Ads by nuffnang

Friday, March 30, 2012

Tersedak boleh membawa maut......

Acapkali kita mendengar atau terbaca kisah kanak kanak
yang maut akibat tersedak susu atau air samaada di pusat
jagaan kanak-kanak mahupun di rumah sendiri.

Tersedak bukan sahaja berlaku di kalangan kanak kanak,
malah orang dewasa juga kerap tersedak ketika minum.

Lazimnya bila seseorang tersedak dikaitkan dengan
ada individu lain yang menyebut nama seseorang.

Apa kaitan antara tersedak dan nama disebut, sukar
untuk mendapat jawapannya.

Saya ingin kongsikan pengalaman tersedak yang saya
alami kelmarin.

Berikutan keadaan gusi dan gigi saya masih berdenyut
ketika itu, justeru makanan yang paling sesuai tentunya
bubur.

Saya dan Penerbit Intai Intai Deko, Norlizah Yusoff ke
Mc Donald yang terletak di Pusat Membeli Belah One
Utama bersebelahan Sri Pentas.

Selesai makan bubur, saya meneguk sedikit air mineral
sambil berbual bual dengan Norlizah.


Tegukan kedua secara
tiba tiba saya tersedak
dan ia begitu
menyakitkan.



Buat seketika saya tidak
dapat bernafas,
berkemungkinan
lapisan air telah menutup
paru paru dan pada masa
yang sama menghalang
saluran pernafasan lalu
menyebabkan
saya tersedak dan lemas..




Saya tersedak beberapa kali lagi dan memang saya tidak
dapat menarik nafas dan hanya bernafas melalui mulut
dengan tercungap-cungap.

Melihatkan keadaan saya, Norlizah beberapa kali bertanya
saya samaada saya ok atau tidak.

Saya masih tersedak hingga meleleh airmata kerana
begitu perit dirasakan

Saya tidak mahu dia panik maka saya katakan padanya
saya ok.

Hakikat sebenarnya, dalam hati saya terus beristifar dan
menyangka saya akan pengsan.

Saya terus menghembus hembuskan udara dari mulut dan
hidung.

Kira kira seminit kemudian barulah saya dapat bernafas
seperti biasa.

Setelah saya relak sebentar, barulah kami balik ke pejabat.

Tatkala sibuk menjawab beberapa emel berkaitan
tugasan, Norlizah ke tempat saya untuk mendapatkan
tandatangan.

Ketika itu barulah saya maklumkan bahawa kejadian yang
berlaku sebentar tadi sebenarnya membuat saya gementar
tapi bersikap "cool" agar dia tidak panik.

Dia terkejut mendengar apa yang saya katakan.

Kejadian seperti ini juga boleh berlaku kepada sesiapa
sahaja.

Andai anda bersama rakan sebaiknya minta rakan terbabit
menepuk belakang anda beberapa kali seperti juga
kepada bayi atau kanak kanak.

Jika anda bersendirian cuba menghembus hembus nafas
melalui mulut dan hidung atau batuk dan jangan panik
sama sekali.

Satu pengalaman yang mencemaskan buat saya...

Alhamdulillah segalanya dipermudahkan Alllah...

Wednesday, March 28, 2012

IDEA SEMANIS MADU.....

Alhamdulilah, hari ini kesakitan gusi yang saya alami sudah
beransur pulih.

Terima kasih kepada rakan rakan yang memberi cadangan.

Saya juga dapat menukar temujanji dengan doktor gigi
dari Sabtu ke petang esok.

Semalam, seharian saya dan beberapa rakan dari Primeworks
Studio menghadiri sesi "branstorming" untuk program
akan datang khususnya bagi tahun 2013.



Saya dikategorikan dalam kumpulan "otai". Kumpulan ini
terdiri daripada orang lama aka pihak pengurusan.

Setiap kumpulan dianggotai 8 ke 10 orang dan setiap ahli
perlu memerah minda memberi sekurang kurangnya
10 idea yang menarik untuk diterbitkan.

Antara peserta yang menghadiri sesi "brainstormimg"


Sesi saran minda yang diadakan selama 2 hari berakhir
tengahari tadi.

