Ads by nuffnang

Thursday, June 28, 2012

"You were always there for me...."

Hari ini saya masih tidak bekerja kerana menghabiskan
cuti tahun lepas, justeru saya terpanggil untuk
menonton wayang bertajuk "BRAVE" keluaran terbaru
Disney/Pixar.

Poster BRAVE dari Google

Saya bukanlah kaki wayang, 6 bulan sekali pun belum
tentu akan masuk ke panggung wayang, tenguk kat
televisyen ajalah.

Tapi tetiba rasa macam nak menonton tatkala terbaca
di akhbar baru baru ini filem animasi tiga dimensi ini
mengungguli carta mingguan box office Amerika Utara
dengan kutipan jualan tiket sebanyak AS66.7 juta
kira kira RM207 juta.

Tapi di panggung saya menonton tadi, kurang daripada
30 penonton di panggung.

Mungkin sebab tayangan pukul 1.50 petang dan hari
bekerja.

Ia mengisahkan penggembaraan  seorang Puteri Raja
bernama Merida menggunakan suara Kelly Macdonald.

Jalan cerita yang ringkas dan agak melucukan tetapi
mempunyai nilai institusi kekeluargaan yang tinggi
dan erti kasih sayang yang mendalam antara seorang
ibu dan anaknya.

Latarbelakang dan sinematograpi dalam animasi tiga
dimensi digarap bagaikan berada di lokasi sebenar
alam nyata......

Puteri yang tangkas menunggang kuda dan memanah...
Gambar dari Google

Puteri Merida dan ibunya.....
Gambar dari Google

Beberapa babak dalam filem itu sungguhpun sekadar
animasi tetapi turut membuat hati dan perasaan
penonton seperti saya tersentuh......

Antara dailog sebelum filem "BRAVE" melabuhkan tirai...

“You were always there for me, you never gave up on
me and I want you back. I love you.” Puteri Merida
memeluk ibunya yang menjadi beruang akibat sumpahan...
   
Ia sesuai ditonton semua peringkat umur dan jika
rakan ada kelapangan, hujung minggu ini bolehlah
bawa keluarga atau sahabat handai menonton filem
animasi 'Brave".....

Bukanlah saya beri promosi....sekadar
pandangan peribadi.......Selamat menonton........

 

Tuesday, June 26, 2012

Selamat tinggal Rooftop Prince......

Alhamdulillah , semalam saya dan famili abang saya
selamat mendarat di Lapangan Terbang KLIA kira kira
jam 9.35 malam.

Tunggu bagasi dan kenderaan, akhirnya sampailah
saya ke apartmen saya di Damansara Perdana jam
11 malam.

Letih dan mengantuk sesangat kerana tak tidur langsung
dalam pesawat, leka layan movie dan game.

Sampai rumah aja kemas apa yang patut dan
Selamat Malam Malaysialah jawabnya.

Sehari sebelum berangkat pulang ke KL, rakan kami
Shee warga Seoul membawa kami ke Namsan Park
yang berdiri gagah Nansam Tower dan Seoul Tower.

Kawasan ini juga sering menjadi lokasi kepada beberapa
drama Korea yang memang di minati ramai.



Bagi peminat drama berciri Korea khususnya
"Rooftop Prince" di Astro yang berakhir malam tadi,
pasti seronok menonton drama terbabit.

Beberapa babak drama itu dikatakan menggunakan
latarbelakang kawasan ini.

Di kawasan pinggir Seoul Tower lokasi 'Rooftop Prince"

Di belakang saya Seoul Tower

Seorang rakan saya, Norlizah, penerbit Intai Intai Deko
sempat pesan CD soundtrack "Rooftop Prince" kerana
begitu meminati dan teruja dengan drama bersiri
terbabit.

Seorang lagi junior saya, orang kuat unit BMG TV3,
Zaida Ismail turut memesan beberapa CD penyanyi
Korea.

Katanya kat sini tak ada, nasib baik anakbuah saya
Tira banyak mengenali artis Korea, maklumlah budak
remaja, macam saya dah 4 series ni harammmm.....
tak kenal pun.......

Saya bukanlah peminat tegar drama Korea, sekadar
gitu gitu ajalah, tapi bila tenguk beberapa lokasi yang
digunakan kita telah sampai, mengundang memori
indah.

