Ads by nuffnang

Sunday, July 27, 2014

AIDILFITRI YANG SEPI BUAT DIRIKU......

Ramadan akan melabuhkan tirainya beberapa
jam saja lagi.

Dan yang pasti setiap umat Islam tidak kira di
mana saja mereka berada pastinya sedang sibuk
menyiapkan persiapan menjelang Syawal.

Tatkala meninjau Facebook mahupun Instagram
rakan rakan, secubit cemburu menghantui diri ini.

Manakan tidak masing masing memuatturun
pelbagai gambar kemeriahan, keseronokan,
kegembiraan bersama sanak saudara tidak di
kira di mana akan di sambut AidilFitri.....

Bagi diri saya di saat saya menulis blog ini,
terasa begitu sepi dan kosong......

Ini kali pertama Syawal disambut tanpa dapat
mencium tangan bonda.....di pagi Aidilfitri.....

Sememangnya Alllah swt lebih menyayangi
dirinya tetapi sebagai anak kehilangan insan
bergelar ibu satu perkara yang menyayat hati.

Lebih lagi sebagai anak yang 'nakal' ini yang
menghadap wajahnya di saat saat akhir dia
pergi buat selamanya....

Dari segi fizikal, mungkin ramai nampak saya
sebagai seorang yang kuat, tabah, bersemangat
memberi motivasi dan menjadi tempat untuk
rakan taulan "berkongsi" kisah suka duka
tetapi di saat seperti ini sememangnya saya
terus lemah.

Tatkala ini hanya Allah swt sahaja tempat saya
terus mengadu dan sedikit dicurahkan di sini
untuk meringankan perasaan terpendam kerana
sukar untuk saya mengatur perkataan untuk
diluahkan dari hati ke hati.....

Syawal lepas Bonda menyambut AidilFitri lebih
berbaring di katil kerana keuzuraannya dan saya
sentiasa menemaninya berikutan adik beradik
yang lain mempunyai keluarga masing masing
untuk diziarahi.....

Tatkala sudara mara dan sahabat handai Bonda
datang menziarahinya, saya bertindak menjadi
"Gatekeeper".

Arwah Bonda kurang bercakap tidak seperti biasa
AidilFtiri sebelumnya dan saya memahaminya.

Tatkala dia letih untuk meneruskan bicara, saya
terus membawa tetamu keluar daripada biliknya
dan menjamu tetamu dengan hidangan raya.

Dan Syawal kali ini saya bersendirian.....tiada
tugas tugas khas berdamping menjadi
jurucakap kepada bonda lagi.

Seperti rakan sediamaklum, tugasan saya menuntut
saya kerap berada di luar daerah, justeru jika ada
masa bersama, saya gunakan sebaik baiknya masa
berharga itu, untuk bersamanya menumpang manja.

Sungguhpun punyai adik beradik, anak buah
serta cucu untuk diziarahi AidilFitri ini.....hati kecil
ini terus merintih dan di saat ini airmata menjadi
teman setia saya......

Sememangnya AidilFitri tahun ini AidilFitri  yang
sepi buat diri ini..

Bukannya jauh untuk saya pulang ke Klang....
tetapi sukar untuk saya melangkah keluar dari
kediaman saya di Damanara Perdana ini......

Sesungguhnya Allah swt lebih mengetahui apa
yang terbaik buat setiap umatNYA.

Ke Klang atau bersendirian di Damansara saja....???

Mungkin bagi mereka yang kehilangan orang
tersayang merasai apa yang saya rasai...

Ahli keluarga MH 370, MH 17 dan mereka yang
pergi buat selamanya, lebih lagi bagi tahun
pertama tanpa menyambut Syawal bersama.......

Justeru hargai ibubapa dan orang yang kita kasihi
sementara mereka masih ada..

Mungkinkah ini Ramadan terakhir bagi diri
kita.....tiada siapa dapat lari daripada takdir...

Seperti mana tahun lepas, adalah Ramadan dan
Syawal terakhir buat bonda...

Alfatihah buat Bonda Hajah Che Soo bt Chik,
ahli keluarga serta sahabat handai  yang telah
pergi mendahului kita menemui Illahi....

Damailah kalian di sana di samping orang orang
beriman......

Cukup detik waktu...kami juga akan menyusul
ke sana.....

Maaf Zahir Batin daripada saya yang kerdil di
mukabumi ini....andai ada tuturkata dan
gerakgaya yang menyinggung sesiapa......dari
hujung rambut ke hujung kaki saya memohon
kemaafan....

Sesungguhnya yang baik itu daripada Allah swt
dan lemah itu daripada kita sendiri maka perlulah
kita perbaiki diri........

Subhana Allah.... Alhamdulillah... Allah hu Akhbar...

La ilaha illallah wahdahu la syarikalah, lahul mulku
wa lahul hamdu wa huwa "ala kulli syai-in qadir...


 
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...