Ads by nuffnang

Monday, January 31, 2011

"Kisah Romeo Juliet Versi Monyet..........."


Terima kasih kepada rakan yang mendoakan saya untuk cepat sembuh mahupun dapat menjejakkan kaki ke
Tanah Suci yang menjadi idaman setiap insan
beragama Islam.

Saya turut mendoakan rakan rakan turut menjadi tetamuNYA
di Tanah Suci kelak....

Masliza (junior kesayangan Chik Inn, orang kuat TLDM),
awak bukan tak tahu yang senior awak ni memang tak
boleh duduk diam....selagi terdaya untuk bergerak, pasti
merayau lebih lagi semalam memang nak jumpa Naimah
dan suaminya Lokman, penuntut Universiti Madinah.

Harap pelajar pelajar Malaysia yang menuntut di Kaherah,
Mesir, Shuhabil dan rakan rakan yang membantu
penggambaran Jejak Rasul Srikandi di sana tahun lepas,
dalam keadaan selamat daripada keadaan hura hara
di Mesir....

Tadi ke pejabat beberapa perkara perlu diselesaikan dan bila
dah tak larat petang tadi jumpa doktor yang memang terdapat
klinik dalam Sri Pentas.

Dr Rohaya nak beri saya MC tapi saya kata tak payahlah sebab
dah hampir pukul 5.

"Tak pa saya beri MC untuk esok, makan ubat dan rehat",
Dr Rohaya menyarankan saya rehat .

Dalam masa 2 atau 3 hari, jika tidak sembuh, perlu ambil darah.

Mak oii...risau juga, kini H1N1 dikatakan telah kembali.

Dua anak Nurfarahin Jamsari turut dijangkiti H1N1 dan hampir
seminggu menjadi penghuni di Pusat Perubatan Subang Jaya
beberapa minggu lalu.

Ok, hari ini nak tulis entri mengenai dokumentari yang saya
tonton malam tadi di Astro Channel 556 - Animal Planet,
bertajuk "A Monkey's Tale" di Thailand.

Sahabat saya Shahnun Haniff Suhaimi pernah ke sana untuk
rakaman segmen Misteri Nusantara, tetapi jauh berbeza
daripada apa yang disiarkan malam tadi.

Monyet di Lopburi pandai minum Coca Cola tau


Saya tenguk Animal Planet tu pun dah hampir 10 minit
bermula...


Rakaman dokumentari yang dibuat di Lopburi , Thailand
memang saya tabik betul, mungkin ada juga rakan rakan
blogger lain turut menonton semalam.

Di Lopburi, monyet memonopoli bandar ini.

Dah letih bergaduh....tidurlah ya..,.,..

Tak tahu berapa lama lah krew produksi ini membuat penyelidikan mahupun penggambaran untuk merakamkan
kisah bagaikan karya Shakespares malah diberikan nama
dua watak monyet terbabit sebagai Romeo dan Juliet.

Seperti kita sedia maklumkan kisah Romeo dan Juliet
atau Uda dan Dara, darjat dan keturunan adalah
penghalang kepada cinta suci pasangan terbabit.



Begitu juga dengan kisah pasangan monyet yang mendapat
tentangan daripada pihak tertentu yang membuat
Romeo membawa diri menumpang dan menaiki keretapi...
setelah berlaku pergaduhan demi pergaduhan..

Monyet bernama Romeo itu, bakalkan seorang pelakon
dengan keadaan mimik muka yang "blurr" di tepi tingkap
keretapi berpandangan jauh meninggalkan Lopburi
dan juga kekasih hatinya Juliet.



Satu babak seekor monyet betina (Juliet agaknya, tapi
saya miss adegan itu sebab sibuk jawap telefon) yang
baru melahirkan anak.

Kemudian anak itu mati, menyentuh perasaan
saya bahawa haiwan pun pandai menyayangi anaknya
yang tidak bernyawa berbeza dengan segelintir manusia
sanggup membunuh anak sendiri.



Kembali watak Romeo, di penempatan baru, Romeo cuba
menyesuaikan diri tetapi masih teringat ingatkan Juliet.

Manakala Juliet yang bagaikan tidak keruan sentiasa
menjadi perhatian ahli keluarganya yang lain.