Haahhh nak jadikan cerita dalam keadaan gigi dan gusi
yang masih ngilu, saya perlu membentangkan dua program.

Seperti biasalah bab "storytelling" ni kalau beri kat saya
macam macam cara akan saya lakukan untuk program
yang dibentang menjadi pilihan.

Siap ada "backing singer" lagi, terima kasih Fieza dan
Elly.

Selesai pembentangan, rakan saya Aziz Hassan tegur
saya,

"Chik Inn, you ni bab presentation, steady dan memang
maintain aja macam dulu ya"?

"Ala biasa biasa lah Aziz," saya jawab pendek.

Selesai segala pembentangan daripada setiap kumpulan,
seperti yang dijanjikan penganjur Noraini Tahir,
beberapa hadiah istimewa telah disediakan.

Tiada apa yang saya harapkan kerana setiap
rakan rakan yang membentangkan kertaskerja
hebat hebat belaka.

Tatkala mengumumkan pemenang kategori "Idea
Semanis Madu", nama saya diumumkan sebagai
pemenang kerana cara penyampaian mencuit
hati dan 'ayat power" untuk menjual program
yang dibincangkan bersama ahli kumpulan "otai".

Keseluruhan sesi brainstorming yang diadakan
memihak kumpulan "otai".

Alhamdulillah.......kemenangan kami sebagai pembakar
semangat kepada golongan junior untuk bekerja
keras.....yang senior boleh..yang junior mesti lebih
lagi pada masa akan datang......

Menerima kategori 'Idea  Semanis Madu" dari Noraini diperhatikan
pengurus besar kami AKZ

Kumpulan "OTAI' dua lagi geng ada tugasan luar....

Terima kasih kepada pihak penganjur, sahabat
saya Noraini Tahir dan AJK nya....

Dalam kami bergembira, kesian juga kami kat Noraini.

Semalam masa balik ke rumahnya kira kira jam
10.45 malam, ketika hendak berhenti di lampu
isyarat persimpangan Sungai Penchala-Damansara Perdana,
tetiba sebuah motorsikal ditunggang 2 lelaki memecahkan
tingkap kereta dan terus melarikan begnya.

Dia hanya mampu menjerit kerana teramat panik.

Blackberry, telefon bimbit, external hard disk
antara yang terdapat dalam beg dan di anggarkan
kerugian kira kira 5 ribu ringgit.

Mujurlah tiada apa apa berlaku kepada dirinya.

Sesungguhnya Allah mengetahui apa yang terbaik
untuk umatNYA.

Peringatan buat saya juga rakan rakan, jangan
alpa dengan meletakkan beg di kerusi penumpang
sebelah pemandu.....

Sebaiknya letak di bahagian kaki kerusi
penumpang.....




Monday, March 26, 2012

Merana kerana sakit gigi.......


Aduh...... hari ini semua kerja yang saya buat rasa tak
menjadi...

Bukannya apa tapi sakit gigi yang saya alami sejak minggu
lepas makin berdenyut denyut.

Jumaat lepas dah jumpa doktor gigi di Taman Tun Dr Ismail,
dan selepas buat x'ray, dia katakan perlu buat temujanji
seterusnya Sabtu depan.

Dalam keadaan yang sakit, tak boleh nak buat apa apa
rawatan.


Jadi saya pun menerimalah cadangan doktor terbabit.

Masa tugasan di
Sg Siput Perak, 
Sabtu dan Ahad memang
terasa juga sakitnya 
tetapi dok fikirkan
kerja, maka soal sakit tu diketepikanlah.



Balik rumah petang semalam, dah mula terasa berdenyut
denyut dan berterusan hingga ke pagi ini.

Masa tulis entri ini pun berdenyut tang gusi sampai naik ke
kepala rasanya.........

Saya ni jarang sakit gigi tapi kalau dah sakit gigi......
MasyaAllah, memang haru biru rasanya......

Entah boleh atau tidak tunggu temujanji Sabtu ini.

Rakan saya Norisz Zainal, cadangkan jangan makan
makanan panas kerana panas akan jadikan gusi
kembang.....

