Ads by nuffnang

Tentang Saya


Episod Kehidupan Mazlin aka Chik Inn sebagai warga TV3.....

20/10/2010 

Assalamualaikum wbt dan salam sejahtera. 

Blog ini adalah catatan pengalaman yang ingin saya kongsi bersama pembaca sepanjang saya bertugas di TV3 hampir 20 tahun bermula sebagai Wartawan Siaran, Penolong Penerbit, Penerbit, Penerbit Kanan dan kini saya sebagai Penerbit Eksekutif. 

Saya juga telah terbabit dengan pelbagai rancangan di Tv3 seperti Berita, Sekapur Sirih, Agenda, Nona, Melodi, Bersama Chef Wan,Citarasa Antarabangsa, Warna Warna Malaysia,  Malaysia Hari Ini, Wanita Hari Ini, Remaja, MedikTV,  Potret Kejayaan, Majalah 3, Misteri Nusantara, Bersamamu, Bijak Wang, Potret Terbilang, Jejak Rasul Srikandi dan banyak lagi. 

Telah lama saya bercadang untuk menulis dan berkongsi pengalaman dalam blog sendiri, tetapi ketiadaan masa yang sesuai. 

Alhamdulillah akhirnya, tercapai juga. 

Untuk makluman, sebahagian daripada photo sebelum Disember 2006, saya belum bertudung lagi, harap memahami situasi ketika itu... 

Seperti yang saya katakan sebelum ini, yang baik itu datangnya dari Allah, yang lemah itu diri sendiri, justeru kita perbaikilah ke arah kehidupan yang lebih sempurna. 

Semoga kita semua sentiasa dirahmati dan diberkati oleh  Allah Yang Maha Besar. 

Terima kasih kepada rakan Bloggers kerana sudi singgah di Blog saya dalam perjalanan rakan rakan menuju ke destinasi pilihan. 

Kebanyakkan entri Episod di Kanvas Kehidupan yang dikongsi adalah berkaitan dengan tugasan, pengalaman serta pemerhatian saya dalam kehidupan yang dilalui saban hari. 

Segala catatan dan komen peribadi tidak ada hubungkait atau mewakili pandangan majikan saya, MEDIA PRIMA BERHAD. 

8 comments:

  1. Salam Kak Mazlin,
    Saya sangat berminat untuk turut serta mencari kerjaya di TV3. Namun bukanlah untuk dikenali ramai cuma saya sangat berminat untuk bekerja sambil berbakti seperti rancangan Bersamamu.Saya tiba-tiba berhasrat untuk kearah ini dimana sambil bekerja (mencari rezeki), dapat juga membantu menggembiran orang yg dalam kesusahan. Syabas kak Mazlin & TV3 atas pencapaian program tersebut. Sekiranya ada ruang dan peluang untuk saya, akak boleh sertakan komen disini. Assalamulaikum. Dari Ayu Damansara.

    ReplyDelete
  2. at last dapat juga buka blog chik inn..thank q.

    ReplyDelete
  3. betul instinct saye, tuan blog ni org TV3.. :-)

    ReplyDelete
  4. As salam..saya mempunyai seorg kakak penghidap kanser tumor stage 4 dan kini terlantar. macamana caranya utk saya mendapatkan bantuan tabung bersama mu? harap dpt info. email saya rosnani.rahmat@umw.com.my sekian

    ReplyDelete
  5. Tahniah kerana anda telah berhijrah ke arah lebih baik dengan berhijab. saya personally mengkagumi anda sejak anda telibat dalam Bersamamu.....semoga usaha murni ini akan menjadikan kehidupan anda lebih diberkati Yang Maha Esa.

    ReplyDelete
  6. Saya kagum dengan keikhlasan anda dalam Bersamamu...semoga anda terus diberkati dunia akhirat

    ReplyDelete
  7. Assalamualaikum kak Mazlin..saya ingin bantu suami saya..dia minat bidang penyembelihan lembu, kambing..tetapi saya tidak tahu tempat yang boleh bantu dia.

    ReplyDelete
  8. Salam Mazlin...sy Mat Yie. Tidak sangka bertemu saudari Mazlin yang sgt sy kagumi sebagai seorang wanita kental masuk ke jeruk kampung menyelami hati dan perasaan. Bukan mudah untuk menjadi seorang seperti saudari dan semalam bertemu saudari di Kg Lubok Stol, Rantau Panjang. Syukur Alhamdulillah.

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...