Alam, Selangor.

Dua lagi adiknya turut cemerlang dalam pelajaran
mahupun dalam sukan.

Ketiadaan ibu...nenek tempat mengadu......
Masalah kewangan bukanlah penghalang untuk
keluar daripada kepompong kemiskinan.

Jika bijak menguruskannya, pasti berjaya...

Jika ada kemahuan untuk berubah, pasti akan
ada jalan.....

InsyaAllah mulai pertengahan September akan
datang, saya dipertangungjawabkan semula
untuk menerbitkan rancangan Bersamamu.

Namun kali ini, formatnya agak berbeza.

Fokus musim ini, kami akan menziarahi kembali
keluarga yang dipaparkan di awal siaran Bersamamu
yang memulakan siaran pada 30 Mei 2005.

Perubahan yang berlaku pada mereka akan
dikongsikan bersama dan bagaimana wang yang
disumbangkan insan insan pemurah membantu
mereka menjalani bahtera kehidupan dengan
semangat dan azam baru.

Esok saya akan ke Sabah selama 6 hari, menyingkap
beberapa keluarga di Negeri Bawah Bayu dan waktu
yang sama menyelaras program Obsesi.

Jadi tunggulah kemunculan "Kejayaan.......Bersamamu..."
tidak lama lagi.......

Maklumbalas rakan rakan amat saya alu alukan....

Hulurkan tangan....ringankan beban.........

Syukur Alhamdulillah...antara anak Bersamamu yang
boleh dijadikan contoh pada yang lain.......

Wednesday, July 11, 2012

Malam ni Wargakerja Media Prima kepanasan......

Hah malam ini wargakerja Media Prima kepanasan
bukan kerana letrik tak ada tapi sebab tadi ada Pesta
Jom Makan Durian di Sri Pentas.

Orang kata kalau nak mengelak panas, minum dalam
keronsong durian....

Bagi peminat Raja Buah itu, panas badan belakang
kira yang penting rezeki jangan di tolak......

Satu lori penuh durian beserta rambutan dihidangkan
untuk dinikmati bersama semua wargakerja.

Saya pun tidak terkecuali tapi sebab saya ni ada 
diabetes, jadi saya makan beberapa ulas ajalah.....

Ia adalah acara tahunan yang memang dinantikan
wargakerja Media Prima......

Hah tengukkan sebahagian daripada reaksi
wargakerja Media Prima menikmati durian....oh...
durian.....


Rezeki depan mata......pilih ajalah.....





Sambil makan sambil mengabadikan kenangan........


Lan Pet Pet (sebelah kanan) dengan gaya tersendiri......
Makan kat Sri Pentas aja...tak boleh bawa balik.....

Wednesday, July 4, 2012

Nasi Ambang Mak Merah.....memang kelas.....

Hari ini krew produksi Remedi (siaran TV9 setiap Selasa
9.30 malam) berkampung di rumah Mak Merah di Kampung
Olak Lempik, berhampiran Dengkil, Selangor untuk
rakaman episod terakhir siaran 24 Julai ini.

Mak Merah, 66 tahun telah berkecimpung dalam bidang
perbidanan lebih daripada 40 tahun.

Selain mengurut untuk ibu dan bayi yang baru bersalin,
Mak Merah seorang yang peramah, juga menyediakan
pelbagai jamu dan minuman akar kayu untuk kesihatan
dalaman kaum Hawa.

Berikutan sehari suntuk rakaman yang dibuat, kami
makan tengahari di rumahnya.

Nasi Ambang memang tidak boleh dipisahkan dengan
masyarakat Jawa, justeru Mak Merah telah menyediakan
Nasi Ambang untuk kami.

Pelbagai lauk disediakan di dalam satu dulang

Jemputlah makan......



Satu dulang makan beramai-ramai, memang sedap tidak
terkata masakan air tangan Mak Merah, cuma sebab
duduk bersila, kurang selesa sikitlah pada saya yang 
sakit lutut..........

Satu dulang yang dihidangkan berlaukkan ayam masak
kicap, tempe goreng, ikan goreng, sambal goreng, boleh
dimakan 4 ke 5 orang.

Episod di rumah Mak Merah ini adalah episod terakhir,
utuk musim pertama, beberapa pengamal perubatan
alternatif yang pernah dipaparkan dalam program
Remedi sebelum ini, turut hadir dan diadakan juga
majlis doa selamat.

Pengacara menemuramah Mak Merah...


Krew Produksi Remedi bersama Fakhrul pengacara Remedi
Terima Kasih Mak Merah dan keluarga atas kerjasama
yang diberikan kepada kami....
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...