Ads by nuffnang

Monday, January 10, 2011

'Penolong Penerbit saya hampir lemas di Sungai Kiulu....."

Hari terakhir tugasan di Bumi Sabah Negeri Di Bawah Bayu....

Masih menyambung penggambaran dengan Abg Mus dan pagi ini kami di bawa ke Kiulu di mana sukan "white water rafting"  antara tarikan di sini.

Saya pernah menulis dalam entri terdahulu mengenai sukan lasak ini yang dilakukan kira kira 10 tahun lalu dan kini kembali lagi atas tuntutan tugasan.

"White Waterrafting" di sini di tahap peringkat 1 dan 2 sahaja, kerana kederasan airnya tidak begitu deras di banding dengan di Sungai Padas di daerah Tenom.

Sesuailah bagi yang pertama kali mencuba seperti Penolong Penerbit saya Fieza.

Dia begitu teruja untuk mencuba dan sungguhpun air sungai ini tidak deras, setiap peserta perlu berhati hati dan jangan mudah panik.

Di satu peringkat ketika terlanggar batuan yang besar, bot getah kami hampir terbalik, tetapi dapat di kawal dengan baik, namun nasib tidak menyebelahi Fieza, dia tercampak dari bot.

Saya terus menjerit supaya Fieza segera di selamatkan......

Abg Mus terus terjun dan menarik Fieza berhampiran bot getah kami, dan menaikan Fieza ke bot.

Fieza kelihatan panik, tapi seketika sahaja.....dah sampai darat, bila preview beberapa visual, terutama insiden Fieza, ia mencuit hati 

Bagi Abg Mus mahupun pengendali bot getah(giude) untuk sukan lasak ini, perkara seumpama tidak asing bagi mereka, yang penting kita jangan panik.

Aktiviti yang mengambil masa kurang daripada 1 jam ini berakhir di "base camp" dengan makan tengahari.

Ketika makan dan berbual di antara krew dan Mus, saya memberitahu yang 10 tahun lalu ketika mencuba aktiviti yang sama, saya di"guide" pemuda bernama Octavius dan rupanya Octavius adalah adik Mus.......

Kemudian Mus membawa saya berjumpa adiknya di Wisma Sabah dan kami dok mengingati kisah lama.

Bukanlah saya nak promote aktiviti ini, tapi ia satu riadah yang baik dan bagi sesiapa yang ke Sabah, kalau ada kelapangan waktu bolehlah mencuba dan membuat tempahan awal dengan syarikat Octavius iaitu RIVERBUG......

Pakej harganya berpatutan.....

Hah tenguklah photo photo di bawah ini........


Mendengar penerangan daripada "guide"



Standby untuk memulakan xpdc......


Berehat sebentar selepas 20 minit mendayung...





Saat saat mencabar.....



Macamana.....ada sesiapa yang ingin mencuba?

12 comments:

  1. nak cuba!!!
    lasak & best..
    tak pernah cuba sebelum ni pun.huhu

    ReplyDelete
  2. Best nyer Chik Inn, Sabah sungai dia memang sangat mencabar. Air deras. Kesian Fieza, nasib baik tak ada apa-apa. Tak trauma ker dia ... hehehehe

    ReplyDelete
  3. waaa..betnya dapat peluang cmni..
    nabil teringin jugak nak main..
    tapi masih tak berpeluang..huh

    ReplyDelete
  4. Salam,
    Tak tahu berenang....nak cuba gak tapi risau bila tak tau berenang

    ReplyDelete
  5. Mana gambar lemas tu.. I dah tak leh nak wat benda2 ni.. Rasa takut lak...Dah tua kot

    ReplyDelete
  6. semua mnyeronokan...tpi yg kasianya si pot pet tu...

    ReplyDelete
  7. salam ziarah...
    xtvt lasak ni memang akak akan cuba kalau masa sihat dulu.. sekarang, banyak nak pikir...
    enjoy kan..

    ReplyDelete
  8. aktiviti lasak apalagi melibatkan air mmg menjadi fobia pada ana

    syabas cik inn, anda memang serba boleh

    ReplyDelete
  9. tak berani xtvt camni, trauma dengan air, rasa nak lemas saja

    Cik Inn memang best, semua dicuba

    ReplyDelete
  10. Kesian Cik Fiezah...nasib baik ok je..

    ReplyDelete
  11. kak pah tak beranilah cik inn oiii..kalau jatuh dlm air..susah org nak selamatkan sebab "berat" heee...lagipun dah lebih umur..tak sesuai dah benda2 cam tu...biar org muda je lah...kan...

    ReplyDelete
  12. Anisa,,
    Kena cuba....best tau...

    My Life My World,
    Fiza trauma dan panik seketika, lepas tu dia ok...

    Nabil,
    Awak pun perlu cuba....you will enjoy it...

    Salam Ibu dan Abah..
    Memang faktor kesihatan membataskan kita untuk xtvt lasak...tapi kalau berkesempatan boleh cuba juga...

    Ana dan Ibu Intan,
    Jangan risau, orang tak boleh berenang juga boleh mencuba.....pihak RIVERBUG sentiasa mengawasi dan cekap...

    bjay69,
    Fieza memang kuat semangat....

    Kak Pah,
    Fieza juga besar orangnya, tapi phak RIVERBUG dah biasa, lagipun di Sungai Kiulu tak sederas Sungai Padas...

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...