Perjalanan ke sana, Alhamdulillah ok, bila dah sampai di Taman Kinabalu, dah mula rintik rintik.
Cuaca kurang baik justeru tak berapa jelas kelihatan puncak Kinabalu |
Hujan dan keadaan sekeliling memanglah sejuk..... |
Berikutan Penolong Penerbit saya, Fieza tidak pernah menjejakkan kaki di Taman Kinabalu dan ada sedikit lagi penggambaran yang membabitkan Sandra, maka kami pun mendaki lah perlahan lahan tapi sampai ke pondok rehat pertama sahaja iaitu Pondok Kandis.
Laluan untuk mendaki Gunung Kinabalu |
Bagi saya kira kira 150 meter saja untuk sampai ke Pondok Kandis, saya dah dok lepak menunggu berikutan beberapa bulan lepas saya baru suntik "gel" di lutut, jadi tak bolehlah lasak sangat.
Nasib baiklah bila sampai semula di tempat permulaan iaitu di Timpohon, hujan mula lebat.
Krew sampai di Pondok Kandis keletihan..... |
Fieza dan Sandra |
Kami pun ke Kundasang untuk makan tengahari kul 2.30 petang.
MasyaAllah, terkejut saya dok tenguk keadaan sekarang di sekitar Kundasang.
Naik taraf jalan, awan menutup Gunung Kinabalu. Inilah kawasan asal gerai buah dan sayur sayuran |
Tahun lepas saya ke Sabah lebih kepada lokasi di sebelah Keningau, Beaufort dan Kuala Penyu, tak limpas (bahasa dialek tempatan, bahasa melayunya "lalu")di bahagian sebelah Kundasang.
Gerai buah dan sayur di lokasi baru |
2010, pasti biasa dengan gerai yang menjual sayur-sayuran
dan buah buahan di tepi jalan berlatarbelakangnya
Gunung Kinabalu.....
Kini telah dipindahkan beberapa ratus meter daripada tempat
asal kerana ketika ini sedang dibuat naiktaraf jalanraya.
Kawasan di sekitar juga banyak pembinaan baru untuk rumah penginapan konsep "homestay" dan resort.
Memanglah satu langkah yang baik kepada sektor
pelancongan di Sabah juga menambahkan ekonomi
masyarakat tempatan.
Tapi janganlah terlalu mengejar pembangunan maka
keadaan di sekitar dijadikan mangsa....tinggalkan keadaan
semulajadi buat tatapan generasi mendatang.....
Sayangi dan hargailah alam semulajadi ciptaan Illahi.....
INSYALLAH akan datang akan ada satu lagi new resort akak dibangunkan di sini.. Belum penah jejak kan kaki ke sini. Hubby je. I takat KK..
ReplyDeletesayang sangat2 kalo kita korbankan alam ini...hutan dan seitarnya ambik masa agak lama utk jadi sempurna cam tu tapi kita buleh rosak kan semua dalam masa beberapa minit jer...ini untuk tatapan generasi akan datang..hargai lah...
ReplyDeletekak lin..kenapa suntikan gel kat lutut??
Kak Yan,
ReplyDeleteLain kali dah sampai KK terus aja ke Taman Kinabalu, dalam 2 jam aja bah...
Paraboloid,
Saya cucuk "gel" kerana masalah lutut..kecederaan tempurung lutut dan kurang "pelincir" tu kena cucuk kalau tidak rasa macam ketat bila turun naik tangga...
Mazlin. since u ckp dan i tgk u ada problem dgn knee tu. Akak nak tanya. Ok ke cucuk tu.. Akak ada problem tu gak.. Susah sangat nak jalan.. Rasa berat...
ReplyDeleteAs salam,
ReplyDeleteSaya baru 1st time jejak ke blog ini. Thanks to Abg Mazidul yang link kan blog Mazlin. Saya pernah pergi ke Kundasang, masa tu tak 2010, singgah beli buat2 yang ada kat gerai tu, dan paling best lepak kat kaki Nabalu, sejukkk.. =D
yours
SH
btul tu,terlalu mengejar pembangunan,takut takut nanti,tak ada apa yang tinggal untuk anak anak dan generasi akan datang...silap silap, pokok balak pun dia tak tau...yang ada cuma rumput je...itu pun dah tinggal sekangkang kera jer....
ReplyDeletegigih juga kak panjat gunung nih... huhuu
ReplyDeletekakyong pun suka follow rancangan RONA tv9... best...
Harap2 gerai baru nanti tidak merosakkan identiti Kundasang dan jangan pula bila jalan dah siap nanti mereka diketepikan.
ReplyDeleteSangat syiokkk bercuti di sana.
cantiknya pemandangan walaupun kabus tebal tak nampak gunung kinabalu...sayang kalau dimusnahkan segalanya demi mengejar pembangunan
ReplyDelete