Dia nasihatkan banyak minum air sejuk......memang cuba
minum air sejuk tapi ngilu pulak........

Satu lagi Norisz cadangkan guna cuka kurma....tapi dah sakit
sangat, abis waktu pejabat terus balik rumah.......tak larat nak
gi cari cuka kurma......sebab berdenyut denyut kat kepala
tak selesa dibuatnya....


Rakan rakan ada
cadangan lain.....???????

Sunday, March 25, 2012

Si kecil hangus terbakar.......

Daripada tajuk di atas pastinya pembaca dapat mengagak
kisah yang akan dikongsikan adalah kisah seorang anak
kecil menjadi mangsa kebakaran.

Sebagai manusia biasa, tatkala membabitkan insan kecil
yang baru mengenal dunia, tidak kira apa bangsa dan
agama dianuti, perasaan pilu pasti membaluti jiwa
tatkala mendengar kisah sedih yang dikongsikan.

Kejadian kebakaran berlaku pada 5 Mac lalu meragut
nyawa K.Kesvini 3 tahun yang sedang nyenyak tidur
dalam bilik di rumah datuknya di Sungai Siput, Perak.

Kejadian berlaku kira kira 10 malam.

Dalam keadaan panik, tatkala api terus marak, 
datuk dan mak saudaranya terus keluar
menyelamatkan diri.

Dalam keadaan kelam kabut, baru mereka tersedar
yang si kecil masih di dalam rumah.

Ayah Kesvini, N.Kunasekar yang mendapat tahu
rumah bapa mertuanya terbakar bergegas ke
tempat kejadian.

Temuramah bersama N.Kunasekar

Ibu Kesvini sedih namun terus menguatkan semangat demi
dua lagi anak perempuannya

Sebagai bapa, dia cuba untuk masuk ke rumah
untuk menyelamatkan anak bongusnya tetapi
keadaan api yang begitu besar membataskan
kudratnya.

Kepantasan pihak Bomba ke lokasi kejadian, menghalang
api terus merebak ke rumah jiran. 

 

Mangsa ditemui rentung di bilik belakang dalam
keadaan kepala terkulai di birai katil dipercayai
terperangkap di dalam bilik kerana api marak
begitu pantas.

Lokasi mayat Kesvini dijumpai

Pintu dapur yang hangus terbakar



Kebakaran dikatakan berpunca daripada litar pintas
namun siasatan masih diteruskan.

Ketika menemubual anggota bomba antara
yang pertama menemui mayat Kesvini, ini
antara yang diluahkan.

"Saya dah lebih 30 tahun dalam bomba dan
ini kali pertama yang membabitkan mangsa
kanak kanak berusia 3 tahun".

"Saya tenguk dia punya ayah dalam
kesedihan yang amat sangat dan saya sebagai
seorang bapa dapat merasakan apa yang
dirasakan, saya sendiri turut sedih semasa
mengangkat mangsa", bergenang airmata
pegawai yang kami temubual.

Anggota Bomba yang menjumpai mayat Kesvini
Saya dan krew turut bergenang mendengar
luahan hati seorang ibu yang kehilangan anak
yang sungguh comel dan keletah.

Melihatkan rakaman video gelagat si kecil
menambahkan lagi sebak perasaan kami.......

Seorang jiran yang kami temui begitu terperanjat
dengan kejadian terbabit.....

"Dalam pukul 9 lebih malam saya nampak
 si kecil tu keluar beli roti dengan datuknya,
dalam masa sejam saya dapati rumah mereka
terbakar dan si kecil tu terperangkap".

Ajal maut sudah ketentuan Illahi.....

Paparan kisah adik Kesvini bakal disiarkan
pada 10 April 2012.......

Adik Kesvini yang telah pergi buat selama lamanya.......

Saturday, March 24, 2012

Wanita maut diserang lebah.....

Ketika saya menulis entri ini saya berada di sebuah
hotel di Sungai Siput,Perak.

Hotel tidak berbintang tetapi bagusnya ada wifi
dalam bilik.... percuma lagi...