Namun, digambarkan watak Juliet seperti memberontak
untuk melarikan diri dan sentiasa memerhatikan monyet
monyet yang lain...turun naik lori dan trak pengguna
jalanraya....

Pada satu hari ketika di bandar Lopburi mengadakan,
"MONKEY FESTIVAL" Juliet telah menyelinap
dan terus melompat ke dalam trak yang sedang bergerak....

Seketika keluarga Juliet menyedari dan cuba untuk
mengejar tetap telah terlambat.

Seekor monyet veteran keluarga Juliet redha pemergiannya 
dan berharap cinta Romeo dan Juliet akan kembali bersemai.....



Dokumentari yang "simple" tapi hasil garapannya begitu baik,
daripada jalan cerita, suara latar dan penceritaan dokumentari
itu sendiri.....

Saya jangka kos produksi untuk menghasilkan dokumentari
itu besar.

Pihak pengeluar pasti dokumentari yang dihasilkan
menjanji pulangan yang tinggi, maka mereka sanggup
berbelanja besar...

Jika rakan blogger berkesempatan menyaksikan, silalah hayati
kisah mencuit hati tapi punyai mesej tersendiri.....

Sunday, January 30, 2011

"TIADA JALAN PINTAS UNTUK BERJAYA...."

Semalam, sebelah pagi selesai tukar kereta saya yang
bermasalah dibaiki abang saya dengan kereta isterinya
yang saya pandu, saya terus balik ke rumah dan lepak.

Demam (ejaan betul kali ni ya Mak Ngah....) masih
menyelubungi diri, justeru cara terbaik tidur ajalah,
setelah makan ubat.

Nak berkarya pun tak menjadilah....

Alhamdulillah, hari ini, demam dah berkurang, batuk dan
selsema saja, hujan yang membasahi bumi sejak pagi,
memang membuat saya rasa malas nak keluar rumah,
tapi ibarat "lembu pegang pada tali, manusia pegang
pada janji".

Saya ada "lunch appointment" dengan pasangan
pelajar dari Madinah, maka saya perlu tepati.

Naimah dan suaminya Lokman bercuti 2 minggu
sebelum pulang kembali ke Madinah minggu depan.


Alhamdulillah, dapat kurma Madinah dr Im
 Saidatul Naimah atau Im lah yang memegang watak
"Fatimah" bagi episod 4, Jejak Rasul Srikandi, memerlukan
Im ditampar dan ditolak kerana begitulah diri
"Fatimah Al Khattab" dalam membantu Rasullulah saw
mengembangkan Islam.

Saidina Umar Al Khattab, abang Fatimah seorang yang
memusuhi Rasulullah saw dan terkenal sebagai musuh
Islam yang bengis, berubah menjadi sahabat dan pemimpin
Islam disegani.

Keislaman Saidina Umar AlKhattab adalah antara peristiwa
penting yang menjadi pembuka jalan kepada kebaikan
dan keteguhan Syiar Islam. 

Dok cerita mengenai pengalaman di Mekah dan Madinah,
tanpa saya sedari mengalir airmata saya, terasa rindu
hendak ke sana lagi.....

Im turut bergenang air mata.....berkongsi pengalaman...

Moga Allah menjemput saya menjadi tetamuNYA ke
Tanah Suci dalam waktu terdekat ini....InsyaAllah...

Madinah dirindui....
Turut bersama Im dan Lokman tengahari tadi, kakak dan
abang iparnya beserta ibunya.

Cerita punya cerita tak sangka ibu Im, Hajah Salihah Munawir
yang mesra dengan panggilan Bonda adalah Duta Jutawan
Crown Ambassador, (CA) - DCL.....

(DCL pemiliknya Datuk Stapa Omar & Datuk Azlina Che Abdullah)


Dari kanan Im, Bonda dan Intan (kakak Im)
Bonda seorang yang sederhana, peramah dan tidak lokek
berkongsi pengalaman, kini Bonda menjana pendapatan
RM 100,000 sebulan....

Memetik kata kata Bonda:
" Untuk berjaya tiada jalan pintas".

