Ads by nuffnang

Thursday, May 30, 2013

Suntik gel di lutut...

Petang tadi kira kira pukul 2.45 petang
ketika saya di kaunter juruwang stesyen
minyak di  Taman Tun Dr Ismail, tetiba
saya di tegur....

" Hai ,Chik Inn kenapa ni bertongkat,
semalam nampak kat ofis ok aja",
Kalijahwati atau Atie Penerbit Eksekutif
Wanita hari ini menegur saya.....

'Ooo Atie, baru lepas inject gel kat lututlah",
saya membalas sapaan Atie....

Saya memang ada masalah lutut dan
pernah buat pembedahan kira kira 6
tahun lalu.

Dok terlebih berjalan, mendaki dan
menyusuri sungai gamaknya, maka
ia kembali bermasalah.

Maka tengahari tadi saya menjalani
suntikan gel di lutut kanan saya ni di
Pusat Pakar Damansara....

Tiada gambar sempat dirakamkan kerana
teramatlah sakitnya bila gel tu masuk
kat lutut......

Cuba rakan rakan bayangkan dengan
jarum yang boleh tahan panjang, kemudian
dengan perlahan gel tu masuk......
adoi....... memang mengucap panjanglah
saya......

Sesi suntikan gel di lutut ni kena
buat tiga kali...minggu depan sekali
lagi dan diikuti minggu seterusnya.....

Sabau ajalah......

Bagi rakan rakan yang tidak mahu lutut
disuntik dengan gel... maka jagalah lutut
tu sebaik baiknya.....

Jangan terlebih guna atau paksa untuk
melangkah......atau mendaki..... 


Gambar Hiasan saja tapi saya disuntik
gel dengan jarum yang lebih panjang..

Wednesday, May 29, 2013

Teddy Bearku si Jojo.....

Entri hari ini nak kongsi koleksi terbaru
Teddy Bear saya....

Sejak kecil dulu sampai sekarang, saya ini
suka jugalah beli teddy bear atau soft toys...

Saja suka suka dan lazimnya selepas itu
saya beri pada anak buah mahupun
anak anak angkat saya.....

Ahad lepas anakbuah saya Adham
menghadiahkan saya satu teddy bear
sebesar diri saya....

Nak dokong pun tersiksa jiwa raga.....

Adham ada seorang rakan yang menjalankan
perniagaan menjual pelbagai teddy bear
yang harga jauh lebih murah daripada
biasa......

Saya bukanlah pegawai pemasarannya,
tapi dah ramailah sedara mara yang
dah buat tempahan....

Saksikan gelagat saya dengan Teddy Bear
yang saya gelar JoJo......


Jojo ni beratnya lebih 5 kilo....,.

Siap pakai vest TV3 lagi.....

Sama tinggi dengan saya.....


 

Tuesday, May 28, 2013

Duit bersunat nak beli motorsikal.....

Diam tak diam, bulan Mei sudah sampai ke
penghujung dan kita akan berada di
pertengahan tahun 2013.....

Dan bulan Ramadan juga sudah hampir...

Rasanya macam baru saja menyambut Aidil
Fitri.....

Bagi yang belum menggantikan puasa.....
jangan dilengahkan lagi.....

Sekarang musim cuti sekolah... dua minggu
pulak tu.... seronok sakanlah anak anak kita
ya.....

Saya pun ambil kesempatan untuk cuti
minggu ini....perlu habiskan cuti tahun lepas
ada 22 hari lagi.... itu tak termasuk cuti ganti
bila bekerja "off day" ada lebih 10 hari......

Lazimnya setiap tahun memang tak pernah
dapat habiskan cuti tahunan.....kira "burn"
ajalah...

Musim cuti sekolah ini juga ramai yang
ambil kesempatan untuk mengadakan
majlis kenduri tak kiralah kenduri kahwin,
bertunang, kenduri arwah, bersunat dan
macam macam lagi acaralah....

Bagi keluarga saya juga tidak terkecuali...

Sabtu lepas, kakak kedua saya mengadakan
majlis cukur jambul cucu pertamanya,
Misha Hisham....

Dan Ahad pula anak ketiga abang saya
berumur 9 tahun bersunat...

Pagi Ahad tu betul betul bersemangat
Syabeil Batrish untuk pergi klinik....

Dalam dia begitu bersemangat untuk
bersunat, abangnya Syameil mendedahkan
rahsia dia sukarela untuk bersunat
musim cuti sekolah ini kerana nak beli
motorsikal kecil....

Dah nama pun budak budak.... macam
macamlah perangai mereka.....

Petang tadi saya berjumpa dengan
Syabeil dan bertanya...

"Banyak ke dapat duit koleksi
sedara mara beri?......

Dengan tersengih dia menjawab,

"Banyak-banyak......"

Saya rasa rakan rakan blogger lain
yang mempunyai anak lelaki, pasti
berdepan dengan kerenah anak anak
yang mempunyai agenda tersendiri
terutama bila diberi pilihan seperti
Syabeil.......