Tidak seperti kebanyakan hotel yang berbintang
bintang yang perlu dibayar jika ingin gunakan
perkhidmatan jalur lebar hotel.

Kalau ada percuma pun perlu ke lobi
atau coffee house di hotel terbabit...

Bagi saya leceh sikitlah...rasa tak tenteram nak
berkarya...

Oklah lupakan kisah perkhidmatan jalur lebar.

Entri saya hari ini kesinambungan kepada tugasan
di Pasir Puteh, Kelantan yang saya tulis semalam.

Untuk episod akan datang dalam Saksi Maut akan
dipaparkan kisah seorang wanita yang berusia
dalam awal 50an maut disengat lebah berhampiran
rumahnya di Kampung Kandis pada 1 Februari lalu.

Dalam kejadian kira kira 2.30 petang, Esah Idris
yang baru selesai makan tengahari bersama 
suaminya Saidina Ali, dalam perjalanan ke kelas
mengaji Quran.

Tiba tiba ketika nak melintas jalan Esah diserang
ratusan lebah dan dia cuba menyelamatkan diri
dengan memasuki sebuah rumah kosong.

Lebah yang ditemui berhampiran rumah Esah

Tiada siapa dapat menolak takdir Allah swt.

Ketika keluarga dan penduduk kampung mencari
mangsa, Esah ditemui di rumah kosong terbabit,
dalam keadaan tidak sedarkan diri akibat disengat
ratusan lebah.

Pihak hospital mengesahkan dia meninggal ketika
dalam perjalanan ke hospital.

Kami dimaklumkan, lebih 30 jarum lebah melekat
di ibu jari kakinya dan bayangkan berapa banyak
jarum meletak di seluruh badan Esah.....

MasyaAllah.....

Malah sekumpulan lebah masih menyerang
penduduk kampung sekitar pada malam kejadian
dan lebih 26 orang cedera.

Kami dimaklumkan pihak JPAM, lebah menyerang
penduduk di Kampung Kandis kerana sarangnya
telah dimusnahkan seekor helang.

Sekumpulan lebah terbabit begitu marah dan
kebetulan Esah berada tidak jauh daripada
sarang lebah dan dia terus disengat....

Ketika menemubual beberapa saksi yang turut
disengat lebah, mereka mengatakan begitu sakit
dan pedih rasanya disengat beberapa ekor lebah,
justeru cuba rakan bayangkan jika disengat
ratusan lebah......

Bagi suami Esah, sungguhpun sedih kehilangan
orang tersayang.....dia redha dengan ketentuan
Illahi......


Sesi temubual dengan suami Esah, Saidina Ali
Ingatan kepada semua berhati hati bila 
berhadapan dengan lebah atau tebuan......

Sungguhpun ia kecil tapi begitu merbahaya....

Friday, March 23, 2012

Gi Kelate...makan sokmolah.....

 Huh lebih seminggu saya tak update blog.

Masa agak terbatas dengan beberapa tugasan yang
perlu diselesaikan...bila balik rumah dah tak larat
nak buka laptop...

Semalam di pejabat jumpa rakan saya Shahila Harun,
dan dia terus menanyakan kenapa lama tak update
blog.

"Chik Inn, my mother tu follower you, dia dok
suruh I tanya you kenapa lama tak ada cerita
dalam blog?"

"Alamak.....kirim salam kat mak you, nanti
Chik Inn akan update entry", saya menjawab....

Maaflah ya Makcik Rohani Che"Ahmad (ibu Shahila),
ternanti nanti cerita terbaru dari saya....

Ok sebenarnya dari Ahad sampai Selasa, saya berada
di Kelantan atau  turut dikenali sebagai negeri
Cik Siti Wan Kembang...

Saya ke sana bersama wartawan baru saya NurAlmaz
yang buat julung kali menjejakkan ke bumi Kelantan..

Memang teruja betul dia ditugaskan ke sana.......

Sampai di Kota Bharu selesai perancangan untuk
tugasan keesokan harinya, saya terus menelefon
seorang rakan blogger iaitu Mak Ngah atau
Cikgu Faridah Daud yang menetap di Pasir Mas.