"Bermula dengan kosong, seperti orang lain saya juga
lakukannya secara sendiri dan mula belajar bagaimana
meningkatkan pendapatan. Untuk berjaya tidak ada
jalan mudah. Mahu capai tahap CA dalam masa 10 bulan
bukannya senang".

Peringkat permulaan Bonda telah menceburi bidang MLM
20 tahun lalu, membabitkan dia dengan syarikat MLM
bukan bumiputera, namun merasakan pelan pemasaran
yang diperkenalkan tidak sesuai dengan jiwanya.

Menurut Bonda , sebagai anak Melayu, untuk memperkasakan
ekonomi orang Melayu adalah tanggungjawab bangsa
Melayu sendiri.

Di depan restoren kegemaran Bonda di Shah Alam.....

Dengan tanggungjawab itu, Bonda yang telah 4 tahun
bersama DCL berjuang terus bersama DCL untuk
memartabatkan ekonomi ummah selain membantu
insan insan lain merealisasikan impian dan mengubah
taraf hidup.

Kejayaan Bonda hari ini juga adalah berkat sokongan
anak anak serta suami yang sentiasa mendoakan
kejayaannya....

Terima kasih pada Im yang memperkenalkan saya
dengan Bonda.....

Banyak juga pengalaman yang dapat saya kutip
sungguhpun pertemuan agak singkat..... kerana Bonda
ada majlis DCL di Bukit Tinggi, Klang......

Semasa keluar dari restoren, kami terserempak pula
dengan ayah dan adik seorang lagi pelajar yang membantu
penggambaran Jejak Rasul Srikandi bukan di Madinah,
tetapi di Syria......

Ayah Amalia Azmil, iaitu Azmil Mustapha.....

Keluarga Im bergambar kenangan bersama Azmil Mustapha dan anaknya

Alhamdullilah, dia kelihatan sihat setelah menjalani
pembedahan beberapa bulan dulu di Syria....

Saya pasti Amalia sentiasa menjaga pemakanan dan
kesihatan babahnya dengan baik....

Apa yang dapat saya garapkan dalam pertemuan hari ini,
Hanya dengan usaha bersungguh sungguh dan disulami
keyakinan kental, akan membawa perubahan dalam
kehidupan orang yang mahu berjaya.....




Friday, January 28, 2011

"DEMAM BOLEH DIBELI KE....?

Hari ini mood agak sedih kerana mendapat kabar berita 2
sahabat baik saya Junaidah Md Din dan Said Thani
kehilangan ayah tersayang buat selamanya....

Moga roh ayah mereka di tempatkan di kalangan golongan
orang orang beriman.
Al Fatihah....


Kemudian saya dimaklumkan ayah sahabat baik dan adik
angkat saya Norazahan Md Dom dimasukkan ke Wad ICU
di Hospital Seremban dan keadaannya agak kritikal.....

Moga Nora dan keluarga tabah menghadapi dugaan dan
ujian daripada Yang Maha Esa....

Saya pun kurang sihat sejak semalam dan hari ini makin melarat,
dah mula selsema, tekak dah gatal,  batuk batuk dan rasa
nak deman.....

Sebut nak deman.....satu ayat yang perlu penggunaannya
dengan betul.....

Kita biasa sebut nak makan, boleh ke dapur cari makanan,
nak beli coklat, boleh ke kedai serbaneka atau pasaraya....

Dan macam macam lagi yang berkaitan dengan perkataan
"NAK" yang boleh didapati dengan membeli atau memberi..

Tapi bila sebut "nak deman", macamlah deman tu boleh di beli.......

Saya rasa lebih baik kita sebut "saya deman" daripada
kita sebut 'saya nak deman'...

Ketika tulis entri ini saya memang dah deman.......sejak dua
menjak ni saya dengar ramai yang batuk dan selsema.....

Rakan rakan blogger, jadi diri, banyakkan minum air suam ya....

Thursday, January 27, 2011

"Belikan Kodak Fuji, Colgate Darkie dan Maggi Cintan.........."

Hari ini saya terpanggil nak menulis entri mengenai
penjenamaan sesuatu barangan yang begitu menebal dalam
diri kita terutama pada yang dah melebihi 4 series atau
40 carat bak kata rakan rakan blogger....


