Ads by nuffnang

Sunday, March 4, 2012

Kisah Pengurup Wang di Cambodia......

Salam dari bumi Cambodia....

Semalam saya dan beberapa rakan terdiri dari Lina, Fida,
Shikin dan Nora ke Phnom Penh untuk beralih angin...

Kali terakir saya ke sini kira kira 8 tahun lalu, untuk tugasan
Misteri Nusantara.

Tapi kali ini misi ke Cambodia sekadar mengikuti ketua
rombongan kami Lina yang mengambil bekalan bisnes di sini
bersama kakaknya.

Dia jual pakaian, beg dan banyak lagi lah.....

Berikutan ketika saya di sini dulu lebih kepada tugasan,
justeru tiadalah masa untuk merayau dan membeli
belah.

Tapi kali ini baru sampai sehari tapi dah ke Olympic Market,
Russian Market dan Central Market yang sememangnya
sentiasa penuh dikunjungi masyarakat tempatan mahupun
pelancong luar negara termasuk saya dan geng lah.

Sebelum nak ke Killing Fields pagi ini, entri saya nak sentuh
pasal perkhidmatan pengurup wang atau money changer
di sini.

Jika di tanahair, pengurup wang menjalankan
perkhidmatan dalam pusat membeli belah atau kedai
yang dijaga rapi segi keselamatannya tapi di sini,
pengurup wang nya di tepi kedai dan wang yang hendak
ditukar dipamerkan terang terangan.

Nampak tersusun indah aja matawang Amerika dan
Cambodia beserta beberapa matawang lain.

Kat sini kebanyakan urusniaga gunakan Dolar Amerika,
terasa macam kat Amerika Syarikat pulak.

Pada mereka tiada istilah takut rompakan bersenjata
tapi mereka lebih khuatir jika mereka di pukau justeru
beberapa biji bawang putih turut diletakkan di meja
kaca pameran.

Bagi yang gemar dengan batu permata, di Central
Market selain menjadi lokasi kebanyakan pengunjung
membeli pelbagai cenderamata, batu permata yang
cantik dan menarik menanti pembeli.

Harga yang dijual juga berpatutan...yang penting
kena pandai tawar menawar.....

Tepuk dada tanya selera.......

InsyaAllah akan saya kongsikan lagi coretan saya di
bumi Cambodia ini.......


Rakan rakan saya tengah tukar duit....

Bawang putih untuk mengelakkan dipukau

Ketua rombongan Lina(memegang beg merah)

Batu permata menanti pembeli

4 comments:

  1. Kalau di sini, mungkin dah lama berkecai kaca tu!

    ReplyDelete
  2. bawang putih elak pukau di cambodia?
    kalau di malaysia, kena letak ikan puyu kot? :)

    ReplyDelete
  3. Salam Kak Cik,
    Bukan saja pengurup wang, kedai wang di kawasan Central market ini punyalah banyak kedai wang, tak ada pun pengawal keselamatan, malah kedai emas mereka tanpa ada jaring besi.....kalau di Malaysia,sendiri mau ingatlah..

    Abdooss,
    Lain padang, lain belalang. Mengikut kepercayaan masyarakat di sini, bawang putih menghindarkan mudah dipukau....mungkin mudah nak letak di bekas kaca pameran, bagi masyarakat melayu ikan puyu selalunya diletakkan di rumah.....

    ReplyDelete
  4. Sebenarnya kat sana ada terlalu banyak mata2 diorang.. Semuanya mempunyai pistol.. Berani merompak.. Mmg takkan boleh keluarlah dari area situ.. Mesti kene tembak terus..thats why diorang berani.. Kes rompakan disana tersangat sangat jarang berlaku.

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...