Ads by nuffnang

Thursday, January 20, 2011

"UMUR MAKIN MENINGKAT, AMALAN BAGAIMANA.....?

Alhamdulillah, esok 21 Januari 2011, bertambah setahun lagi
umur saya......

Sejak sehari dua ni , banyak juga ucapan "in advance" yang
saya terima melalui sms mahupun FB.

Terima kasih kepada rakan rakan yang mengingati tarikh
bersejarah catatan kanvas kehidupan insan yang bernama
MAZLIN aka CHIK INN.......

Selasa lepas (18 Januari) saya ada penggambaran
program baru 'HOME IDEAS' untuk siaran TV3 yang bakal
ke udara awal bulan April nanti.


Nantikan kemunculan kembali Norazlina Redzuan di TV3.....




Dan pengacaranya tidak lain tidak bukan, pengacara
kesayangan dan kegemaran saya ALIN alaa tak kan tak
kenal Norazlina Redzuan....(Datin Norazlina)...  

Hafal skrip tu.....


Pengambaran di kediaman mewahnya mengambil
masa hampir sehari.....

Selesai penggambaran hampir pukul 5.15 petang, tetiba dia
buat "suprise" pada saya dengan menyediakan kek hari jadi
untuk saya.....


Nak tengok kamera mana ni????
Selamat panjang umur.....

Sedap betul kek yang disediakan.....

Alin ...selamat datang ke 4 series.......

Alin, pengacara, penolong penerbit, sahabat, adik kepada
saya.....suka dengan elemen yang mengejutkan.....

Kira kira 3 tahun, saya menjadi Penerbit Majalah 3
dari tahun 1999 hingga 2002 dan dia sebagai pengacara,
persahabatan kami bertambah rapat lebih lagi kami sering
keluar tugasan bersama.......

Memang banyak kisah yang berlaku akan dikongsikan
kepada rakan rakan dalam entri akan datang, antaranya
di India ketika ingin menemuramah Shah Rukh Khan,
di Thailand kereta pacuan 4 roda yang kami naiki hampir
meletup, pesawat tidak boleh mendarat di Mulu, Sarawak
dan banyak lagi........tengah cari photo photo dulu.....

Pada hari jadi saya tahun 2000, kalau tak silap, Alin sanggup
datang ke rumah saya di tengah malam membuat kejutan,
bertujuan untuk membawa kek dan hadiah harijadi.....

Itulah NorAzlina Redzuan, begitu menjaga erat erti
persahabatan dengan rakan rakannya.....

Kebetulan harijadi Alin pada 15 Januari lalu, jadi saya
mencadangkan kami potong kek bersama.....

Sungguhpun hanya dihadiri krew yang terdiri daripada
Liza selaku penerbit, Rohaizat- jurukamera, Siva - juruteknik
dan seorang pelatih IKBN, saya sungguh terharu dengan
ingatan sahabat karib dan adik saya yang nakal tu....

Alin....Alin.....



Terima kasih banyak sis......"Love you forever......."

Berbalik kepada peningkatan umur, bertambah usia kita,
maka bermakna makin dekat lagi kita kepada
Yang Maha Pencipta.......

Jika cukup masa ajal menjengah, umur bukan ukuran,
tetapi peningkatan umur adalah tanda tanda  awal "rumah
kata pergi......kubur kata mari...." lebih lagi saya pun
dah masuk 4 series......



Justeru ingatan kepada saya sendiri mahupun rakan rakan,
tingkatkan amalan kita dan sentiasa memohon dilindungi
dan diberkati hidup kita di dunia dan akhirat daripadaNYA........

Amiin......

20 comments:

  1. salam..selamat hari jadi..moga di murahkan rezeki dan dipanjangkan umur

    ReplyDelete
  2. Ameennn.....semoga Allah memberikan segala keberkatan sepanjang hidup Chik Inn, dunia dan akhirat. Selamat menempuh pertambahan usia yang bermakna,kita menjadi semakin dekat dan hampir kepadanya. Pertambahan usia bermakna usia hidup kita semakin pendek. Sampaikan salam saya pada Datin Alin yea....kawan yang baik.....

    ReplyDelete
  3. kak mazlin
    selamat hari lahir.
    semoga panjang umur,murah rezeki & sihat tubuh..

    ReplyDelete
  4. salam..

    cik Mazlin..selamat hari jadi semoga Allah panjangkan umur, murahkan rezeki & kurniakan kesihatan yang baik.. aminn ya rabbal alamin...

    ReplyDelete
  5. selamat harijadi.. semoga pjg umur dan murah rezeki.. amin

    ReplyDelete
  6. Salam Cik Inn....

    Happy Birthday to you! :)

    ReplyDelete
  7. selamat hari lahir buat kak maz
    semoga panjang umur murah rezeki dan sentiasa di rahmatiNya yang Esa....

    ReplyDelete
  8. happy birthday Cik Inn, semoga kehidupan hari ini lebih baik dari semalam...dan semoga sentiasa dilindungiNya, dirahmatiNya dan diberkati tiap urusan kehidupan oleh Nya, amin

    ReplyDelete
  9. Aslmlkm Cik Lin..selamat hari jadi didoakan cik lin panjang umur,dimurahkan rezeki, diberikan olehNya kesiharan yg baik dan diberkati olehNya.
    Makcik menunggu rancangan baru tu mesti tentang menghias rumah ni..wow mesti memikat nanti.
    bertuah cik lin mendapat seorang sahabat yg mengingati kita masa senang n susah..itulah sahabat sejati..

    ReplyDelete
  10. salam
    selamat hari lahir...semoga apa yg dibuat,diberkati NYA

    ReplyDelete
  11. Salam. Selamat Hari Lahir Chik Inn.Boleh tahu yang ke berapa?

    ReplyDelete
  12. Selamat Hari Ulangtahun Kelahiran Chik Inn. Semoga rahmat dan kasih Ilahi sentiasa bersamamu. Amin. :)

    ReplyDelete
  13. selamat hari lahir Chik Inn... moga sentiasa dilindungi, dirahmati dan diberkatiNya serta sihat selalu... amin...

    ReplyDelete
  14. Salam Mazlin,

    welcome to the club.. Bukan 4 series lah dear.. 40 carats.. Baru best.

    ReplyDelete
  15. Happy birthday Kak Lin,

    Hmmm..tiba2 sy teringat kali pertama jumpa Kak Lin dulu pun ,Alin pun ada jugak!And dia masih cute.

    Kak Lin pun cute jugak.

    Take care ya.

    ReplyDelete
  16. Selamat Ulang Tahun Cik Inn..!

    takpelah..ape ada pada angka tu..
    yg pastinya.. kita makin menuju ke hadapan.. semakin matang mengharungi hidup ini...

    semoga diberkati selalu ye...aminn!!

    ReplyDelete
  17. selamat ulangtahun kak...

    terharunya dpt sahabat mcm ALin ni.. suka la tgk dia.. make up nipis tp tetap comel...

    ReplyDelete
  18. selamat hari lahir kak lin...
    moga akak diberkati, dilindungi dan dirahmati Allah sentiasa....
    sentiasa sihat dan makin murah rezeki akak....

    ReplyDelete
  19. semoga panjang usia dan dimurahkan rezki. dah sama-sama masuk 40 'karat' ni, makin banyak nak dicurahkan dan untuk dikongsi bersama. syabas, blog ini begitu byk memberikan maklumat dan behind the scene yg tersimpan sekian lama...!! teruskan perjuangan. nanti jumpa, sure aku belanja nanti!

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...