Saya masih teringat satu masa dulu kalau saya nak ambil
gambar di sekolah kerana aktiviti luar atau sukan, pinjamlah
kamera abang saya.


Masa dulu tak ada kamera digital macam sekarang.


"Kodak dalam kamera tu dah cuci, ambil kodak baru kat
laci tepi telefon"abang saya memberi kebenaran meminjam
kameranya.


Saya pun carilah dalam laci tu Kodak tapi tak ada.....


"Mana ada Kodak kat dalam laci ini", saya teriak....


Abang saya datang, dan terus ambil kotak Fujifilem.


"Ni apa" dia beri kat saya.....


Saya pun "confused" kata tadi Kodak tapi sebenarnya Fuji.


Masyarakat terdahulu lebih sinonim nama Kodak sebagai
filem.


Contoh lain, "huh jangan lupa beli Kodak  Fuji 36 ya..."


Maksud di sini bukan jenama Kodak tapi filem sebenarnya.....


Kodak dan filem bagaikan irama dan lagu.......


Begitu juga dengan penjenamaan mee segera yang dikaitkan
dengan Maggi Mee.....kata pergi kedai nak beli maggi mee tapi
balik beli mee jenama lain.......

Saya suka Maggi Asam Laksa,,,,,,


Satu lagi Colgate menjadi jenama ubat gigi keselurahan pada
ubat gigi....

"Tolong belikan colgate darkie....."
(dulu darkie, sekarang darlie)

Begitu kuat penjenamaan sesetengah barangan....

Seperti dalam entri saya terdahulu menyentuh personaliti
popular Wan Zaleha Radzi, tidak boleh dipisahkan dengan
Majalah 3 dan TV3.....

Hinggakan nampak van TV3, persoalan keluar Wan Zaleha
tak ada ke???

Wednesday, January 26, 2011

"LETIHNYA DUDUK DALAM HAWA DINGIN...."

Semalam tak dapat "update" entri sebab ada masalah internet
kat rumah.....

Kecewa teramat sangatlah sebab tak dapat menulis..
dah lah cuti.....minda dok relak aja, lepas tu tak dapat
berkarya.....Cobaan.....

Dah 2 hari bercuti, masuk kerja hari ini ada beberapa
mesyuarat dan perbincangan dah tersenarai....

Pagi lagi Fasil Idris, Penerbit Eksekutif, Jejak Rasul 17
memaklumkan perkembangan tugasan di Moscow dan
InsyaAllah akan bertolak ke sana pertengahan Mac ini....
(tapi dengar ada berlaku pengeboman di Lapangan
Terbang Domodedovo di Moscow semalam , risau juga.....)

Kemudian, Fieza, penolong penerbit Rona, mengingatkan
saya untuk prebiu visual kisah pemandu bot wanita dan
penjual sayap ayam, Sandra yang akan disiarkan pada
1 Februari depan. 
(jangan lupa tonton Rona Irama Rentak Kehidupan jam
9.30 malam selasa depan)

Pukul 11.20 pagi, Liza dah menunggu di depan "cubicle"
(bilil kecil) saya untuk mesyuarat montaj program
"Home Ideas" bersama pihak CSD dan BMG.
(Program yang akan dihoskan oleh Norazlina Redzuan-
pengacara kesayangan saya akan ke udara pd 7 April 2011)


Orang Penting CSD - Elly, Juliana dan Budi (berbaju biru) (BMG)


Montaj adalah pembuka kepada sesuatu program dengan 
durasi di antara 20 ke 30 saat.....

Pihak produksi  bertanggungjawab melakukan
penggambaran, penyuntingan, penulisan skrip, suara latar
dan lazimnya akan berbincang konsep program,
"look and feel', "editorial"dgn pihak CSD(Creative Services)
diwakil Juliana dan Elly iaitu unit pakar dlm bahagian
menghasilkan grafik, logo, montaj dan sewaktu dengannya....

Manakala BMG (Brand Management Group) menentukan
waktu dan tarikh siaran, budget dan pelbagai lagi yang
ada kaitan dengan siaran dan produksi.

Hari ini wakil BMG, Hadzelynda (pengantin baru) dan Budi
aja yang hadir, sorang lagi Zaida Pot Pet "emergency leave"
anak kembarnya kurang sihat.

