Ads by nuffnang

Tuesday, June 3, 2014

Warna warna San Francisco.....



Semalam saya sampai ke Negara Uncle Sam khususnya 
San Francisco/ SF kira kira 11.30 waktu tempatan
1 June manakala pukul 3.30 pagi  waktu tanahair 
2 June.

Saya ke sini kerana menemankan kakak saya bercuti 
di Amerika Syarikat dan destinasi pertama 
adalah San Francisco. 

Beberapa lokasi lain yang akan kami lawati antaranya
Las Vegas, New Orleans, Washington dan New York.

Dari lapangan terbang SF ke hotel kami JWW Marriot 
mengambil masa kira kira 35 minit.

Rehat sebentar di bilik untuk meluruskan urat urat 
yang tegang setelah mengalami perjalanan yang jauh, 
satu jam kemudian maka bermula misi rombongan 
kami yang terdiri daripada 5 orang. 

Kakak saya dan anak lelakinya beserta dua stafnya.

Lokasi pertama kami adalah Pier 39. 

Satu kawasan yang menjadi tarikan pelancong 
dalam mahupun luarnegara.
 
Terdapat pelbagai butik, kedai cenderamata mahupun 
restoren makanan laut.

Kami makan malam awal kira kira jam 6.30 petang di
sebuah restoren di situ.

Apa yang menarik, kelihatan beratus  ekor 
singa laut dok melepak beramai ramai dan 
menjadi tarikan pengunjung yang ingin 
merakamkan aksi manja singa laut.

Dan dari tempat kami makan kelihatan pulau yang
menjadi pusat tahanan atau penjara yang tidak 
asing lagi iatu Al Catraz......

Pulau terbabit kini menjadi antara tarikan pelancong
ke SF.....

Pelbagai cenderamata Al Catraz antara barangan 
menjadi pilihan dan saya tidak terkecuali membelinya 
untuk sahabat handai.

2 Jun 2014

Selesai sarapan pagi di Restoren Sears, kami menaiki 
“Big Bus Hop On Hop Off Sightseeing” untuk 
mendekati  dan memahami lebih dekat mengenai   
sejarah Bandar San Francisco  ini.

Dan bila kita sebut saja San Francisco, ia sinonim 
dengan "The Golden Gate Bridge”.

Empat tahun masa diiambil untuk menyiapkan 
jambatan ini dan ia siap sepenuhnya tahun 1937,
dengan dua menara berketinggian 746 kaki.
 
Ia menjadi mercutanda dan lokasi yang wajib 
untuk dilawati.

Semasa menaiki “Big Bus” kami duduk di bahagian 
atas, tatkala melntasi jambatan seolah jambatan 
gantung itu, kedinginan angin menyusuk ke tulang ......

Setelah puas mengabadikan kenangan dengan
pelbagai aksi berlatarbelakangkan 
‘Golden Gate Bridge”, maka kami pun ke lokasi 
seterusnya dikenali sebagai Sausalito.

Ia sebuah kawasan elit dan sememangnya begitu
damai dan tenang keadaan di situ.

Saya dimaklumkan beberapa artis popular di 
Negara Uncle Sam ini mempunyai kediaman mewah 
disini antaranya Nicholas Cage, Robbie Williams, 
Justin Bieber, George Lucas.

Dok intai intai juga kot kalau terjumpa mereka tapi 
harammmmm......mereka dok berehat kat dalam 
rumah atau mungkin ke luar daerah meneruskan
perjuangan sebagai anak seni....

In sya Allah esok rombongan kami akan menaiki
pesawat jam 1.05 petang ke Las Vegas, destinasi
kedua.....

Apa yang istimewa kat Las Vegas.... tunggu....

Mercu tanda kebanggaan San Francisco


Kakak saya Mazmin dan anaknya Hazlan

Ahli rombongan

Big Bus Hop on Hop Off

Singa Laut dok lepak dan berjemur

2 comments:

  1. Selamat bercuti dan bergembira, Chik Inn. :)

    ReplyDelete
  2. bestnye tangok singa laut tu dok lepak... ada rezeki nak p laa
    ke pier ni...

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...