Hari ini hari pertama musim persekolahan di kebanyakan negeri di Semenanjung, manakala Pantai Timur dah bermula semalam....
Dan paling seronok bila melihat telatah dan aksi kanak-kanak memasuki tahun 1. Yang menangislah, yang relaklah, yang takutlah, yang terujalah.....
Daripada pengamatan saya, kanak kanak lelaki lazimnya lebih "buat hal" bila memasuki alam persekolahan, dibandingkan kanak kanak perempuan.
Alhamdulillah anak buah saya Syaqeil Batrish Kamal Baharein, ok aja tadi ditinggalkan dikelasnya oleh abang saya.
Dia tak buat perangai dibandingkan abangnya Syameil Batrish semasa memasuki tahun satu dulu.
Sekarang Syameil memang suka ke sekolah terutama sekali sebab boleh jumpa geng badmintonnya.....
Dah nama pun kanak kanak, biasalah kan......rakan rakan blogger yang berkerjaya sebagai guru pasti sudah sediamaklum.
Sukar untuk saya mengingati kembali zaman mula mula saya mempelajari abjad ABC, dah berpuluh tahun.....
Yang segar dalam ingatan, semasa menunggu keputusan STPM, saya dengan sukarela menemani anakbuah saya Mohd Izzat Mazlan ke tadika....
Ingatkan sekadar sehari dua menemaninya, tapi berakhir dengan lebih sebulan saya turut menjadi pelajar sekolah tadika....
Manakan tidak, kalau saya nak keluar kelasnya, mulalah dia menangis.....
Akhirnya, saya turut kembali belajar A B C dan 1 2 3 di bangku kecil di sebelahnya....
Lebih dua minggu saya dalam kelas, kemudian saya dibenarkan tunggu di luar tapi dengan syarat tidak jauh dari tempat duduknya....
Dan Alhamdulilah, lama kelamaan, Izzat sudah boleh bersendirian tapi macam macam hadiahlah jadi syaratnya.....
Kini Izzat telah selesai pengajiannya dan menerima ijazah dengan cemerlang. Dia juga menjawat jawatan yang baik dan bakal mengakhiri zaman bujangnya tidak lama lagi....
Apapun, bila dah mendapat cahayamata kelak, jangan"nenek potpet" ini (sayalah, maksud potpet suka bercakap) yang sukarela nak menghantar ke tadika, tetapi sekali lagi kena masuk kelas menemani anaknya sebab masa tu saya dah bersara daripada tv3 kot.............
Bagi saya tiada zaman yang paling indah dan istimewa dibanding zaman persekolahan terutama ketika era saya ......
Guru adalah insan yang paling dihormati (selain ibubapalah) dan tidak akan membantah apa yang dicadangkan....
Kalau kena marah pun tak kecik hati sebab tahu cikgu nak perbaiki diri kita.... tapi sekarang pantang cikgu menegur......
Ternyata zaman persekolahan dulu dan sekarang ternyata jurangnya bagaikan langit dengan bumi......
Terima Kasih kepada Arwah Cikgu Norkiah Nordin, guru ketika saya darjah satu di Sek Ren Convent Klang.....Alfatihah.....
Terima kasih juga kepada semua guru guru yang mencurah bakti untuk mendidik anak anak bangsa.......
che Inn,
ReplyDeletekakyong hari ni meneman anak sulong ke tadika.. huhuu.. adiknya yg terlebih xcited, berbanding abang yg buat muka cuak.. kita baru tinggal jap dah menangis bagai hujan ribut.. ;)
wahwah..
ReplyDeleterasa rindu pulak zaman sekolah..
Kak Yong,
ReplyDeleteSaya rasa karektor anak lelaki memang macam tu kot, mula mula masuk sekolah, ada aksi tersendiri, adiknya lelaki atau perempuan?
Anisa,
Memang rasa rindu zaman sekolah dulu dulu, nanti saya kongsikan juga sedikit sebanyak kisah zaman persekolahan. Memang bestlah kan zaman persekolahan...
mase zaman sekolah rase malas nak gi..tp bile dah abis sekolah rase rindu lak zaman sekolah...zaman sekolah rendah yg terbaekk..bnyak memory indah mase tu...huhuu
ReplyDeleteParaboloid,
ReplyDeleteSaya suka masa sekolah ketika umur di antara 12 dan 16 tahun, memamg enjoy dengan geng tapi dah masuk 17 dah serius sikit maklumlah nak SPM...
kisah budak2 tadika ni mmg lucu...nik ada anak tadika sorang..tp dah start since umur 4 thn. setiap kali sesi baru, dia balik duk bercerita ada budak menangis...padahal masa dia mula2 masuk dulu dkt dua bulan tiap2 pagi melalak.. heheh.
ReplyDeletekenangan terindah masa sekolah rendah..terutama masa cikgu pelatih [ dulu panggil cikgu maktab] dtg utk praktikal.Ya.lah..cikgu pelatih kan muda2 dan baik2.Yg gelihatinya..kalau cikgu encem..mesti selalu tertunggu2 bila nak masuk kelas!!! heee...
ReplyDeleteAlhamdulillah...ke 4,4 org anak saya,dari tadika lg tak perlu ditemankan...hari pertama..hantar dan balik...cuma yg ke 3,dek tadika hanya selang v4 buah rumah dari rumah saya,si anak sering lari blk rumah
ReplyDeletehingga cikgu terpaksa dtg amik kt runmah semula
salam...
ReplyDeleteyess cik inn jurang persekolahan dulu dgn skrg sgt jauh bezanya...dulu anak murid takut dgn cikgu,bukan takut 'hormat' perkataan lebih sesuai..
sy xnanges g sekolah dulu..
ReplyDeleteyeahhhh..bangga2..
kohkohkoh..
tp nanges klu xsiap keje sekolah..
Wahhh...rindu balik zaman persekolahan....betul cakap Chik Inn..mcm mcm hal dan ragam kanak kanak masuk sekolah,yang takut,cuak,tapi lebih ramai yang berani dan lasak. semalam ada seorang budak tahun satu datang ke sekolah tanpa ditemani ibu ayah. menonong je masuk kelas saya sedang mengajar. "Cikgu, ni tahun satu ke?" nak tergelak pun ada...
ReplyDeleteHampir 20 tahun mengajar,terasa betul perbezaan budak budak zaman dahulu dan sekarang...sekarang ni,dah ada sekular: hatta menjeling murid dengan niat marah pun tidak boleh.....macam mana tu...?
p/s:Baru dapat komen di blog Chik Inn,blog saya bermasalah....
Kak Mazlin, saya search tentang Cikgu Norkiah and terjumpa blog ni. Mak suruh tanya, kak mazlin masih ingat lagi tak Kak Siti office girl di SRK Convent 2 Klang. Itu mak saya.. Dia masih ingat kak mazlin dan tg maria.
ReplyDelete