Jadi mesyuarat berat sebelah dengan saya cakap terlebih,
selalunya Zaida akan terlebih berkata kata....

Selepas makan tengahari, terus ke Damansara Heights
bersama Ezzah Aziz Fawzy mesyuarat dengan dengan
"Honorary Consul Ukraine" Haji Jalaludin Kassim...
mengenai tugasan Jejak Rasul 17 ke sana.....

Haji Jalaludin antara orang Melayu pertama ke Ukraine.....
Beliau akan membantu kami untuk tugasan di Ukraine ....
Terima kasih Tuan Haji.... Balik mesyuarat, sambung semula perbincangan dengan
Fasil kemudian dengan Liza.

Bagi saya menghadiri mesyuarat letihnya bagaikan letih
keluar tugasan luar.....

Saya lebih gemar bertugas di luar daripada duduk dalam
bilik berhawa dingin ......(kena pulak kalau hujan).....

Bila bertugas di luar, muka merah padam macam udang
kena bakar pun serta disinari terik mentari.....saya rela......










Monday, January 24, 2011

"Buat cermin mata boleh bawa keluarga cuti cuti Malaysia....".



Hari ini dan esok cuti kerana perlu habiskan cuti tahun lepas 
berjumlah 22 hari yang tak diambil lagi.....


Perlu dihabiskan sebelum April, lebih lagi pertengahan Mac, 
InsyaAllah saya akan bertugas di luar negara selama 
sebulan untuk Jejak Rasul 17.


Bila dah lebih 4 series atau 40 carat ini, selain kesihatan 
perlu dipantau lebih, pancaindera seperti mata juga perlu 
diambil perhatian serius...


Memang sebulan dua ni, fokus mata saya dah blurr sikit, 
kalau pandang jauh....


Lagipun dah lebih 10 tahun tak tukar "power", sekadar 
tukar bingkai cermin mata aja....


Tahun lepas member rapat saya, Aini Tahir buat cermin 
mata dan memaklumkan pada rakan sepejabat, harga 
dia buat cermin mata baru hampir RM 2 ribu....


Kami di pejabat pun hairan kenapa mahal sangat, sedangkan 
cermin mata  berharga di antara RM350.00 - RM 700.00 pun
dah kira bagus....


Dia pun jawap tak tahu sekadar kata lensa cermin mahal.....
Aini Tahir ni  memang "cool" orangnya......kalau tokey kedai 
kata ok, maka dia pun ok.....


Pagi tadi, saya ke kedai cermin mata di Taman Tun Dr Ismail, 
Kuala Lumpur, dekat dengan ofis dan kediaman saya...


Dah  lebih 4 series...sendiri mau ingatlah....
Saya maklumkan pada Eddy, tuanpunya kedai cermin mata, 
masalah penglihatan saya, nak baca suratkabar atau majalah 
sekarang kena buka cermin mata....


"Tu biasalah bagi orang sudah umur lebih 40 tahun", Eddy 
menjawab sambil tersenyum panjang.....


Dia pun menerangkan yang saya perlu menggunakan 
"multi progressive lens" di mana ada tiga tahap berlainan 
untuk pandang jauh mahupun untuk membaca...
berperingkat macam tanggalah...


Belajar A,B,C di bilik pemeriksaan.....


Dah selesai pemeriksaan mata, masa yang paling ditunggu 
iaitu "Mas Kahwin" nya..


Ok tak cermin mata baru saya......
(cermin pemeriksaan....)


Tolak...campur...bahagi dan darab.....cermin matalah, 
lensalah ....entah apalah....pada mulanya dalam RM2300......


Ya Ampun......kalau gi Langkawi 3 hari 2 malam bawa 
anak buah 3 orang campur saya termasuk duit tiket kapal 
terbang, hotel dan makan pun tak sampai RM 2300.00
(jangan kira duit shoppinglah).


Dah bincang punya bincang dengan Eddy, pilih yang 
"seadanya" maka jumlah mutlak adalah RM 1750......


Pilihlah bingkai mana nak...yang penting siapkan ongkosnya....


