Ads by nuffnang

Tuesday, March 6, 2012

Bilik Darjah berlantaikan tanah......

Alhamdulillah, semalam kira kira jam 1030 malam, saya selamat sampai ke apartment.

Penerbangan dari Phnom Penh ke Kuala Lumpur lancar.

Berikutan penerbangan balik ke Kuala Lumpur jam 4.45 petang waktu tempatan(waktu Cambodia lewat sejam), rombongan Cik Lina sempat melawat satu daripada Sekolah Agama di kawasan di kenali sebagai Sangkat Chrang Chamreh.

Tatkala berada di Sekolah Agama di bawah jagaan Ustaz Mohd Kausar tersentuh jiwa saya melihatkan keadaan tempat anak anak Kemboja yang seagama dengan kita menuntut ilmu dalam keadaan serba kekurangan.

Bagi anak anak itu, suasana pembelajaran yang dilalui mungkin sudah cukup selesa bagi mereka, tapi bagi kita yang mempunyai anak anak yang menuntut ilmu di sekolah agama di bumi bertuah Malaysia, begitu jauh
jurang perbezaan.

Berlantaikan tanah, berdinding zink dan papan lapis sahaja bagi memisah satu kelas dengan kelas yang lain.

Bilik Darjah yang serba kekurangan.....


Mereka sentiasa melemparkan senyuman kepada pengunjung....
Ustaz Kausar di kanan sekali berkaca mata


Kerajaan memperuntukkan dana yang kecil bagi sekolah agama, justeru insan seperti Ustaz Kausar perlu bekerja keras untuk menambah dana membantu kanak kanak bangsanya menuntut ilmu.

Kami dimaklumkan setiap pelajar perlu membayar yuran kira kira RM 15 sebulan.

Namun ada di kalangan mereka tidak mampu untuk melunaskan bayaran kerana keluarga tidak berkemampuan justeru pihak mereka tiada paksaan.

Ustaz Kausar mengalu alukan sesiapa yang ingin memberi sumbangan untuk membangunkan sekolah dan bangunan yang lebih sempurna untuk anak anak yang baru mengenal erti kehidupan.....

Hulurkan tangan, ringankan beban.....

Oh ya..dalam entri ini juga, saya ingin menyentuh mengenai makanan di Phnom Penh.

Ketika saya ke sini dulu, memang payah untuk mencari makanan halal, tetapi kini, Alhamdulillah bagi yang ingin ke Cambodia, tiada masalah.

Beberapa restoren yang menyajikan makanan halal turut dimiliki oleh rakyat Malaysia.

Nak asam pedas, rendang ayam atau daging, nasi ayam, roti canai, teh tarik, macam macam ada........

Beberapa restoren yang menyajikan makanan halal


Ketua rombongan saya, Lina akan ke Cambodia lagi hujung April ini untuk mengambil stok barangannya.

Saya mengusik dia, tak mustahil dia akan "menyarung cincin" dengan orang Cambodia lah tak lama lagi.......

Terima kasih kepada geng rombongan Cik Lina yang terdiri daripada Fida, Shikin Nora dan Lina kerana menceriakan kunjungan saya di Bumi Cambodia.....

Syukur Alhamdulilllah.......   

2 comments:

  1. dalam serba kekurangan nampak ketekunan..

    ReplyDelete
  2. kita semua patut bersyukur kan chik inn.. kami masa duduk vietnam dulu pon sedih sangat kalau ada program melawat tempat muslims yang susah..

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...