Ads by nuffnang

Sunday, January 23, 2011

"Menguji bakat masing masing..."

Lazimnya kalau hari Ahad, di Sri Pentas, sunyi sepi kerana
kebanyakan warga kerja  Media Prima "off day" Sabtu dan
Ahad, kecuali yang memang dijadualkan kerja.

Saya pun "off day" semalam dan hari ini , tapi ke ofis juga
untuk buat suntingan visual ketika tugasan di Sabah untuk
program Rona siaran TV9.

Kalau datang Ahad, mesin suntingan tak ramai gunakan, jadi
bolehlah mengedit dengan damainya.....

Dalam kul 10.45 pagi saya sampai Sri Pentas, di depan pintu
masuk berhampiran pondok polis bantuan kami, penuh
dengan peserta yang ingin menyertai ujibakat Mentor.....



Naik ke tingkat satu, ofis PWS sekumpulan kanak-kanak di
temani ibubapa/penjaga menunggu giliran untuk ujibakat
rancangan kanak kanak pulak....

Hebat......Selamat Maju Jaya adik adik...apa pun pelajaran
mesti diutamakan ya....

Saya pun angkutlah beberapa Tape Digital untuk mengedit
dan ingatkan boleh mengedit dengan aman damai, tetapi
tidak berjaya.

Beberapa peserta "rehearsal" menyanyi di koridor di tempat
kami mengedit.

Telinga ini pun curi curi dengar jugalah, hari ini mentor yang
menjalankan ujibakat adalah Eddy KRU.....

Tak pa kita tingglkan kisah ujibakat.....hari ini rezeki saya
cukup baik....

Tengahari, Fieza penolong penerbit Rona, beri saya Nasi
Lemak Sambal Udang.

Lepas Maghrib, saya masih di ofis, anakbuah saya telefon 
memaklumkan jiran, sedekah Nasi Beryani Ayam....

Alhamdulillah.....

Nak balik rumah, tenguk atas meja saya terdapat satu kotak
ingatkan lepas hari jadi dah tak ada hadiah, rupanya ada lagi....

Zahir beri "soft toys" comel sangat dan coklat ......
terima kasih dik.....

Inilah mungkin dikatakan rezeki orang yang dah 40 carat +.....

11 comments:

  1. wah.. ini ujian yg x mungkin saya akan lepas.. hahha..

    ReplyDelete
  2. suka saya dgn Kak Lin punya term 40 karat..sy lagi setahun 6 bulan,cukup 40 karat..cakap ngan hubby nk 40 karat juga..

    Kak Lin,tdi tengok buletin utama,Haslinda Salleh dah jadi Ketua Umno di Labis..bagus ya..

    ReplyDelete
  3. rezeki dimana2...tak kira berapa carat pon...hehehe

    ReplyDelete
  4. Syukur Alhamdulillah, Allah kurniakan rezeki kadangkala tanpa kita duga dan pinta. :)

    ReplyDelete
  5. chik Inn
    moga rezeki sentiasa dimurahkan olehNya

    ReplyDelete
  6. Teringin nak bawak anak2 ke sini.. Susah ye Mazlin.

    ReplyDelete
  7. Aslmkm cik lim..itulah namanya murah rezeki dariNya..bila kita nuat baik pada orang sudah pasti orang akan ingat kepada kita..

    ReplyDelete
  8. Amin,amin...rezeki orang baik baik...sedapnya semua tu..kalau tak abis..meh sini sket...

    ReplyDelete
  9. rezeki... orang memberi kita menerima

    teringin juga nak bawa anak2 murid melawat Sri Pentas

    ReplyDelete
  10. Yusenze,
    Awak nak join ujibakat Mentor? Sabtu dan Ahad ni ada lagi kat Sri Pentas...

    Rose,
    Linda bakal YB tak lama lagi...Hidup Linda....

    Yan dan Ibuintan,
    Berminat nak ke Sri Pentas...boleh saja...tapi kena maklumkan awal....kalau kurang 5 org, saya boleh bawa, kalau ramai kena melalui Corp Comm...

    Nabil,
    40 carat....klasik....

    Cikgu Nurin,
    Semua habis begitu cepat sebab dah lapor .....

    Nik, Kak Cik dan Makcik,
    Orang berbudi, kita berbahasa, orang memberi kita merasa... Alhamdulillah...

    ReplyDelete
  11. ya Kak Lin..sokong Kak Lin,

    Bakal YB,Hidup Linda!(kalaulah dia baca ni,mesti dia cari sy)

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...