Ads by nuffnang

Friday, December 16, 2011

Alahai...kad ATM kena telan.....

Entri hari ini saya nak kongsi sedikit pengalaman yang
memang baru dalam episod kehidupan seharian saya.

Saya rasa hampir semua rakan blogger mempunyai kad
ATM...alaaaa kad nak keluarkan wang tunai, bukan kad
Angkatan Tentera Malaysia.

Kejadian berlaku Rabu lepas di mesin ATM "KawanKu"
di Sri Pentas.



Nak dijadikan cerita, ketika dengan asyiknya menekan
nombor pin dan jumlah wang yang hendak dikeluarkan,
ternampak dari jauh sahabat lama yang tidak berkhidmat
dengan Media Prima lagi.

Dia datang ke arah saya dan bersalaman.

Waktu yang sama mesin ATM dah berbunyi memberi
"signal" untuk menarik keluar kad dan wang akan keluar
sejurus kad ditarik.

Dok sibuk minta nombor telefon rakan saya Mira, tatkala
nak tarik aja kad, "zzzuppp........." kad di telan .......

Adui sabar ajalah........

Panik juga seketika..

Lepas tu saya segera menelefon perkhidmatan pelanggan
"KawanKu' yang nombornya tertera di mesin ATM.

Memang bagus dan efisyen sekali pegawai yang menjawab
panggilan saya tu.

"Cik Mazlin jangan risau...kami akan membantu
menyelesaikan masalah yang dihadapi".

Seperti biasalah beberapa soalan keselamatan
dikemukakan dan kakitangan Maybank tu memang
peramah dan memahami situasi pelanggannya.

Dia memaklumkan dalam masa tiga hari, kad saya boleh 
diambil di Maybank berhampiran Sri Pentas dan jumlah
yang hendak dikeluarkan telah dikreditkan kembali ke
akaun saya.

Buat sementara waktu nak keluarkan wang tunai
kenalah gunakan buku simpanan dan beratur di
kaunter.

Hah....pengajaran yang diperolehi dari kejadian itu,
bila nak ambil duit di mesin ATM,tatkala bunyi "signal",
kedengaran, segeralah tarik kad dan wang anda.

Seorang rakan saya, Asriza turut menerima nasib lebih
kurang saya tetapi senario berbeza sikit di mana dia
terlewat menarik wang yang telah keluar dan tetiba duit
ditelan dan terus mesin offline.........

Terkedu jugalah dia seketika......

Justeru ingatan kepada diri saya sendiri mahupun untuk
rakan rakan, bila nak keluarkan duit di mesin ATM bila
bunyi "signal" dah kedengaran segeralah tarik kad dan
wang.

Jangan berlengah masukkan kad dalam dompet dulu atau
"sembang mak alang" kat mesin tu.....

Saya rasa bukan saya dan Asriza saja yang mengalami
kejadian yang dikongsikan di atas, mungkin juga
rakan blogger yang lain pernah menerima "dugaan"
seumpama.....

Apapun secara amnya, tatkala mengambil wang ATM
terutama bila berseorangan, berhati hati dan lihat
keadaan sekeliling terlebih dahulu, takut kejadian yang
tidak diingini berlaku........

Selamat berhujung  minggu.........

1 comment:

  1. hehhe... betul tu.. selesaikan dulu urusan keluor duit.. baru le nak sambung sesi sembang2..

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...