Berikutan kami sampai awal di Jeti Jesselton, ketika menunggu kehadiran subjek kedua untuk tugasan di Sabah ini, seorang pemuda yang mempunyai gerai menjual cenderamata bertanya kepada saya mengenai format dan pendekatan program yang diselaraskan ini.
Saya pun terangkan mengenai program ini berikutan di Sabah tidak dapat siaran TV9 kecuali jika ada Astro di saluran 119.
Pemuda itu bersetuju dengan pendekatan RONA dan dia menambah,
"Betul kak, kalau mahu kemajuan, mestilah kena ada perubahan...."
Hari ini giliran insan bernama Mustapha Asaad mesra dengan Abg Mus, seorang jurulatih selam berusia 42 tahun yang sememangya disenangi oleh rakan rakan mahupun pelajar pelajarnya menjadi fokus lensa kami.
Di samping itu, Abg Mus juga turut membantu bisnes adiknya dalam sukan lasak "riverrafting" dan turut mempunyai bakat melukis....
Siapsedia untuk menyelam..... |
Kami di bawa ke Pulau Sapi di antara pulau di Taman Tuanku Abd Rahman yang menjadi lokasi bagi mereka yang suka kepada kepada aktiviti menyelam.
Di pulau itu juga, lokasi Mustapha mengajar pelajar baru yang ingin mengenali dunia menyelam.
Memang kenalah pepatah, "sambil menyelam, sambil minum air"......
Abg Mus beri taklimat sebelum memulakan sesi menyelam |
Selain penggambaran Mustapha mengajar pelajar barunya, saya dan krew turut dikongsikan info dan teknik untuk pertama kali menyelam.
Antara yang paling penting kena relak dan jangan mudah panik.
Kira saya pun dapatlah belajar menyelam ...
Bersama rakan rakan menyelam.... photo dalam laut di kamera Abg Mus... |
Ramai rakan rakan saya mengatakan menyelam adalah satu aktiviti yang menarik dan ketika berada di dasar laut, pelbagai ikan dan makhluk lain ciptaan Illahi begitu menakjubkan.
Saya memang teringin juga bersama rakan rakan kaki menyelam, tapi keadaan waktu yang terbatas, tak sempat untuk mengikuti kursus menyelam justeru tak bolehlah "join" .....
Alhamdulillah...boleh dapat dah sijil penyertaan... |
Justeru kesempatan yang ada, tidak di sia-siakan....
Setelah diberi beberapa "tips" maka kami pun dibawa ke kawasan kedalaman di antara 2 ke 5 meter.
MasyaAllah..... sungguhpun tak lah dalam sangat menyelam, tapi membuat saya teruja melihat spesis ikan dan batu karang di situ.
Barulah saya menyedari kini, kenapa rakan rakan mengatakan aktiviti menyelam itu memang menarik......
Jika berada di paras melebihi 30 ke 50 meter, keadaan lebih indah sukar dilafazkan dengan kata kata menikmati keindahan ciptaan Yang Maha Besar.....
Ia dikatakan memberi satu dimensi lain ketika berada di dasar laut dan lebih membuat penyelam teruja adalah menyelam waktu malam......
Nampaknya lepas ni kena cari juga masa terutama hujung tahun mengambil cuti dan mendalami lagi aktiviti menyelam.
Saya rasa ramai rakan rakan blogger yang biasa dengan aktiviti menyelam.
Hah... kalau ke Sabah dan ingin belajar menyelam boleh jumpa Abg Mus yang mempraktik prinsip, "Dive always fun...."
Sampai Jeti Jesselton dan menemuramah Abg Mus... |
bestnya menyelam!!
ReplyDeleteindah betul(:
Chik Inn,memang alam di bawah air sana sangat menakjubkan...tenang tengok ikan ikan yang tak pernah terfikir dan terjangkau akal kita akan warna dan bentuk yang pelik pelik kadang tu...nanti cuba nyelam kat Tioman atau Redang....pun cantik gak....
ReplyDeleteAnisa,
ReplyDeleteSatu pengalaman yang lain daripada yang lain...ada peluang kena cuba tau...
Cikgu Nurin,
Cikgu ni kira geng menyelam juga lah ya..?
bestnyer...bile ler dpat gi sabah...
ReplyDeletebila chik inn turun sabah?
ReplyDeleteAssalammualaikum
ReplyDeleteSalam kenal di alam maya. Baru je empat lima kali ke blog ni. Menarik!Teruskan. Mama list blog ni.
assalamualaikum Cik Inn
ReplyDeletesubhanallah cantiknya
chikk in,rasa cam nak snorkling je sekarang ni bila baca entry2 chik inn
bestnya, last time ke pulau perhentian tengok turtle dan karang laut. memang tersangat indah & takjub.
ReplyDeleteSalam Mazlin,
ReplyDeletekalau macam akak ni berenang pun alah2 nak lemas tu., boleh ke nyelam?
Salam Kak Yan,
ReplyDeleteSaya pun berenang ala ala lemas juga, tapi menyelam ini lain macam sikit kak...Boleh cuba lah kak...
Eri chan,
nanti boleh kita dive bersama, awak mesti dah lama ada lesen menyelam kan?
Echah,
Saya di sabah dari 5 hingga 11 Januari ...
Ummu,
Saya ni dok teringat ingat lagi seronoknya melihat makhluk di dasar laut. Memamh menakjubkan...
Mama Ju,
Terima Kasih mengikuti blog saya....
Paraboloid,
InsyaAllah, satu hari nanti pasti sampai juga ke Sabah....
salam mazlin,
ReplyDeletemustapha ialah instructor menyelam suami saya lebih 10 tahun dahulu dan melalui mus suami saya mendapat PADI. kami sudah ke sabah 8 kali dan setiap kunjungan untuk aktiviti selam untuk suami saya. barulah sekarang saya betul2 minat untuk menyertai aktiviti ini dan kami bercadang untuk ke sabah bulan hadapan. malangnya kami tak dapat hubungi mus kerana nombor talipon sudah di tukar. saya sungguh2 berharap jika mazlin ada nombor mus, bole tak hantarkan ke email krpaprika8@gmail.com
terima kasih