Ads by nuffnang

Monday, June 9, 2014

Meninjau habitat Sang Bedal di New Orleans....

Hah beberapa hari ini tak sempat nak "update"
blog sebab masa mencemburi saya.

Sampai aja hotel dah lebih pukul 12 malam,
bukanlah kami ni kaki rayau...tapi dah sampai
tempat orang kenalah tinjau tinjau juga keadaan
kehidupan segelintir masyarakat di sini tatkala
senja melabuhkan tirai malam.

Dan satu lagi, perkhidmatan internet nak
digunakan di hotel penginapan saya mahal....
maka dipendamkan sajalah hasrat nak
berkongsi cerita.

5 June 2014

Siap kemas segala bagasi, kami berangkat ke
Lapangan Terbang Antarabangsa Las Vegas.

Lokasi seterusnya ke New Orleans.

Ia turut dikenali sebagai lokasi pertama muzik
jazz diperkenalkan.

Penerbangan kami mengambil masa kira kira
3 jam 20 minit.

Sesekali angin kencang dan pesawat melanggar,
awan...berdegup juga jantung saya dibuatnya.

Kami sampai hampir jam 5.30 petang sungguhpun
bertolak jam 12.05, waktu di New Orleans awal
dari Las Vegas 2 jam.

Selesai mendaftar diri di hotel, maka kami pun
keluar untuk mencari santapan makan malam.

Di New Orleans ini terutama kawasan di kenali
sebagai Bourban, aktiviti malam masyarakat di
sini memang hebat....

Restoren, Bar, seniman jalanan, pelancong
memanglah ramai....

Yang mabuk pun boleh tahan lah juga.....

New Orleans juga terkenal dengan kesegaran
makanan lautnya terutama tiram.


Dek kerana berseleranya saya makan tiram,
maka akhirnya saya menjadi penghuni
beberapa kali tandas........

6 June 2014

Aktiviti hari kedua di New Orleans memang padat.

Kami menaiki kapal steam menyusuri Sungai
Missisipi sambil dihiburkan persembahan jazz di
bahagian tingkat dua kapal terbabit.

Kalau cakap pasal kapal steam iaitu sebuah kapal
yang menggunakan seolah kincir berputar
perlahan tapi sebenarnya boleh tahan laju. 

Rasa macam zaman bangsawan omputih dulu dulu
pulak.

Perjalanan mengambil masa lebih 2 jam membawa
penumpang diselangselikan penerangan mengenai
sejarah dan info berguna mengenai New Orleans.

Selesai pengembaraan dan makan tengahari, satu
lagi pakej yang kami ikuti adalah pakej
"Swamp Tour".

Kawasan New Orleans ini juga terkenal mempunyai
paya yang tidak tercemar.

Untuk mengikuti pakej ini, kami menaiki bas khas
dr hotel ke lokasi kira kira 30 minit.

Pakej 2 jam menaiki bot yang mempunyai kipas
besar di belakang menyusuri sungai dan paya
yang menjadi habitat utama sang buaya atau
penduduk disini memanggilnya "aligator"
bukannya "Crocodile".

Di tengah tengah paya, tetiba individu yang
membawa bot kami mematikan enjin.

Dan beberapa ketika, beberapa ekor buaya
menghampiri bot kami.

Suspen jugalah...kalau dibuatnya melompat
atas bot, rasanya mau saya tunjukkan skil 
bersilat atau berkung fu dengan sang buaya tu.

Sungguhpun nampak ganas tapi saya dapat juga
merakamkan beberapa aksi sang buaya yang
berhampiran dengan bot kami.

Satu pengalaman yang menarik.....

Alhamdulillah segalanya berjalan lancar.....ada
juga perasaan takut mengulit jiwa...tapi
ternyata keselamatan kami paling diutamakan
oleh pengendali pakej ini.......

Campak aja makanan...
Sang Bedal pun segera ke bot
Pengendali bot memberi makan pada
Sang Buaya...
Di belakang saya bot yang kami menaiki untuk
"Swamp Tour"
Perlu pakai "ear phone" kerana bunyi kipas
bot begitu kuat
Hati hati anda diperhati.....





 
Selesai pengembaraan kami menyulusuri
Sungai Missisipi
Nampak bergerak perlahan...hakikatnya
laju juga.....