Satu lagi yang menarik perhatian saya,  semasa
di Lapangan Terbang Incheon, terdapat satu ruang
yang mengekalkan warisan tradisi masyarakat Korea.

Selain menjual pelbagai barangan cenderamata
berkaitan masyarakat Korea, untuk dibawa pulang 
terdapat juga "persembahan lakonan" zaman beraja
yang menarik perhatian ramai.

Saya rasa macam berada di zaman "Rooftop Prince"
pulak.

Ramai yang mengambil kesempatan bergambar dengan
"Keluarga Rooftop Prince"

Diapit pengawal puteri

Daripada maklumbalas beberapa pelancong yang
turut berada berhampiran dengan saya, mereka
memang suka dan memuji langkah yang dilakukan
mengekalkan warisan lama......untuk tatapan orang
luar mahupun generasi mendatang.......

Seperti dalam entri sebelum ini, mana yang baik
boleh dijadikan tauladan......

Mungkin juga di Lapangan Terbang KLIA boleh
melakukan perkara yang sama, persembahan
lakonan seperti Zaman Kesultanan Melaka........

Korea boleh......Malaysia lagi boleh........

Rakan yang pernah menuntut di KL beberapa
 tahun lalu.....

Saturday, June 23, 2012

Berkenalan dengan Pahlawan Korea.....

Hari ketiga di Bumi Korea.....

Selepas sarapan ala kadar di hotel, kami memulakan
perjalanan ke Paju yang terletak kira kira 45 minit
dari hotel yang kami menginap.

Di kawasan ini terletaknya Paju Premium Outlets
seperti Johor Premiun Outlets lah......

Di pintu masuk utama Paju Premium Outlets

Dok fikir nak beli atau tidak ........
Barangan yang dijual harganya kalau diamat-
amati, agak mahal juga.....

Tidak jauh dari Paju Premium Outlets, satu lagi
Factory Outlets adalah Lotte.....besar juga tempatnya....

Seperti entri saya sebelum ini, kalau ada berjuta
Won memangnya semua pun nak dibeli......

Kami juga sempat ke kawasan berhampiran
dengan sempadan Korea Utara yang dikenali
DMZ atau Korea De-Militarized Zone.

Terdapat pakej yang menawarkan pengunjung
ke kawasan sempadan tetapi perlu menunggu
waktu yang agak lama kerana perlu mengikut
giliran.

Berikutan kami mempunyai temujanji dengan
rakan abang saya di sebelah petang, maka tak
dapatlah kami memasuki kawasan sempadan
yang dibuka kepada pengunjung.

Sekadar membeli beberapa cenderamata di
sana.....

Di kawasan menunggu ke DMZ, kami berjumpa
dengan dua beradik dari Seremban yang
bercuti di Korea.

Doktor Nadrah dan adiknya bakal Doktor juga
Nawal sudah seminggu bercuti berdua di Korea,
dan begitu teruja untuk memasuki kawasan
sempadan Korea Selatan/Utara.


Saya memang suka bergambar di peti surat......

Saya di apit Dr Nadrah dan adiknya Nawal
Dari DMZ kami terus ke istana lama terletak di
Gyeongbokgung.

Selain menempatkan pelbagai barangan lama
dan pengkisahan sejarah di sekitar istana,
upacara 'Gate Guard Change' atau pertukaran
pengawal istana menarik perhatian pengunjung.

Sahabat baru merangkap 'bodyguard' saya.....

Berdepan istana Gyeongbokgung
Kiri..kanan...kiri...kanan.....
Memang menarik dengan pakaian panglima
lama yang berwarna warni.

Saya pun sempat jugalah berkenalan dengan
'pahlawan' ala zaman pemerintahan Joseon.

Selesai makan tengahari, kami singgah ke
Masjid yang terletak di daerah Itaewon.

Berhampiran dengan masjid, terdapat juga
Pusat Islam bagi masyarakat Islam setempat
mendalami agama Islam.




Di Itaewon, terdapat banyak restoren halal
justeru bagi yang ingin ke Seoul untuk bercuti
mahupun urusan kerja, bolehlah ke sini.

Satu daripada restoren yang menyediakan makanan halal

Ok jumpa lagi di entri akan datang, selamat
berhujung minggu.......