Kebetulan malam tu dia ke Kota Bharu dan
Alhamdulillah setelah beberapa tahun hanya
berhubung di alam maya maka akhirnya jumpalah
saya dengan pemilik blog Bahasa Mak Ngah.

Bersama pemilik blog Bahasa Mak Ngah

Fridge Magnet pemberian Mak Ngah

Dia yang baru beberapa hari pulang bercuti dari
Perth, Australia turut memberikan cenderamata
berupa fridge magnet dari Bumi Kanggaroo tu.

Terima kasih atas ingatan Mak Ngah....

Sungguhpun hanya beberapa jam sempat berbual
sambil makan, ia pertemuan yang menarik dan
menambah eratkan lagi silaturahim kami......

InsyaAllah kita akan berjumpa lagi Mak Ngah.....

Hemm...kalau di Kelantan ni.....bab makan memang
terbaik..

Bagi wakil jurukamera kami Hanapi Mat atau
Abe Napi, kalau krew ke Kelantan mesti dia jamu
kami dengan pelbagai hidangan seperti nasi kerabu,
nasi dagang, nasi berlauk, nasi tumpang, nasi ulam,
gulai kawah.....macam macam ada.......

Gerai Gulai Kawah di Pasir Puteh

Sedapnya Gulai Kawah.......


Sungguhpun ada sarapan pagi di hotel yang kami
menginap, Abe Napi tetap memaksa kami makan lagi.......

Saya beritahu Almaz, kalau seminggu ditugaskan
di Kelantan mahu naik 5 kilogram.....

Antara tempat yang sering menjadi tumpuan sarapan
pagi adalah di kedai kopi dikenali sebagai Din Tokyo......



Din dengan gaya tersendiri menyediakan teh tarik.....

Telur setengan masak di kenali sebagai telor taliban.....


Ringkas sahaja set up restorennya menjual pelbagai
nasi yang telah siap dibungkus....

Keramahan Din menjadi tarikan.... terutama ketika dia
menyediakan pesanan minuman pelanggan dan telur
setengah masak dikenali sebagai telur bola ping pong
dan telur taliban.

Petang sebelum balik ke Kuala Lumpur, saya bawa Almaz
ke Pasar Siti Khadijah.

Dia nak beli serunding, keropok dan kain batik untuk emak
dan adiknya.

Maklumkan baru dapat gaji pertama.......

Sedap serunding daging Kak Na

Bersama Kak Na dan Almaz

Ok, InsyaAllah saya akan sambung entri seterusnya
mengenai tugasan saya di Pasir Puteh....kisah wanita
maut di serang lebah........

Selamat berhujung minggu.......


Wednesday, March 14, 2012

"Remedi bersama Fakhrulradhi-UNIC......."

Selain menerbitkan Saksi Maut yang masuk episod 8, Selasa depan, dua lagi program di bawah penyelarasan saya ketika ini adalah Intai Intai Deko musim kedua  untuk TV3 dan satu lagi program baru untuk TV9
bertajuk "REMEDI".

InsyaAllah ia bakal ke udara pada 1 Mei ini.

Program 'REMEDI" adalah rancangan yang menyentuh mengenai rawatan alternatif menjurus kepada keadah  secara tradisional yang menjadi amalan di kalangan masyarakat tempatan tidak mengira bangsa Melayu, Cina, India dan ramai lagi.

Paparan REMEDI adalah perkongsian pengamal dan pesakit memberi rangkuman istimewa tentang realiti di sebalik cara rawatan terhadap beberapa jenis penyakit fizikal termasuk yang kronik......

Mohd Fakhrulradhi Khamarudin.....dari kumpulan Nasyid UNIC, Juara Akademi Al Quran TV9 musim 3 dan pernah mengacarakan program GPS IMAN, adalah pengacara rancangan yang berdurasi selama 
setengah jam.