Di tingkat bawa di bilik enjin kapal
 

 

Friday, June 6, 2014

Vegas oohhh Vegas.....

 3 June 2014

Selesai mengemaskan bagasi kami dan sarapan pagi
ringkas sebagai lapik perut di bilik, kami bertolak ke
Lapangan Terbang Antarabangsa San Francisco
untuk ke destinasi seterusnya Las Vegas.

Kami menaiki pesawat Virgin America...

Apa yang menarik perhatian saya adalah cara
penerangan keselamatan yang dipaparkan begitu
mencuit hati.

Lazimnya setiap pesawat akan memaparkan video
penerangan keselamatan dengan lebih khusus dan
serius tetapi bagi pesawat Virgin America berbeza
sama sekali.

Paparan keselamatn lebih berbentuk persembahan
nyanyian dan tarian.....

Kalau tak silap saya, blh cari kat youtube video
terbabit...jika rakan rakan ingin menontonya...

Dan satu lagi yang menarik perhatian saya,
"head phone" pesawat ini berwarna merah jambu
dan penyambungnya menggunakan satu pin
berbanding pesawat lain menggunakan dua atau
tiga pin.

Saya berkenan dgn "headphone" terbabit dan
dengan rasa yang tak malu, minta dengan
pramugara yang boleh tahan hensemnya.....

Dia pun dengan tersenyum, membenarkan saya
mengambil sebagai cenderahati....

Sesampai saja di lapangan terbang Las Vegas,
keluar dari dewan ketibaan deretan mesin
jackpot menghiasi lapangan terbang.

Dah umum sediamaklum Las Vegas memang
sinonim dengan kasino.

Setiap hotel mempunyai kasino tersendiri serta
pusat membeli belah.

Pihak hotel mempunyai cara tersendiri untuk
mendekorasikan hotel masing masing.

Penebangan dari San Francisco ke Las Vegas
mengambil masa kira kira satu setengah jam.

Saya pernah menjejakkan kaki ke bumi Las Vegas
kira kira 20 tahun lalu, memang banyak perubahan
tetapi masih ada lagi yang mengingatkan saya
ketika lawatan kali pertama dulu.

Setelah makan tengahari dan berehat seketika,
maka bermulalah jadual kami iaitu ke Las
Vegas Factory Outlets.

Dari hotel penginapan kami The Palazzo ke
Factory Outlets daalm 20 minit.

Seperti juga di JPO, pelbagai jenama terkenal
dijual dengan harga yang berpatutan sungguhpun
telah ditukar ke matawang di sini.

Setiap yang ke sini memang tidak melepaskan
peluang untuk membeli belah......pemerhatian
saya memang setip pengunjung pasti ada saja
"shopping beg" di tangan masing masing.

Sungguhpun masih letih, sebelah malam kami
berjalan jalan di sekitar kota ini dengan merayau
ke hotel hotel berdekatan untuk melihat dekorasi
hotel masing masing.

Memang hebat....

4 June 2014

Hari kedua di Vegas, misi percutian kami
diteruskan dengan meninjau ninjau beberapa
komples membeli belah di sini.

Biasalah kalau ada duit semua boleh beli
dan macam lagu "kalau aku kaya..hari hari
hari raya..." kebanyakan koleksi yang dijual
semuanya keluaran baru......

Sebelah malam kami sempat menghadiri
muzikal 'Michael Jackson One" di Hotel
The Mandalay Bay.....

Bermula tepat jam 9.30 malam, sebelum
bermula muzikal tu mata dah mula layu, maklum
lah baru sahaja selesai makan malam tetapi
bila mula saja......Masya Allah langsung terbeliak
biji mata.

Mana tak terbeliak, persembahan muzikal beserta
arkobatik yang dibuat memukau penonton yang
hadir.

Dengan sistem bunyi yang baik, penataan lampu
hebat beserta efek empat dimensi di layar, memang
berbaloi dengan harga tiket yang dikenakan.

Muzikal ini lebih kepada beberapa lagu MJ yang
menjadi siulan ramai dan dijadikan dramatari.

Dipersembahkan kira kira sejam setengah dan 
sesekali terasa bagaikan MJ sendiri yang berada
di atas pentas.

Lebih daripada 70 penari/artis yang terbabit.....