Shopping berjuta Won.....

Hari ini sehari suntuk saya dan famili abang saya
merayau di kawasan membeli belah terutama di
kawasan Nam Daemon dan Dong Daemon......

Doraemon aja yang tak ada.....



Kalau menyentuh mengenai membeli belah kat sini,
memang kalau bawa berjuta juta Won boleh
habis sekelip mata aja.....

Jika semasa di Cambodia saya menyentuh mengenai
pengurup wang yang meletakkan wang yang hendak
ditukar di meja kaca, di sini tidak kurang juga uniknya.

Selain pengurup wang yang mempunyai kiosk
tersendiri, terdapat juga aktiviti pertukaran wang
yang dilakukan dikhalayak ramai.

Semasa kami merayau di kawasan Nam Daemon,
kelihatan beberapa wanita yang separuh abad
usia mereka, duduk berhampiran kedai.

Bila di amati secara dekat, mereka adalah pengurup
wang yang menjalankan urusniaga dengan selambanya
tanpa risau akan dirompak.


Pengurup wang ditepi jalan

Urusniaga pertukaran wang


Seoul adalah satu daripada bandaraya di dunia yang
kadar jenayahnya begitu rendah sekali.

Justeru "aunty-aunty" tu tidak risau menjalankan
urusniaga matawang dengan pengunjung.

Kebanyakan kawasan membeli belah di sini dibuka
hingga ke 3 dan 4 pagi.

Apapun bagi saya membeli pun ada limitnya, tepuk
dada tanya selera.....beli jika benar benar perlu ajalah.

Daripada pengamatan saya, kebanyakan kenderaan
di sini mempunyai sistem GPS.

Penggunaan sistem GPS memudahkan perjalanan

Pemandu teksi juga mudah untuk menghantar
penumpangnya ke destinasi yang dituju dan
tidak pernah menolak penumpang.

Pemandu teksi di tanahair juga perlu menggunakan
sistem GPS memudahkan menghantar penumpang
tanpa mengenakan bayaran yang kadangakala tidak
boleh di terima akal.

Yang baik dijadikan tauladan........


Abang saya bersama familinya.....




Pusat membeli belah sentiasa menggamit pengunjungnya.......



Thursday, June 21, 2012

Mentari ooo Korea。。。。。。

Salam dari bumi Korea.......

Saya selamat sampai di Lapangan Terbang Antarabangsa
Incheon,Seoul kira-kira jam 7.15 pagi waktu tempatan。

Waktu di sini awal satu jam dari waktu di tanahair。

Sebenarnya saya ke Seoul kiranya macam bidan terjun。

Abang saya minta bawakan anak bongsunya Athirah。

Dia,isteri dan anak ketiganya dari Ohio,Amerika Syarikat
menghadiri  majlis konvokesyen anak keempatnya yang
telah tamat pengajian di sana.

Berikutan Tira tak dapat ke Ohio, untuk tidak menghampakan
dia, maka Tira dijanjikan berjumpa di Korea.

Kedua dua abang Tira sibuk dengan tugas masing masing,
maka mak sedara ini telah dilantik menjadi
"pengasuh VIP"nya.

Cuti tahun lepas banyak lagi dan perlu dihabiskan sebelum
hujung Jun (memang tak habis pun), maka saya pun
bersetuju menemankan Tira dengan syarat di"taja".

Saya pernah ke sini kira kira 10 tahun lalu juga untuk bercuti
jadi kalau kena beli tiket sendiri memang akan fikir dua kalilah。

Alhamdulillah,abang saya bersetuju belikan tiket
penerbangan。

Maka malam tadi saya dan Tira berangkat ke Seoul.

Tak boleh nak tidur di dalam pesawat, kerana beberapa
kali keadaan dalam pesawat "mendebarkan" jantung.

Selesai urusan di imigeresen dan mengambil bagasi,
kami menyewa teksi untuk ke hotel.