Dijangka siap 2 minggu lagi......kata Eddy kena hantar luar 
negara sebab lensa tu "imported"......


Tahulah saya kenapa Aini Tahir bayar hampir RM2000.....


Seperti petikan Pendekar Bujang Lapok....
semuanya Cubaan........


Rumusan kepada entri hari ini....jaga dan utamakan 
kesihatan....juga simpanlah wang untuk perkara 
perkara yang diluar jangkaan.....








  

Sunday, January 23, 2011

"Menguji bakat masing masing..."

Lazimnya kalau hari Ahad, di Sri Pentas, sunyi sepi kerana
kebanyakan warga kerja  Media Prima "off day" Sabtu dan
Ahad, kecuali yang memang dijadualkan kerja.

Saya pun "off day" semalam dan hari ini , tapi ke ofis juga
untuk buat suntingan visual ketika tugasan di Sabah untuk
program Rona siaran TV9.

Kalau datang Ahad, mesin suntingan tak ramai gunakan, jadi
bolehlah mengedit dengan damainya.....

Dalam kul 10.45 pagi saya sampai Sri Pentas, di depan pintu
masuk berhampiran pondok polis bantuan kami, penuh
dengan peserta yang ingin menyertai ujibakat Mentor.....



Naik ke tingkat satu, ofis PWS sekumpulan kanak-kanak di
temani ibubapa/penjaga menunggu giliran untuk ujibakat
rancangan kanak kanak pulak....

Hebat......Selamat Maju Jaya adik adik...apa pun pelajaran
mesti diutamakan ya....

Saya pun angkutlah beberapa Tape Digital untuk mengedit
dan ingatkan boleh mengedit dengan aman damai, tetapi
tidak berjaya.

Beberapa peserta "rehearsal" menyanyi di koridor di tempat
kami mengedit.

Telinga ini pun curi curi dengar jugalah, hari ini mentor yang
menjalankan ujibakat adalah Eddy KRU.....

Tak pa kita tingglkan kisah ujibakat.....hari ini rezeki saya
cukup baik....

Tengahari, Fieza penolong penerbit Rona, beri saya Nasi
Lemak Sambal Udang.

Lepas Maghrib, saya masih di ofis, anakbuah saya telefon 
memaklumkan jiran, sedekah Nasi Beryani Ayam....

Alhamdulillah.....

Nak balik rumah, tenguk atas meja saya terdapat satu kotak
ingatkan lepas hari jadi dah tak ada hadiah, rupanya ada lagi....

Zahir beri "soft toys" comel sangat dan coklat ......
terima kasih dik.....

Inilah mungkin dikatakan rezeki orang yang dah 40 carat +.....

Saturday, January 22, 2011

"DALAM DUNIA HAIWAN TIADA MANUSIA......"

Apalah nak jadi dengan dunia sekarang ini?

Saban hari di dada akhbar, kisah bayi yang tidak berdosa
dan baru ingin mengenal dunia dibiar atau ditinggalkan
bersendirian yang kadangkala terus meninggal dunia
akibat manusia yang tidak berperikemanusian....

Memetik Akhabar Harian Metro hari ini mukasurat 13 :

"Bayi ditemui dalam Beg" - Baru dilahirkan beberapa
jam dan masih bertali pusat ditinggalkan di hadapan
klinik swasta....... 

Retinadevi, pekerja klinik di Tanjung Malim, Perak
menemui bayi lelaki itu dalam sebuah beg pakaian
kira kira 9 malam.

Jika Retinadevi dan rakan tidak menemui bayi terbabit,
kemungkinan bayi comel yang LANGSUNG TIDAK BERDOSA 
itu menjadi mangsa anjing liar yang berkeliaran sekitar
kawasan itu.

MasyaAllah.......

Benarlah ungkapan,

DALAM DUNIA HAIWAN TIADA MANUSIA, TETAPI DALAM DUNIA MANUSIA
TERDAPAT HAIWAN....

Friday, January 21, 2011

"4 series atau 40 carat.........."

Terima kasih kepada semua rakan rakan tidak kira di mana
saja berada yang terus menghantar mesej di telefon bimbit, 
FB, emel mahupun blog......sempena hari jadi saya yang ke ......

