Ads by nuffnang

Wednesday, January 26, 2011

"LETIHNYA DUDUK DALAM HAWA DINGIN...."

Semalam tak dapat "update" entri sebab ada masalah internet
kat rumah.....

Kecewa teramat sangatlah sebab tak dapat menulis..
dah lah cuti.....minda dok relak aja, lepas tu tak dapat
berkarya.....Cobaan.....

Dah 2 hari bercuti, masuk kerja hari ini ada beberapa
mesyuarat dan perbincangan dah tersenarai....

Pagi lagi Fasil Idris, Penerbit Eksekutif, Jejak Rasul 17
memaklumkan perkembangan tugasan di Moscow dan
InsyaAllah akan bertolak ke sana pertengahan Mac ini....
(tapi dengar ada berlaku pengeboman di Lapangan
Terbang Domodedovo di Moscow semalam , risau juga.....)

Kemudian, Fieza, penolong penerbit Rona, mengingatkan
saya untuk prebiu visual kisah pemandu bot wanita dan
penjual sayap ayam, Sandra yang akan disiarkan pada
1 Februari depan. 
(jangan lupa tonton Rona Irama Rentak Kehidupan jam
9.30 malam selasa depan)

Pukul 11.20 pagi, Liza dah menunggu di depan "cubicle"
(bilil kecil) saya untuk mesyuarat montaj program
"Home Ideas" bersama pihak CSD dan BMG.
(Program yang akan dihoskan oleh Norazlina Redzuan-
pengacara kesayangan saya akan ke udara pd 7 April 2011)


Orang Penting CSD - Elly, Juliana dan Budi (berbaju biru) (BMG)


Montaj adalah pembuka kepada sesuatu program dengan 
durasi di antara 20 ke 30 saat.....

Pihak produksi  bertanggungjawab melakukan
penggambaran, penyuntingan, penulisan skrip, suara latar
dan lazimnya akan berbincang konsep program,
"look and feel', "editorial"dgn pihak CSD(Creative Services)
diwakil Juliana dan Elly iaitu unit pakar dlm bahagian
menghasilkan grafik, logo, montaj dan sewaktu dengannya....

Manakala BMG (Brand Management Group) menentukan
waktu dan tarikh siaran, budget dan pelbagai lagi yang
ada kaitan dengan siaran dan produksi.

Hari ini wakil BMG, Hadzelynda (pengantin baru) dan Budi
aja yang hadir, sorang lagi Zaida Pot Pet "emergency leave"
anak kembarnya kurang sihat.

Jadi mesyuarat berat sebelah dengan saya cakap terlebih,
selalunya Zaida akan terlebih berkata kata....

Selepas makan tengahari, terus ke Damansara Heights
bersama Ezzah Aziz Fawzy mesyuarat dengan dengan
"Honorary Consul Ukraine" Haji Jalaludin Kassim...
mengenai tugasan Jejak Rasul 17 ke sana.....

Haji Jalaludin antara orang Melayu pertama ke Ukraine.....
Beliau akan membantu kami untuk tugasan di Ukraine ....
Terima kasih Tuan Haji.... Balik mesyuarat, sambung semula perbincangan dengan
Fasil kemudian dengan Liza.

Bagi saya menghadiri mesyuarat letihnya bagaikan letih
keluar tugasan luar.....

Saya lebih gemar bertugas di luar daripada duduk dalam
bilik berhawa dingin ......(kena pulak kalau hujan).....

Bila bertugas di luar, muka merah padam macam udang
kena bakar pun serta disinari terik mentari.....saya rela......










13 comments:

  1. tanggungjawab dan tuntutan pekerjaan. good luck for Jejak Rasul!

    ReplyDelete
  2. mas pun tak berapa suka guna aircond....tak tahan sejukkkk....lagi pun klu kerja yang banyak duduk..mudah sangat ngantuk...he..he..

    ReplyDelete
  3. penat dlm bilik berhawa dingin, lesu kan

    kalau lah sya dapat peluang macam ni..serata penjuru boleh sampai..seronoknya...

    ReplyDelete
  4. Semalam banyak blog tak dpt dibuka chik inn....apa masalah tak tau...........pahtu apabila dpt dibuka, ada yg mcm rosak2 entri kita.

    ReplyDelete
  5. waaa...bestnya kak innboleh g jalan2..heheeh

    ReplyDelete
  6. sama..kalau duk ofis..fikiran tu mcm2..kalau dah keluar ofis...mcm terbuka minda...
    tp kalau panas selalu..saya tak rela Kak Lin..

    ReplyDelete
  7. chik inn,

    memanglah sehari dua line internet kurang lancar... semput saja

    ReplyDelete
  8. Ya la chik inn,kat n.s ni pun line internet teramat2 slow smlm.entah kenapa pun tak tau..bosan betul sbb cuti kan.?

    since dah tau umur chik inn,kita bahsakan diri sebagai akak lah ya..:)
    akak pun tak berapa suka dok dlm aircond.sesekali tu boleh lah.itu pun kalau cuaca terlampau panas.

    ReplyDelete
  9. salam chik Inn,
    cuba download Window Live Writer, masih boleh update / taip n3 walaupun x online.. bila dpt internet connection, terus publish jer.. ;)

    http://explore.live.com/windows-live-writer?os=other

    ReplyDelete
  10. hai kak mazlin..

    semoga berjaya dan terus maju
    (:


    memang lagi seronok belerja di luar..

    ReplyDelete
  11. Salam Mazlin,

    otak pun sometimes jd beku gak...

    ReplyDelete
  12. dgr cerita Cik Inn pun dah tau keje ni memenatkan..

    tapi seronoko gak yek? luas pandangan..byk pengalaman

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...