Jarak antara lapangan terbang ke bandaraya Seoul
kira kira 1 jam seperti KLIA ke Kuala Lumpur。

Hotel yang kami menginap adalah Hotel Prima,Seoul。



Episod kehidupan saya tidak boleh berjauhan dengan
perkataan Prima。Kerja pun di Media Prima。。。。。

Penerbangan abang saya dari Ohio,mendarat jam 3.30
petang, jadi “pengasuh VIP”  bawalah Tira berjalan jalan
di Pusat Membeli Belah berhampiran hotel kami。

Shopping kat sini memang menarik。。。yang penting
siapkan “Won” nya (matawang Korea)。

Saya nak kongsi sedikit mengenai hotel yang kami duduk。

Masuk aja bilik,tergaman seketika。。。。tak ada katil
langsung sebaliknya tilam di atas lantai。



Inilah Tira dibawah jagaan saya

Tilam yang disediakan untuk tetamu

Tiada meja,semuanya kena duduk bersila,dok “update”
blog ni aduh。。。。sakit jugalah lutut saya。

Memang macam tengok drama Korea kat televisyen,
pihak hotel menerapkan ciri ciri tradisi masyarakat Korea。

Duduk bersila menghadap laptop yang disediakan hotel



InsyaAllah,esok sesi berjalan jalan,nanti kalau
ada yang istimewa, akan saya kongsikan bersamamu。。。。

Kam-sahamnida。。。。。。





Saturday, June 16, 2012

Ratusan Sang Susur menjadi terapi minda.......

Seperti dalam entri saya semalam, hari ini saya
ke Perlis Indera Kayangan untuk menyelami
seorang insan yang begitu OBSES atau teruja
dengan Sang Susur.

Zainuddin Ismail atau mesra dengan
panggilan Pak Din, mula serius dengan
membela ratusan ekor ular sejak 15 tahun lalu.

Pak Din bermain dengan Ular
Tedung Senduk
Baginya, ular mempunyai
tarikan tersendiri yang
dapat memberi ketenangan
dan terapi minda tatkala
dalam keadaan serabut.

Ular peliharaan Pak Din
meliputi yang berbisa
mahupun tidak.

Ayah kepada tiga cahayamata
ini turut menternak tikus
putih untuk dijadikan juadah
Sang Susur.





Bagi Pak Din, dengan menternak sendiri tikus
putih, ia dapat menjamin makanan "anak-anak"
peliharaan lebih selamat daripada sebarang
jangkitan penyakit.

Selain isterinya, anak bongsu Pak Din, Salina
adalah orang kanannya dalam menguruskan
hal ehwal haiwan peliharaan mereka.



Sang Susur yang ditempatkan disebuah bilik khas


"Anak anak" Pak Din dimandikan setiap minggu.....


Salina memang sayang kat "adik adik":nya.....
Setiap minggu Salina akan memastikan "adik adik"nya dibersihkan serta dimandikan.

Saya dimaklumkan, Sang Susur yang jinak
sering juga dibawa bersiar siar di Kangar.

Bagi Pak Din, sungguhpun teruja membela
ratusan ular di dalam dan di sekitar rumah,
dia sama sekali tidak melakukan sebarang
pertunjukkan ular.


Krew Obsesi bersama keluarga Pak Din

Sebaliknya dia sering memberi taklimat
dan ceramah bagaimana untuk menangani
keadaan tatkala berdepan dengan ular.

Dua hari lepas Pak Din amat gembira kerana
Manja dan pasangannya (ular sawa batik) telah
melahirkan 35 ekor anak yang comel comel
belaka.

Saya dah tertarik dengan beberapa ekor anak
ular yang masih dalam pantang tu...... tapi
menurut Pak Din selepas 3 bulan baru dia akan
menyerahkan kepada keluarga baru.



Dia akan memastikan anak anak ular yang baru
lahir itu jinak terlebih dahulu.

Sememangnya OBSESnya Pak Din terhadap
ular terlalu tinggi dan dia sanggup mengeluarkan
simpanannya demi untuk menambahkan koleksi
"anak-anak"nya.....

Kalau dah minat.....macam macam pun boleh
jadi....

Fieza yang pada mulanya amat gementar dengan ular

Yang pasti, staf saya Fieza, yang pada mulanya
memang geli dan suspen untuk berdepan
dengan Sang Susur,setelah beberapa jam
penggambaran dijalankan, sedikit demi sedikit
perasaan takut dan gementarnya hilang dan terus
ada cadangan nak menjadikan 'anak" angkat...... 