Fakhrulradhi sedang membuka bicara mengenai
topik Ayurveda

Hari ini sehari suntuk saya dan krew produksi yang diketuai Ifawani Omar sebagai Penerbit, Intan Shazliana Ahmad selaku wartawan/pembantu penerbitan, Nurul Yana sebagai wartawan pelatih dan beberapa krew teknikal berkampung di Taman Kajang Prima, Kajang untuk tugasan yang membabitkan rawatan AYURVEDA.

Kami mendapat kerjasama daripada pemilik dan perunding Luqman Health Care iaitu Dr Luqman Malik.

Sesi temuramah bersama Doktor Luqman

Dr Lukman menerangkan mengenai pesakit yang mempunyai
masalah tulang belakang

Di pusat rawatannya menawarkan kaedah rawatan Ayurveda, Homeopati dan rawatan Islam untuk mengurangkan serta menyembuhkan pelbagai
masalah kesihatan.

Tiada sakit yang tidak boleh diubati kecuali mati, justeru kita perlulah berusaha untuk sembuh jika kita menghidapi sebarang penyakit......

InsyaAllah saya akan kongsilah lagi mengenai program baru ini di samping memberi maklumat pada sesiapa yang ingin menyembuhkan diri dari pelbagai penyakit dengan rawatan alternatif.....

Sesungguhnya kita perlu berusaha dan seterusnya memohon keberkatan daripada ALLAH swt........

Dengan izinNYA...kita akan sembuh.......

Perbincangan mengenai topik akan datang
(Intan bertudung biru manakala Ifawani bertudung merah jambu)


Saturday, March 10, 2012

'Tak ada rezeki balingan boling......."


Pagi tadi di Pusat Boling Wangsa Bowl, Wangsa Walk, berlangsung perlawanan boling persahabatan yang di anjurkan SME Bank dengan Media Prima.

Kami menghantar 11 pasukan terdiri daripada pelbagai jabatan dan begitu juga dengan SME Bank diwakili 11 pasukan.

Dah sememangnya bola tu bulat, kalau dah tak ada nasib, macam mana beri tumpuan kat pin boling tu kalau tak nak kena, memang tak kenalah.....

Lengan saya memang tak sembuh lagi, jadi balingan pun huru hara lah dan markah yang diperolehi pun menyedihkan.....

Dah tak ada rezeki buat pasukan kami yang terdiri dari Zahir, Zahed, Fadly dan saya....

Balingan mereka pun tak berapa menjadi....

Lima tempat teratas dapat hadiah wang tunai tau....

Dapat hadiah hamper aja kami...

Apapun....Alhamdulillah......

Musim cuti persekolahan bermula semalam, gunakan masa yang ada dengan perkara yang mengeratkan lagi masa dengan anak anak.

Boling antara riadah yang sesuai untuk dikongsi bersama ahli keluarga....


Tuesday, March 6, 2012

Bilik Darjah berlantaikan tanah......

Alhamdulillah, semalam kira kira jam 1030 malam, saya selamat sampai ke apartment.

Penerbangan dari Phnom Penh ke Kuala Lumpur lancar.

Berikutan penerbangan balik ke Kuala Lumpur jam 4.45 petang waktu tempatan(waktu Cambodia lewat sejam), rombongan Cik Lina sempat melawat satu daripada Sekolah Agama di kawasan di kenali sebagai Sangkat Chrang Chamreh.

Tatkala berada di Sekolah Agama di bawah jagaan Ustaz Mohd Kausar tersentuh jiwa saya melihatkan keadaan tempat anak anak Kemboja yang seagama dengan kita menuntut ilmu dalam keadaan serba kekurangan.

Bagi anak anak itu, suasana pembelajaran yang dilalui mungkin sudah cukup selesa bagi mereka, tapi bagi kita yang mempunyai anak anak yang menuntut ilmu di sekolah agama di bumi bertuah Malaysia, begitu jauh
jurang perbezaan.

Berlantaikan tanah, berdinding zink dan papan lapis sahaja bagi memisah satu kelas dengan kelas yang lain.

Bilik Darjah yang serba kekurangan.....


Mereka sentiasa melemparkan senyuman kepada pengunjung....
Ustaz Kausar di kanan sekali berkaca mata


Kerajaan memperuntukkan dana yang kecil bagi sekolah agama, justeru insan seperti Ustaz Kausar perlu bekerja keras untuk menambah dana membantu kanak kanak bangsanya menuntut ilmu.