"Bila Abeil dah ok, nanti nak ajak
abah beli motor, tak cukup duit
minta abah tambahlah......"
pengakuan ikhlas Syabeil anak
ketiga daripada empat beradik......


Shabeil dengan wajah "control macho" nya.....

Misha Hisham di pangkuan ibunya sebelum
 upacara potong jambul.....


 

Friday, May 17, 2013

Persembahan Hari Guru.....

Semalam Hari Guru....maka kepada semua
guru yang telah mencurahkan ilmu kepada
anak murid mereka termasuklah saya
semoga Allah terus memberkati perjuangan
kalian.

Guru di tadika, sekolah rendah, menengah
pusat pengajian tinggi juga bagi mereka
yang memberi tunjukajar tidak kira dimana
mereka berada...

Bagi yang telah pergi buat selama-lamanya,
Alfatihah dikirimkan.....

Tanpa insan yang bergelar pendidik, mana
mungkin saya dapat menulis entri ini yang
dibaca oleh rakan sekalian.

Dan semestinya guru yang paling rapat
dengan kita semuanya pastilah ibubapa
ahli keluarga kita......

Merekalah yang mengajar kita dalam
meniti episod kehidupan permulaan
sebelum kita melangkah ke alam
persekolahan.

Seingat saya zaman persekolahan dulu
terutama di peringkat menengah rendah,
sambutan hari guru di sekolah saya
diadakan persembahan daripada pelajar.

Saya dan geng dikenali sebagai ET1 pasti
tidak akan melepaskan peluang untuk
menunjukkan bakat kami dalam
muzikal drama.....

Sayalah tukang karut atau tuan director
dan juga turut berlakon....

Persembahan kumpulan kami sememangnya
yang ditunggu tunggu kerana "lain daripada
yang lain"......

Photo zaman persekolahan semuanya
di rumah ibu saya, maka tak dapatlah
rakan rakan tenguk......(pasti tersenyum
kalau tenguk......)

Zaman persekolahan adalah waktu yang
paling menyeronokkan.....

Hubungan di antara pelajar dulu dan
sekarang bersama guru juga jauh
berbeza......

Sungguhpun profesyen saya bukanlah 
guru, tapi di kalangan staf staf di 
Media Prima saya juga digelar cikgu.....

Bagi saya ilmu yang ada perlu dicurahkan
pada golongan muda.....yang bakal
mewarisi tugas kami yang 4 series ini....

Agak lama juga saya tak turun ke lokasi
program Intai Intai Deko justeru semalam
saya sempat "call shot"  untuk segmen
pengacaraan Nor Azlina Redzuan.....

Selesai penggambaran dan sesi fotograpi
untuk simpanan jurumekap, Alin terus
meminta Almaz wartawan Intai Deko
merakamkan photo saya dan dia....

'Maz, tolong ambikkan gambar Kak Alin
dengan My Teacher...Chik Inn".....sambil
melambai saya untuk duduk di sisinya.....

Masa kecil kecil dulu, saya teringin juga
nak jadi cikgu, tapi mungkin dah ditakdirkan
jadi wartawan/penerbit pula.....

Alhamdulillah, sesungguhnya Allah lebih
mengetahui apa yang terbaik untuk 
umatNYA....

Bersama anak murid kesayangan.....

Generasi anak murid yang kelima dan ke tujuhbelas......



 
 

Tuesday, May 14, 2013

Warna warna Kuching....

Alhamdullilah lima hari tugasan Potret Bersamamu di
Sarawak khususnya di Sebuyau, Samariang dan
Kuching berjalan lancar....

Sumbangan daripada masyarakat Malaysia yang
prihatin dimanfaatkan sebaiknya oleh Salwah dan
Jenab dan ternyata kehidupan mereka kini berada
di zon yang lebih selesa.

Semalam sampai rumah hampir pukul 12 malam.

Entri saya hari ini lebih kepada perkongsian beberapa
photo sepanjang saya dan krew di sana.

Dah post pun tajuk "Warna Warna Kuching" maka
penuh dengan warna warnilah......


Menyelami isihati Salwah....

Lazimnya tugu Kucing ini sentiasa menjadi tumpuan
lensa kamera pengunjung di Kuching
Naga atau Buaya?????

Rose((penolong penerbit) dan saya mengayakan aksi
si kucing yang pemalu...
Sarawak dan kek lapis tidak boleh dipisahkan....
Pelbagai potongan kek lapis untuk dirasa......
Pilih dik pilih.....

Juara paling banyak beli kek lapis....
Mohd Rose.....
Comel tak anak anak ni....????
Bersama famili Kak Nab...
Aku budak kampung....

Mee kolok.....sedap.....

Friday, May 10, 2013

Bagaikan teritip di tepi batu....

