Ads by nuffnang

Friday, January 21, 2011

"4 series atau 40 carat.........."

Terima kasih kepada semua rakan rakan tidak kira di mana
saja berada yang terus menghantar mesej di telefon bimbit, 
FB, emel mahupun blog......sempena hari jadi saya yang ke ......

Seperti komen Yan, sebutan 40 carat lebih nampak klasik
daripada 4 series.....Mak Ngah tanya usia saya.....?
Baru 29 tahun .....(sekadar menyedapkan hati....)

Untuk membalas satu persatu ucapan yang diterima, memang
sukarlah mahu sampai esok tak sudah lagi.......
apa pun ribuan terima kasih atas mesej rakan rakan dan
ia juga bagai satu doa.......

Di pejabat juga tidak terkecuali dan selepas mesyuarat
produksi Jejak Rasul 17 petang tadi, saya ke tempat
duduk dan mendapati rakan lama saya Annahitah Hatihana,
menghadiahkan kek dari Secret Recipe....

Baru nak kemaskan kotak kek dan fail atas meja, saya
dikejutkan dengan nyanyian lagu hari jadi dari Liza Yusof,
Ani Tahir dan Zahir Ramli dengan membawa kek dari
Secret Recipe juga......

Rakan rakan saya memang suka buat kejutan....

Saya pun meminta Liza membuat kotak kek pemberian
Annahitah dan kebetulan kedua dua kek jenis yang sama..




MasyaAllah.......

Liza memotong kek tersebut dan kami berikan kepada rakan
rakan untuk merasa seorang sedikit....

Bersama Liza

Krew Rona Irama Rentak Kehidupan terdiri dari Ajieb
dan Fieza tidak terkecuali memberi hadiah harijadi....


Terima kasih Ajieb dan Fieza....

"Coklat Chik Inn jangan makan tau, beri kat orang lain",
Fieza mengingatkan saya dan memang saya patut kurang
makan makanan manis....tapi dia dah beli makanlah sikit,
orang kata buat ubat.....?????



Terima kasih sekali lagi rakan rakan.

Saya mendoakan kesejahteraan kita bersama agar
sentiasa mendapat keberkatan dan dalam peliharaan 
daripada Allah Yang Maha Esa ... 


Secebis renungan :-

"Kita tidak akan tahu siapa sahabat sebenar kita,
  sehinggalah kita mengalami kesusahan dan
  memerlukan pertolongan......"


12 comments:

  1. Wahhh...sedapnye kek kek tu...kebetulan sama pulak ye...dapatlah merasa semuanya...bagusnya kawan kawan Chik Inn...

    "Kita tidak akan tahu siapa sahabat sebenar kita, sehinggalah kita mengalami kesusahan dan
    memerlukan pertolongan......"

    Dan mahu menambah sikit. "Kita tidak tahu yang kita mempunyai sesuatu sehinggalah kita kehilangannya...."

    Selamat myenyambut 40 Carat Club...he he..sama la kita....

    ReplyDelete
  2. happy besday Chik Inn... kita doakan yang terbaik segalanya untuk Chik Inn di dunia dan akhirat. Amin.

    ReplyDelete
  3. Assalamualaikum. Happy Birthday Chik Inn. Tak kisahlah yang ke berapa asalkan Allah kurniakan Chik Inn dengan badan yang sentiasa sihat, fikiran yang kreatif dan tajam, jodoh yang baik dan semestinya rahmat dan berkat-Nya.

    ReplyDelete
  4. wah bestnya dpt kek..sekali dua ya...

    hantar la sikit kat sini..

    ReplyDelete
  5. happeningnyaaa...
    semoga ceria selalu yer kak mazlin..
    kek tu cam sedap jee
    heee

    ReplyDelete
  6. seronoknya penuh dengan keceriaan, penuh dengan kejutan... ;p

    ReplyDelete
  7. dah masuk kelab 40 yaaa...hmmm..lambat lagi nak pencen!!!!

    ReplyDelete
  8. Naklah etek kek dan coklat tu............emmm emm emm....terliur meleleh..

    ReplyDelete
  9. happy birthday! bestnya dapat kwn2 buat surprise...
    semoga Allah berkati hidup akak.

    ReplyDelete
  10. Salam.. Selamat Hari Lahir buat Kak Mazlin. Semoga sentiasa beroleh rahmat dariNya dan beroleh kebahagiaan di dunia & akhirat..

    ReplyDelete
  11. Seronok kan bila dapat wish dr kengkawan dan org tersayang. Yang penting ucapan. Hadiah lain cerita.tp kalau dapat pun best gak kan..hee

    ReplyDelete
  12. KO MEMANG SUKA PERHATIAN.

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...