Seperti komen Yan, sebutan 40 carat lebih nampak klasik
daripada 4 series.....Mak Ngah tanya usia saya.....?
Baru 29 tahun .....(sekadar menyedapkan hati....)

Untuk membalas satu persatu ucapan yang diterima, memang
sukarlah mahu sampai esok tak sudah lagi.......
apa pun ribuan terima kasih atas mesej rakan rakan dan
ia juga bagai satu doa.......

Di pejabat juga tidak terkecuali dan selepas mesyuarat
produksi Jejak Rasul 17 petang tadi, saya ke tempat
duduk dan mendapati rakan lama saya Annahitah Hatihana,
menghadiahkan kek dari Secret Recipe....

Baru nak kemaskan kotak kek dan fail atas meja, saya
dikejutkan dengan nyanyian lagu hari jadi dari Liza Yusof,
Ani Tahir dan Zahir Ramli dengan membawa kek dari
Secret Recipe juga......

Rakan rakan saya memang suka buat kejutan....

Saya pun meminta Liza membuat kotak kek pemberian
Annahitah dan kebetulan kedua dua kek jenis yang sama..




MasyaAllah.......

Liza memotong kek tersebut dan kami berikan kepada rakan
rakan untuk merasa seorang sedikit....

Bersama Liza

Krew Rona Irama Rentak Kehidupan terdiri dari Ajieb
dan Fieza tidak terkecuali memberi hadiah harijadi....


Terima kasih Ajieb dan Fieza....

"Coklat Chik Inn jangan makan tau, beri kat orang lain",
Fieza mengingatkan saya dan memang saya patut kurang
makan makanan manis....tapi dia dah beli makanlah sikit,
orang kata buat ubat.....?????



Terima kasih sekali lagi rakan rakan.

Saya mendoakan kesejahteraan kita bersama agar
sentiasa mendapat keberkatan dan dalam peliharaan 
daripada Allah Yang Maha Esa ... 


Secebis renungan :-

"Kita tidak akan tahu siapa sahabat sebenar kita,
  sehinggalah kita mengalami kesusahan dan
  memerlukan pertolongan......"


Thursday, January 20, 2011

"UMUR MAKIN MENINGKAT, AMALAN BAGAIMANA.....?

Alhamdulillah, esok 21 Januari 2011, bertambah setahun lagi
umur saya......

Sejak sehari dua ni , banyak juga ucapan "in advance" yang
saya terima melalui sms mahupun FB.

Terima kasih kepada rakan rakan yang mengingati tarikh
bersejarah catatan kanvas kehidupan insan yang bernama
MAZLIN aka CHIK INN.......

Selasa lepas (18 Januari) saya ada penggambaran
program baru 'HOME IDEAS' untuk siaran TV3 yang bakal
ke udara awal bulan April nanti.


Nantikan kemunculan kembali Norazlina Redzuan di TV3.....




Dan pengacaranya tidak lain tidak bukan, pengacara
kesayangan dan kegemaran saya ALIN alaa tak kan tak
kenal Norazlina Redzuan....(Datin Norazlina)...  

Hafal skrip tu.....


Pengambaran di kediaman mewahnya mengambil
masa hampir sehari.....

Selesai penggambaran hampir pukul 5.15 petang, tetiba dia
buat "suprise" pada saya dengan menyediakan kek hari jadi
untuk saya.....


Nak tengok kamera mana ni????
Selamat panjang umur.....

Sedap betul kek yang disediakan.....

Alin ...selamat datang ke 4 series.......

Alin, pengacara, penolong penerbit, sahabat, adik kepada
saya.....suka dengan elemen yang mengejutkan.....

Kira kira 3 tahun, saya menjadi Penerbit Majalah 3
dari tahun 1999 hingga 2002 dan dia sebagai pengacara,
persahabatan kami bertambah rapat lebih lagi kami sering
keluar tugasan bersama.......

Memang banyak kisah yang berlaku akan dikongsikan
kepada rakan rakan dalam entri akan datang, antaranya
di India ketika ingin menemuramah Shah Rukh Khan,
di Thailand kereta pacuan 4 roda yang kami naiki hampir
meletup, pesawat tidak boleh mendarat di Mulu, Sarawak
dan banyak lagi........tengah cari photo photo dulu.....