Kami dimaklumkan setiap pelajar perlu membayar yuran kira kira RM 15 sebulan.

Namun ada di kalangan mereka tidak mampu untuk melunaskan bayaran kerana keluarga tidak berkemampuan justeru pihak mereka tiada paksaan.

Ustaz Kausar mengalu alukan sesiapa yang ingin memberi sumbangan untuk membangunkan sekolah dan bangunan yang lebih sempurna untuk anak anak yang baru mengenal erti kehidupan.....

Hulurkan tangan, ringankan beban.....

Oh ya..dalam entri ini juga, saya ingin menyentuh mengenai makanan di Phnom Penh.

Ketika saya ke sini dulu, memang payah untuk mencari makanan halal, tetapi kini, Alhamdulillah bagi yang ingin ke Cambodia, tiada masalah.

Beberapa restoren yang menyajikan makanan halal turut dimiliki oleh rakyat Malaysia.

Nak asam pedas, rendang ayam atau daging, nasi ayam, roti canai, teh tarik, macam macam ada........

Beberapa restoren yang menyajikan makanan halal


Ketua rombongan saya, Lina akan ke Cambodia lagi hujung April ini untuk mengambil stok barangannya.

Saya mengusik dia, tak mustahil dia akan "menyarung cincin" dengan orang Cambodia lah tak lama lagi.......

Terima kasih kepada geng rombongan Cik Lina yang terdiri daripada Fida, Shikin Nora dan Lina kerana menceriakan kunjungan saya di Bumi Cambodia.....

Syukur Alhamdulilllah.......   

Sunday, March 4, 2012

KEJAMNYA REJIM POL POT......

Pagi tadi rombongan Cik Lina sempat ke Killing Fields di
daerah Chong Ekk yang terletak kira kira 15 kilometer
dari Bandar Phnom Penh.

Kalau di Malaysia, jarak 15 kilometer tu, kira kira 10 minit
boleh sampai ke lokasi tetapi 15 kilometer di sini mengambil
masa kira kira 30 minit kerana kesibukan jalanrayanya.

Banyak dah berubah keadaan di sini berbanding kali
pertama ketika saya membuat liputan di tempat yang
sama.


Rombongan Cik Lina di depan pintu masuk Killing Fields....

Tatkala melihat kawasan yang menjadi lokasi penderaan
Rejim Pol Pot begitu sayu rasanya.

Sesiapa saja yang dirasakan menentang corak
pemerintahannya, seisi keluarga akan menjadi mangsa
dera dan disiksa tanpa rasa belas kasihan.

Terdapat sepohon pokok yang dijadikan lokasi untuk
menghayun bayi atau kanak kanak hingga mati dan
kemudian terus dicampakkan ke dalam lubang.

MasyaAllah.... tatkala manusia rakus mengejar
kuasa...hilang sudah rasa perikemanusiaan.

Tengkorak mangsa berselerak di sekitar kawasan
terbabit.


Sebahagian daripada tengkorak mangsa kekejaman...
Pokok yang dijadikan lokasi untuk membunuh kanak kanak
yang tidak berdosa....

Kini terdapat sebuah muzium yang mengimbas sejarah
ringkas mengenai kejadian yang meragut ribuan
nyawa yang tidak berdosa di samping tayangan
dokumentari kekejaman zaman Rejim Pol Pot.

Manusia ohhh manusia......

Ok kita tinggalkan kisah di Killing Fields dan petang
tadi sempat menaiki bot pelancong menyusuri
sebahagian daripada Sungai Mekong dan menyaksikan
senja melabuhkan tirai malam.

Senja di bandar Phnom Penh....


Satu suasana yang begitu indah ciptaan Illahi......

Apapun saya rasa sungguh bertuah menjadi anak
Malaysia kerana negara kita bumi bertuah dan
syukurlah atas kemakmuran dan kesejahteraan
yang dikecapi sejak berzaman......

Alhamdulillah....
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...