Pagi ini kami mengikut Sandra membawa pelancong pasangan dari Sarawak dan Scotland ke Pulau Manukan dan Pulau Manutik untuk "snorkelling" di tepian pantai.
Daripada pemerhatian saya bukan mudah bekerja sebagai pemandu pelancong seperti Sandra.
Di pintu masuk Pulau Mamutik |
Perlu banyak bersabar dengan kerenah pelancong, kalau bawa budak sekolah kerenah hanya kenakalan budak budak yang degil untuk memakai jaket keselamatn tetapi pelancong yang datang dari pelbagai negara dan budaya kekadang tidak boleh bertolak ansur....
Kejernihan air di Pulau Mamutik....jelas kelihatan sekumpulan ikan di tepi gigi air |
Pulau Mamutik sentiasa menggamit pengunjungnya.... |
Ada juga yang menaiki bot satu kumpulan, bila masa nak hantar balik ke Jeti Jesselton, seorang pelancong lain ingin menumpang balik, mereka tidak membernarkan menaiki bot bersama.
Justeru Sandra perlu berurusan dengan geng pemandu pelancong
lain untuk menumpang ke bot mereka.....
Rambut sama hitam tapi hati lain lain....tapi pelancong kat sini rambut pelbagai warnalah......
Oklah kita tinggalkan kisah Sandra seketika....
Dah lebih setengah hari di Pulau Mamutik, kembali ke Jeti Jesselton untuk penggambaran seterusnya.....
Dah tu hujan pulak...jadi kami dok berbincang untuk penggambaran esok dengan satu lagi "subjek" Mustapha, jurulatih menyelam, pelukis jalanan dan pengusaha "riverrafting" di Sungai Kiulu.
Huh...nampaknya Isnin ni saya akan mencuba lagilah "riverrafting" yang pernah saya cuba beberapa tahun dulu.....
Sebelah malam, ayah Sandra mengajak krew makan malam di Pasar Malam Timbuk (bahasa tempatan, kita sebut tembok) tidak jauh dari Pasar Filipina....
Nama aja "pasar malam"bukan yang jual baju tapi gerai makan tau...
Huh muka dah macam udang panggang, maka antara menu utama malam kami adalah udang bakar, ikan bakar, sotong bakar dan pelbagai lagi....
Memang sedap bah.....
Pilih jangan tak pilih..... |
waahh..bestnya banyak makanan..puas hati kalau dpt makan & rasa semua...
ReplyDeleteAnisa,
ReplyDeleteHilang rasa penat dan perit kulit dimamah mentari bila dapat makan makanan laut yang segar dan semestinya sedap bahhh.......
wow..best nye kalo makn2 niii...
ReplyDeletebest kalo buleh gi melancong cam ni..lupakan seketika urusan lain dan merasai keindahan alam...jernihnya air kat sini...bahgia jer ikan2 kat sini...
best2~
ReplyDeletesy x prnh smpai lg borneo...
Akhirnya pagi ni baru laaa dapat meninjau dan menjenguk blog ni. Dari hari ke hari memang tak berkesempatan. Jadi lekalah pulak ni... diam tak diam dah dua jam dok baca pengalaman berharga Chik Inn ni. Yang saya "tersentuh" kisah 50 sen tu dan kisah-kisah Bersamamu yg lain.... Terkenang... Teruskan berkongsi pengalamanmu itu bersama kami...
ReplyDeletecantiknya Pulau tu, jernih sungguh airnya
ReplyDeletesebab muka pun dah hampir terbakar, maka makanannya yang dibakar2 juga lah ye, nampak pun dah best
pic view yang cantik pon boleh kalah if tengok pic makanan :). harga makan / barang kat sabah mahal or lagi murah dari kita kat semenanjung ?
ReplyDeletesalam singgah :)
sedapnya..dah lama tak pergi pulau...huuuuu
ReplyDeleteassalamualaikum Chik Inn
ReplyDeletesubhanallah cantiknya kat sana.
tugas pemnadu pelancong mmg mencabar kan, Chik Inn
rindulah nak snorkling bila baca entry Chik Inn ni.
tang makanan tu buat perut ku keriut keriut berbunyi mintak di isi dengan hidangan tu jugak...aghhhh
ReplyDeleteCik Innn... awat tak bawak balik sikit ikan ikan tu... kasi jamu kat opis... kempunan nengok...
ReplyDelete