Sayang penonton tidak dibenarkan merakamkan
visual mahupun photo tatkala persembahan
bermula...kalau dibenarkan memang saya 'upload'
di blog.......

Ok nanti kita sambung lagi.....

Lokasi seterunya New Orleans.....


Hotel penginapan kami The Palaazo

Hotel penuh warna warni
Bunga Hiasan menggamit pelancong



Ahli kumpulan kami bertambah seorang lagi...
sahabat baik anak saudara saya ...



Selesai persembahan memberi tepukan gemuruh

Persembahan yang baik

"Headphone" pesawat Virgin America



 

Tuesday, June 3, 2014

Warna warna San Francisco.....



Semalam saya sampai ke Negara Uncle Sam khususnya 
San Francisco/ SF kira kira 11.30 waktu tempatan
1 June manakala pukul 3.30 pagi  waktu tanahair 
2 June.

Saya ke sini kerana menemankan kakak saya bercuti 
di Amerika Syarikat dan destinasi pertama 
adalah San Francisco. 

Beberapa lokasi lain yang akan kami lawati antaranya
Las Vegas, New Orleans, Washington dan New York.

Dari lapangan terbang SF ke hotel kami JWW Marriot 
mengambil masa kira kira 35 minit.

Rehat sebentar di bilik untuk meluruskan urat urat 
yang tegang setelah mengalami perjalanan yang jauh, 
satu jam kemudian maka bermula misi rombongan 
kami yang terdiri daripada 5 orang. 

Kakak saya dan anak lelakinya beserta dua stafnya.

Lokasi pertama kami adalah Pier 39. 

Satu kawasan yang menjadi tarikan pelancong 
dalam mahupun luarnegara.
 
Terdapat pelbagai butik, kedai cenderamata mahupun 
restoren makanan laut.

Kami makan malam awal kira kira jam 6.30 petang di
sebuah restoren di situ.

Apa yang menarik, kelihatan beratus  ekor 
singa laut dok melepak beramai ramai dan 
menjadi tarikan pengunjung yang ingin 
merakamkan aksi manja singa laut.

Dan dari tempat kami makan kelihatan pulau yang
menjadi pusat tahanan atau penjara yang tidak 
asing lagi iatu Al Catraz......

Pulau terbabit kini menjadi antara tarikan pelancong
ke SF.....

Pelbagai cenderamata Al Catraz antara barangan 
menjadi pilihan dan saya tidak terkecuali membelinya 
untuk sahabat handai.

2 Jun 2014

Selesai sarapan pagi di Restoren Sears, kami menaiki 
“Big Bus Hop On Hop Off Sightseeing” untuk 
mendekati  dan memahami lebih dekat mengenai   
sejarah Bandar San Francisco  ini.

Dan bila kita sebut saja San Francisco, ia sinonim 
dengan "The Golden Gate Bridge”.

Empat tahun masa diiambil untuk menyiapkan 
jambatan ini dan ia siap sepenuhnya tahun 1937,
dengan dua menara berketinggian 746 kaki.
 
Ia menjadi mercutanda dan lokasi yang wajib 
untuk dilawati.

Semasa menaiki “Big Bus” kami duduk di bahagian 
atas, tatkala melntasi jambatan seolah jambatan 
gantung itu, kedinginan angin menyusuk ke tulang ......

Setelah puas mengabadikan kenangan dengan
pelbagai aksi berlatarbelakangkan 
‘Golden Gate Bridge”, maka kami pun ke lokasi 
seterusnya dikenali sebagai Sausalito.

Ia sebuah kawasan elit dan sememangnya begitu
damai dan tenang keadaan di situ.

Saya dimaklumkan beberapa artis popular di 
Negara Uncle Sam ini mempunyai kediaman mewah 
disini antaranya Nicholas Cage, Robbie Williams, 
Justin Bieber, George Lucas.

Dok intai intai juga kot kalau terjumpa mereka tapi 
harammmmm......mereka dok berehat kat dalam 
rumah atau mungkin ke luar daerah meneruskan
perjuangan sebagai anak seni....

In sya Allah esok rombongan kami akan menaiki
pesawat jam 1.05 petang ke Las Vegas, destinasi
kedua.....

Apa yang istimewa kat Las Vegas.... tunggu....