Friday, June 15, 2012

Hidup bagaikan Zip.......

Hari kedua saya di Kedah Darul Aman.

Semalam sampai pun dah petang dan Alhamdulillah
pesawat saya naiki menepati waktu penerbangan, tidak
seperti penerbangan saya ke Pulau Pinang tempuhari.

Tugasan saya di Kedah kali ini adalah untuk
menyelaras produksi baru untuk TV9 iaitu "OBSESI".

Tenaga utama untuk produksi ini Fieza sebagai
Penerbit dan Marwatif sebagai Penolong Penerbit.

OBSESI adalah program mendekati insan insan yang
begitu obses atau terlalu teruja dengan sesuatu
benda.

Penggambaran hari ini kami ke Changlun, mendekati
Izzatul Hanani Izham, 24 tahun yang begitu obses
dengan zip dan butang.

Anak sulong daripada tiga beradik ini mula berjinak
dengan zip dan butang tatkala berusia 7 tahun, yang
gemar melihat ibunya menjahit.

Sejak daripada itu dia begitu berminat menyimpan
pelbagai jenis zip sebagai koleksi mahupun untuk
dijahit pada baju, kasut, sandal,dijadikan tempat
letak pen dan macam macam lagi cenderahati untuk
sanak saudara mahupun sahabat handai.

Sebahagian kolekis Hanani yang menggunakan elemen zip dan butang

Lazimnya, baju kurung atau tudung akan dijahit
manik atau labuci, tetapi Hanani lebih gemar
menjahit zip dan butang pada pakaiannya. 

Saya amat tertarik dengan satu kenyataan yang
diluahkan Hanani,

"Saya rasakan hidup ini bagaikan zip, tatkala zip
ditarik ke bawah ibarat masalah berbelah bagi tetapi
bila dizipkan kembali, ibarat kita dapat mengatasinya
kembali".




Sesi temuramah Hanani



Melihatkan koleksi zip dan butangnya, saya dan krew
produksi lain pun gelang kepala, memang Nani ini
punya koleksi zip macam nak buka kedai jahitan......

Esok kami akan ke Perlis dan mendekati satu lagi
kisah yang memang menarik hinggakan beberapa
krew saya dah mula rasa suspen.

Kami akan menemuramah Pak Din yang mempunyai
koleksi Sang Susur hampir seratus ekor
dan koleksinya bebas menyusuri dan bermanja
dengan keluarganya di dalam rumah.

Dia dan keluarganya memang OBSES dengan
Sang Susur yang tidak berbisa mahupun yang
memang berbisa......

Tunggu ya entri esok........




Wednesday, June 13, 2012

Berselera makan StimBot......

Sesekali dapat berkumpul dengan anakbuah saya
(staff) dan makan bersama memang mengeratkan
lagi silaturahim dan juga sebagai tanda penghargaan
atas apa yang mereka lakukan.

Saya sering meletakkan tanda aras tertentu untuk
setiap program dibawah penyelarasan saya dan jika
mencapai paras tersebut, mereka diraikan bersama.

Kali ini, kerana "ratings" Saksi Maut melebihi tanda
aras terbabit, maka apa lagi jom makan lah.....

Jarang sekali kami dapat makan tengahari bersama
berikutan tuntutan kerja yang tidak menentu.

Memang agak lama juga perancangan yang diatur,
tapi baru hari ini berkesempatan.

Mulanya nak pergi makan nasi padang, tetiba tukar
pulak, depa nak makan stimbot.

Maka kami pun jalanlah beramai ramai
bagaikan "rombongan Cik Kiah" ke
Pusat Membeli Belah One Utama dan
menikmati makan tengahari di sebuah
restoren stimbot.

Menikmati makanan yang direbus memang
bagus......

Seronok tenguk masing masing berselera
makan terutamanya Almaz dan Omar.

Selesai makan, balik ke Sri Pentas, kemudian 
pukul 3 petang, ada mesyuarat produksi bulanan,
masing masing dah kekenyangan, mata pun apa
lagi rasa nak letak batang mancislah....

Menunggu dengan penuh kesabaran.....
Berselera Almaz makan......


Apapun, semoga adik adik terus menghasilkan
pelbagai produksi yang terus memberi ilmu
pengetahuan buat tontonan semua......

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...