Berasal dari Penang, beliau berhijrah ke bumi Maori sejak tahun 2001 setelah mendirikan rumahtangga dengan seorang warga Kiwi, Richard John Gillespie, atau nama Islamnya Adam Abdullah.
Pinggir Christchurch |
Di New Zealand, pada mulanya, beliau bertugas sebagai pengurus jualan bahagian pengiklanan di sebuah syarikat penerbitan akhbar di ibu kota Auckland .
Beberapa tahun kemudian, beliau mengambil keputusan berhenti kerja dan berpindah ke bandar Christchurch kerana mengikut suami.
Selepas suaminya dijemput Illahi pada tahun 2006, Sabidah berusaha mencari pekerjaan untuk menyara hidupnya tetapi gagal.
Sabidah dan Phil memeriksa tahap kesihatan ibu Biri Biri yang baru beranak |
Dengan kerjasama seorang rakan Phil Stewart yang berpengalaman dalam bidang penternakan, Sabidah memulakan perniagaan ternakan kambing biri-biri.
Setelah 10 bulan menguruskan perternakan, bilangan ternakannya sudah melebihi 250 ekor kambing dewasa dan lebih 50 ekor anak kambing biri-biri jenis Merino .
Norlizah, Sabidah dan Jebat mengabadikan photo bersama anak Biri Biri baru lahir |
“I chose this faming ternak kambing, boleh jual bulu kambing, gemukkan kambing dan jual daging. Kita cuba jual sebagai halal daging”, Sabidah menambah.
Kesukaran mendapat bekalan makanan mentah yang halal antara faktor utama yang mendorong Sabidah menceburi bidang ini.
Timang tinggi tinggi, sampai pucuk atap..... |
Walaupun tiada pengalaman dan pengetahuan dalam bidang ternakan, beliau yakin perniagaannya pasti mencapai kejayaan jika berusaha bersungguh-sungguh.
“Still learning, masih belajar especially office work. Now I datang ke ladang buat kerja. Learning a lot. Phil, my partner is teaching me a lot, cara kambing beranak, winter rumput frost alihkan mereka, cari rumput untuk makan. Hope business berkembang, nanti orang Malaysia nak daging halal, boleh bincang, boleh ternak di sini dan hantar ke Malaysia .”
Sesi temuramah dengan Sabidah |
Namanya mula dikenali sebagai pembekal kambing biri-biri untuk pasaran tempatan di Christchurch.
Rehat seketika menikmati donut dan kopi panas... |
Walaupun sibuk, ibu kepada sepasang anak remaja ini, amat aktif dalam persatuan-persatuan tempatan.
“Sebagai chairman Shakty Ethnic womens group, dimana wanita2 etnik involved in domestic violence, selamatkan depa daripada suami depa kena pukul, kena tipu. Kami tolong bagi tempat tinggal, ajar bahasa inggeris, cari rumah cari kerja. Bila dah berdikari lepaskan mereka.”
Sambutan Kemerdekaan Malaysia ke 50 tahun |
Selain itu, Sabidah juga aktif dalam Persatuan Malaysia Canterbury, sebuah persatuan yang menjadi wadah untuk anak-anak Malaysia pelbagai bangsa berkumpul dan mengeratkan silaturahim, seperti mengadakan sambutan Tahun Baru Cina, Hari Raya Aidil Fitri dan Kemerdekaan Malaysia.
Tumpang tram nak balik Sri Pentas..... |
Walau jauh di perantauan, Sabidah sentiasa terkenangkan tanah air yang tersayang.
Bak kata pepatah, tempat jatuh lagi di kenang ni kan pulak kampung halaman.....
Norlizah cuba menghubungi Sabidah beberapa kali, tetapi gagal berkemungkinan telah bertukar nombor.
Motel tempat kami menginap |
Semoga penternakan biri-biri Sabidah bertambah maju dan teruskan usaha membantu golongan yang menjadi mangsa keadaan akibat masalah rumahtangga terutama penduduk pribumi Negara Kiwi itu....
wow..menariknya! mendapat rezeki melalui hasil menternak biri biri..
ReplyDeletebestnye kak mazlin dpt pergi banyak tempat2 menarik
(:
Nisa,
ReplyDeleteKadangkala, tugas saya menuntut untuk ke luar negara, justeru syukur dan Alhamdulilah, jauh perjalanan, luaslah pandangan dan pengalaman.
Dan rezeki yang ditaburkan Illahi memang banyak, kita harus berusaha untuk mendapatkannya...
tiba2 rasa touching sambil baca entry dan dengar lagu kat sini..
ReplyDeleterezeki ada dimana2 saja..
selagi niat kita betul, kita berusaha mendpatkannya, insyAllah Allah permudahkan..
terharu sebab ada org seperti Kak Sabidah yang masih ambil berat tentang keadaan org islam di sana..
saya pon teringin nak jadi usahawan kambing gak la..Kak sabidah dah ade pekerja belum? hehehe
Nabil,
ReplyDeleteSelesaikan dulu pengajian awak dalam kejuruteraan tu, bila dah dapat segulung ijazah, baru boleh fikirkan kerjaya dalam bidang yang awak ambil dan waktu yang sama parttime ternak Biri Biri ke, sembelih biri biri ke. Kat sana kalau kerja parttime sembelih lembu atau biri biri gaji lumayan tau...
contohi kak sabidah yg niat baik nak membekal sumber daging halal..semoga berjaya mengharum nama negara Malaysia kat sana...
ReplyDeletekak lin...best r keje cam ni..nak jd cam ni gak r...hehee
bagus niatnya, sambil berniaga dan mencari rezeki memudahkan masyarakt Islam mendapatkan daging halal
ReplyDeletesemoga pn sabidah teurs berjaya dalam bisnesnya
Bestnya. The pics semua nampak fresh. Belum sempat nak betul2 mentela'ah yr n3..Nnt ada masa banyak i nak baca bebetul.
ReplyDeletesalam..
ReplyDeletekak sabidah dah balik malaysia kan? dia ada call i beberapa bulan lepas and she was planning to develop some land in penang, and was asking me to find some land for her here in penang.
Dulu masa mula2 kak sab dtg christchurch, i was the first malay yg dia jumpa kat sana.. so mmg agak rapat dgn dia.. masa pak adam meninggal i was still in christchurch.. i balik malaysia on 2008.. tp still ada contact kak sab..
if u nak no fon dia boleh contact me at azidah@usm.my
salam cik inn
ReplyDeletebiri-biri sgt comel
Mel,
ReplyDeleteOoo dia dah balik sini,tu Norlizah cuba hubungi dia beberapa kali tak dapat, ok nanti you beri no dia pada I ya...Thanks for the latest info, I tanya Nikky (nik norma), dia pun tak sure...
Yan,
Take ur time utk membaca entri saya....Anyway terima kasih sudi baca catatan pengalaman saya..
PeriPia,
Anak biri biri memang comel, macam anak kucing tapi dah jadi emak dan bapak biri biri, hilang cunnya....
habis belajar dalam bulan 4 ni...ingat nak try tv3...hehehe..
ReplyDeletepart time biri2?? mungkin kena pikir masak2..huhu
Hebat nye
ReplyDeleteassalam puan. macamana saya nak berhubung dgn sabidah Abu Bakar di New Zealand bagi tujuan stock bebiri di sana.
ReplyDelete