Mercu tanda kebanggaan San Francisco


Kakak saya Mazmin dan anaknya Hazlan

Ahli rombongan

Big Bus Hop on Hop Off

Singa Laut dok lepak dan berjemur

Monday, June 2, 2014

Kisah kisah semalam di Peranchis....


Ketika saya menulis blog ini saya telah berada di bumi
Uncle Sam atau Amerika Syarikat.

Saya ni menumpang bercuti mengikut kakak saya

yang ada sedikit urusan bersama anaknya dan dua
wargakerjanya di sini.

Kali terakhir ke negara Uncle Sam ini pada 2006

kerana memenangi Anugerah Skrin bagi program
Bersamamu...sebelum itu masa zaman gila gila remaja
bersama keluarga.

Kami menaiki penerbangan MAS MH O448 ke

Hong Kong jam 8 pagi 11 Jun dengan durasi
penerbangan hampir 4 jam.

Kami transit di sana kira kira 2 jam dan seterusnya

menaiki pesawat Cathay Pacific ke San Francisco
mengambil masa hampir 13 jam.

Adoiii jenuh lah dok lama lama dalam pesawat.....

Justeru hari ini hari pertama di San Francisco dan

masing masing merehatkan diri setelah menyelusuri 
destinasi yang panjang, maka saya coretkan sikit
kisah semasa di Peranchis.

Dari 14 hingga ke 21 Mei lalu,saya berada di

Peranchis, khususnya di  Lyon dan Paris mengikuti
anak buah saya, Mariana dan anaknyaa Mikhael
(kira cucu saya, kami panggilnya Mika)  balik
ke kampung suaminya.

Dah nama pun cuti memanglah banyak masa

rehat tapi dek kerana tak berapa faham dengan
bahasa dan tulisan Peranchis dan papan kekuncinya
komputernya juga tidak sama dgn apa yang
kita gunakan...maka niat nak berkongsi cerita
di sana terbantut dan tak dapatlah "update blog".

Untuk ke LYon kami perlu menaiki keretapi laju

kira kira 2 jam dari Bandar Paris.

Beberapa perkara yang ingin saya kongsikan

semasa di sana.

Saya sempat ke supermarket di bandar LYon

 ( selain beberapa butik nama nama besar di sini..)

Seperti kebanyakan supsermarket di luar negara

yang menjual barangan keperluan orang orang  Asia
 adalah  kepunyaan masyarakat dari TAnah
Besar China.

Ia  banyak menjual pelbagai bahan mentah

seperti sayur sayuran, rempah ratus dan pelbagai
lagi  untuk keperlusn harian dan kebanyakannya
dr Thailand, VIetnam dan China termasuklah durian
yang dijual dengan harga 15 Euro satu kilogram.

Jangan di darab 4.7, nanti semua tak blh beli...

kira mahal bangat..

Dok tengah bedik sayur tetiba dok ternampaklah

cili dan terung yg di import dr MAlaysia.....

Banggalah juga sebab kebanyakan barangan dijual

dr Thailand tapi cili dan terung dari Malaysia....

Rasanya cili dan terung tu dari Cameron Highland...

Kiranya kalau nak masak lomak cili api kat sini tak

ada masalahlah.

Untuk mendapat daging/ayam halal juga agak

mudah di sini.

Sempatlah kami masak tom yam dan kari ayam

untuk orang peranchis yang pada mereka agak pedas....

Saya perhatikan  beberapa kali  jugalah sambil 

makan nasi berlaukkan sup tom  yam, mereka
bersulamkan air mineral...

Pedas gamaknya.......

Dan antara yang menarik di rumah Atuk Mika ni,

banyak tanam pokok ceri dan kebetulan ceri dah
boleh dipetik...apa lagi makan ceri segar
dari ladanglah...

Kebetulan kediamannya  di desa yang permai kira

 "country side" memang satu pemandangan yang
mendamaikan.

Sayangnya tanaman anggur masih kecil, kalau tidak

kenyang anggurlah saya selain kenyang ceri.....

Ok nanti sambung lagilah....mata dah mengantuk.....


Ceri yang dipetik disegar dari ladang


Mika bersama bawanya Didier

Mika bersama  neneknya ..hingga ketumi lahi.,,,,,

KAlau dah sampai di bumi Paris, bergambar berlatarbelakang
 Meara Eiffel pasti menjadi pilihan ramai



 





 
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...