Ads by nuffnang

Tuesday, January 18, 2011

"LANUN MALAYA MENYERANG KOH SAMUI......"

Menyambung entri semalam......

Hari ketiga selepas selesai segala idea untuk produksi
Ramadan dan Syawal tahun ini, acara yang dinanti dan
dijanjikan hadiah menarik adalah sukaneka......

Dibahagian kepada 4 kumpulan iaitu kumpulan A, B, C dan D
setiap kumpulan perlu mempunyai nama tersendiri maka
kumpulan kami bersepakat menamakan  kumpulan Penjual
DVD Cetak Rompak kira macam LANUN  lah juga.......

Permainan pertama seperti bolajaring di mana 7 peserta
setiap kumpulan yang perlu memasukan bolake dalam bakul.

Hah saya jadi pemegang bakul jadi bila kengkawan baling
kita pastikan masuk ke dalam bakul.....





Permainan kedua paling mudah di mana ahli kumpulan ditutup
mata dan perlu mengesan suara seorang rakan dan masuk ke dalam"rumah" yang dialihkan kedudukan asalnya....

Tutup mata tu betul betul....



Permainan ketiga macam bolatampar tapi menggunakan bola
berisi air.....memang kelakar kerana pihak lawan yang "terror"
bila baling kuat belon akan pecah dan kita akan basah....



Belon berisi air ditatang dengan berhati hati 




Yang paling mencabar jiwa dan raga adalah tarik tali dalam air.....

MasyaAllah.......tengoklah aksi di bawah ini.....

Satu...dua.. tarik....








Tatkala senja melabuhkan tirai malam.....suasana di Impiana
Resort and Spa Samui telah berubah wajah....

Di tepi pantai di mana sukaneka dilangsungkan telah berubah
menjadi lokasi "BBQ Seafood Dinner" dan lokasi Lanun
Malaya menyerang.........



Bertemakan LANUN, setiap peserta "brainstorming" perlu
memakai apa apa yang ada kaitan dengan lanun dan turut
diadakan pakaian Lanun terbaik lelaki dan wanita......



Aksi beberapa peserta dengan pakaian lanun




Masing masing menunjukkan kreativiti dan idea tersendiri,
ada yang menyewa dan ada yang membeli pakaian yang
ala ala ada bertemakan LANUN.....

Saya pun tak terkecuali.......dengan gaya berjalan terdengkot
dengkot memakai tongkat, membawa teropong dan boneka
tangan manusia yang telah dikerat .....  

Acara malam yang penuh dengan hidangan makanan laut
yang menjilat jari, diselangselikan dengan cabutan bertuah,
pemberian hadiah sukaneka dan hiburan oleh anak seni
tempatan.

Alhamdulillah, nama saya terpilih memenangi cabutan
bertuah voucher Jaya Jusco bernilai RM100 dan dua acara
sukaneka dimenangi kumpulam saya maka tambah RM100
lagi rezeki saya malam tu......




Acara kemuncak pengumuman pemenang Pakaian Lanun
Lelaki dan Wanita......dan pememangnya adalah........

Lanun bernama.....Chik Inn........

Alhamdulillah syukur kehadrat Illahi....saya memenangi
RM 200 voucher Jaya Jusco ......Semuanya saya dapat
voucher berjumlah RM 400......




Kesian.... lanun  kena tinggal kapal


Keesokan harinya Bos Besar BMG(Brand Management Group)
Kak Nurul tanya mana saya dapat baju lanun yang
dimenangi semalam, jawapan saya,

"Jubah hitam dan tongkat masa tugasan Jejak Rasul Srikandi,
seluar biru adalah pyjamas tidur, vest belang dan t'shirt memang
biasa pakai, teropong buat dengan potong botol mineral, cangkuk
dan tangan dipotong masa tugasan misteri nusantara dulu". 

Kak Nurul menggeleng kepala dan tersenyum mendengar
penjelasan saya.

Berada 4 hari di Koh Samui sungguhpun, jadual agak padat,
tapi kami "enjoy"....

Terima Kasih kepada rakan rakan penganjur Haji Muhammad,
Chai Yin, Zaida junior yang banyak mulut, Shafiq, Sherina dan 
tentu sekali Kak Nurul Aini.....

Balik di Sri Pentas bermulalah pembahagian krew produksi
untuk program yang telah dibincangkan.....

Kak Nurul yang memakai baju biru

Judy Mohktar orang kuat Impiana Resort dan pembantunya



Jumpa lagi Koh Samui.......

10 comments:

  1. waaa..menang tu..tahniah..sungguh kreatif la kak inn..hehe..daripada pelbagai sumber kot baju tu..huhu

    ReplyDelete
  2. wah wah
    bestnya aktiviti pantai..
    ohoo,ni lah yang dimaksudkan lanun koh samui..
    ingatkan apee
    heee
    tp sangat menarik
    (:

    ReplyDelete
  3. memang macam lanun yang real la.... hahaha chik inn memang kretif

    ReplyDelete
  4. kreatif kreatif, tak perlu belanja besar, semua guna kembali ;)

    aktiviti pantai tuh bestttt, selalu sy main tarik tali atas padang je, blum pernah cuba dalam air. mesti lagi bestttt ;)

    ReplyDelete
  5. wahhh..lanun..! heheheh

    best ah dapat voucher..lepas gak beli barang2 keperluan tu..

    ReplyDelete
  6. wah... berbaloi-baloi dengan penat sukaneka dan idea lanun tu... wah chik Inn... bolehler bagi skit ek voucher tu... hehehe...

    ReplyDelete
  7. salam..memang nampak macam kapten lanun..taniah sapu voucher tu

    ReplyDelete
  8. perghhh...ingatkan lanun bertul menyerang, dah dok terbayang Chik Inn menggigil masa baca tajuk entri yang lepas..he he...tapi tengok ke gaya pakaian tu dah tau Chik Inn menang, sebab mmg kretip...tangan kudong tu yang hebat tuhh...tahniah,menang besar ye....

    ReplyDelete
  9. woww..best nyyerr dpat enjoy cam niiiii....

    hehee..sebijik cam lanun..hahaa

    ReplyDelete
  10. Nabil,
    Kena kreatif dan yang penting tak perlu keluarkan belanja banyak....

    Anisa,
    Lanun sebenar pun terkejut tenguk kami.....lebih terover daripada mereka....

    Ibuintan,
    Lanun tersesat sebenarnya saya ni....

    Cekkeya,
    Ia juga tarik tali pertama saya di dalam air....biasa di padang aja....

    Putubambu dan Eddie,
    Alhamdulillah, rezeki tahun baru....memang saya dimaklumkan paling banyak terima vocher....

    Aizamia3,
    InsyaAllah kalau terjumpa masa saya tengah shopping kat Jaya Jusco, bolehlah saya belanja...

    Cikgu Nurin,
    Bila dengar kengkawan lain ada yang sewa pakaian dan buat persiapan macam-macam,suspen juga mulanya...tapi perjuangan perlu diteruskan....

    Paraboloid,
    Dah 2 hari setengah memerah otak, bila ada aktiviti luar, memang bestlah....

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...