Alhamdulillah penggambaran dua hari di Sebuyau
kira kira dua jam setengah perjalanan dari
bandar Kuching berjalan lancar sungguhpun
tergendala beberapa ketika kerana hujan....

Ia sama sekali tidak menjejaskan produksi
kerana diteruskan dengan penggambaran
di dalam rumah.

Kisah Sharifah Salwah Wan Manshor ibu tunggal
kepada tujuh cahayamata ini pernah disiarkan
dalam rancangan Bersamamu pada tahun 2008.

Kami suka dengan semangat Salwah yang ingin
terus keluar daripada kepompong kemiskinan
dan melangkah ke fasa kehidupan yang lebih
selesa buat dia dan anak anaknya.

Bagi Salwah, kekuatan sebenar seseorang itu
terletak pada hati....

Petang semalam ketika sesi temuramah dengan
dia di pinggir muara, Salwah tidak menafikan 
sebelum kehadiran bantuan daripada
masyarakat prihatin, kehidupannya bagaikan
kapal di samudera yang terumbang ambing di
landa ombak.

Kini dia bangkit dan terus tabah bagaikan
teritip di batu, tidak goyah dilanda ombak....

Sesungguhnya Allah menyelitkan kelebihan
pada setiap kekurangan, kekuatan di setiap
kelemahan  dan kegembiraan pada setiap
kedukaan.....

DIA lebih mengetahui apa yang terbaik buat
umatNYA.....

"Barangsiapa dikehendaki Allah kebaikan
baginya, maka dia diuji" -(HR Bukhari)

Antara lokasi yang membawa ketenangan buat Salwah
yang terus kuat seperti teritip di tepi batu...


Salwah kini boleh menarik nafas lega dengan warna warna
indah dalam kanvas kehidupannya

Krew Potret Bersamamu bersama sebahagian
daripada keluarga Salwah

Wednesday, May 8, 2013

Dari Pekan, Pahang ke Klang, Selangor....

Huh lama betul saya tidak mengemaskini dan
menulis di blog.

Rata rata semua rakan rakan pun tahu dalam
seminggu dua lalu, setiap masyarakat
Malaysia sibuk dengan hal ehwal berkaitan
dengan pilihanraya.

Saya turut ditugaskan untuk membantu
penerbitan Malaysia Hari Ini -MHI di Pekan,
Pahang di kawasan Datuk Seri Najib
bertanding.

Saya berada di Pekan dari Jumaat hingga
Ahad dan sebagai Penerbit Lokasi saya
memastikan lintas langsung dari Pusat
Mengundi di Sekolah Sains Sultan Haji
Ahmad Shah Pekan ke Sri Pentas
berjalan lancar.

Tugasan yang paling ditunggu tunggu adalah
ketika Datuk Seri Najib dan Datin Seri Rosmah
membuang undi di Sekolah Sains Sultan
Haji Ahmad Shah.

Alhamdulillah penerbitan berjalan lancar
dengan kerjasama lebih 22 warjakerja
Media Prima......

Terima Kasih rakan rakan.....

Selesai tugasan MHI dan Berita Terkini jam
10 pagi barulah saya dan krew menikmati
sarapan pagi kira makan tengahari sekali
dengan lauk tempoyak ikan baung.

Memang terbaik....

Sepatutnya kereta yang mengambil saya
tiba jam 11 pagi tapi disebabkan
beberapa perkara yang tidak dapat dielakkan
maka kereta dipandu Zam menjemput saya
hampir pukul satu.

Maka saya pun mulalah membebel, bukan
membebel apa, takut tak sempat nak
menjalankan tanggungjawab saya untuk
mengundi.

Dahlah beberapa kawasan hujan rahmat
membasahi bumi... berikutan khuatir
tidak sempat sampai, Zam terus menghantar
saya di tempat mengundi di Kolej Islam
Sultan Alam Shah, Klang.

Alhamdulillah kira kira jam 4.25 petang
saya sampai dalam keadaan hujan lebat,
semak nama dan terus masuk ke bilik
Saluran 2 yang terdapat dua orang
terdahulu daripada saya.

Selesai mengundi terus kembali ke
Sri Pentas.....

Dan kembali menjalankan tugasan
produksi seperti biasa....

Esok saya ke Sarawak selama lima
hari untuk Potret Bersamamu......

4 Mei 2013 -Datuk Seri Najib mendarat di
 Sekolah Sains Sultan
Haji Ahmad Shah, Pekan


Ramai juga kengkawan dok ambil gambar
berlatarbelakang helikopter yang PM naik.....

Van OB  atau dikenalii sebagai Outside Broadcasting

Keadaan dalam OB Van sama seperti di studio tetapi
agak kecil sedikit


Bersama rakan saya Fadlee dan Din
Antara rakan rakan yang bekerjasama menjayakan
siaran langsung PM mengundi di Pekan....
Tempoyak ikan Baung dan Patin memang terbaiklah.....
 
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...