Pada hari jadi saya tahun 2000, kalau tak silap, Alin sanggup
datang ke rumah saya di tengah malam membuat kejutan,
bertujuan untuk membawa kek dan hadiah harijadi.....

Itulah NorAzlina Redzuan, begitu menjaga erat erti
persahabatan dengan rakan rakannya.....

Kebetulan harijadi Alin pada 15 Januari lalu, jadi saya
mencadangkan kami potong kek bersama.....

Sungguhpun hanya dihadiri krew yang terdiri daripada
Liza selaku penerbit, Rohaizat- jurukamera, Siva - juruteknik
dan seorang pelatih IKBN, saya sungguh terharu dengan
ingatan sahabat karib dan adik saya yang nakal tu....

Alin....Alin.....



Terima kasih banyak sis......"Love you forever......."

Berbalik kepada peningkatan umur, bertambah usia kita,
maka bermakna makin dekat lagi kita kepada
Yang Maha Pencipta.......

Jika cukup masa ajal menjengah, umur bukan ukuran,
tetapi peningkatan umur adalah tanda tanda  awal "rumah
kata pergi......kubur kata mari...." lebih lagi saya pun
dah masuk 4 series......



Justeru ingatan kepada saya sendiri mahupun rakan rakan,
tingkatkan amalan kita dan sentiasa memohon dilindungi
dan diberkati hidup kita di dunia dan akhirat daripadaNYA........

Amiin......

Wednesday, January 19, 2011

"Jari kreatif anak siam dan pergelangan tangan yang putus???....."

Ingatkan dah selesai sesi "brainstorming" di Koh Samui dah
tak ada lagi sesi "brainstorming" waktu yang terdekat, tapi
nama naik lagi.....

Hari ini, bertempat di Carcosa Seri Negara, saya dan
beberapa staf Media Prima menghadiri sesi perbincangan
yang ada kaitan dengan cara menangani masalah berkaitan
remaja, kemiskinan,jenayah, pengangkutan awam dan
beberapa topik lain.....

Tapi "brainstorming" hari ini terus fokus kepada
perbincangan, jadi tak adalah sukaneka atau pakaian
beragam....

Kita tinggal saja kisah "brainstorming" dan entri saya nak
sentuh hari ini ada sikit lagi bingkisan dari Koh Samui.

Ada rakan bertanya saya boneka tangan yang putus tu
macamana rupanya?

Peringatan kepada yang melihat......jangan terperanjat ya.....

Ada saya letakkan photo di bawah sekali entri ini....

Ok, rata rata kalau dah ke luar negara pasti akan membeli
cenderamata untuk keluarga mahupun sahabat handai.

Geng geng saya yang ke Samui pun tak kecuali.

Pelbagai sentuhan kreatif masyarakat tempatan dijual
dengan harga berpatutan......

Memanglah mereka letak harga yang agak tinggi, tapi
pembeli perlu bijak tawar menawar hingga setengah
daripada harga asal.

Antara yang menjadi pilihan rakan rakan saya adalah
kraftangan bunga yang diperbuat daripada sabun.


Saiz kecil yang sering menjadi pilihan....

Sabun yang telah diukir tapi belum diwarnakan...

Bagi sesiapa yang pernah bercuti di Thailand, pasti biasa 
melihat kraftangan seperti photo di atas.

Saya dimaklumkan kanak kanak berumur 7 tahun telah
diajar untuk menghasilkan cenderamata terbabit.

Secara tidak langsung ia dapat membantu menambahkan
pendapatan sampingan keluarga mereka.....

Hendak seribu daya, tak hendak seribu dalih.....apapun
ibubapa tidak boleh mengabaikan pendidikan anak anak
mahupun masa depan mereka......

Bukan saja di Thailand, di mana sekali pun penggunaan
tenaga kanak kanak jangan disalah gunakan... 

======================================

Ok dah bersedia nak tenguk pergelangan tangan 
ditetak lanun......yang menarik perhatian juri malam
terakhir di Samui untuk memilih lanun Chik Inn sebagai
pemenang......

======================================




Nampak macam betul tapi gimik aja tau......
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...