Ads by nuffnang

Thursday, January 27, 2011

"Belikan Kodak Fuji, Colgate Darkie dan Maggi Cintan.........."

Hari ini saya terpanggil nak menulis entri mengenai
penjenamaan sesuatu barangan yang begitu menebal dalam
diri kita terutama pada yang dah melebihi 4 series atau
40 carat bak kata rakan rakan blogger....


Saya masih teringat satu masa dulu kalau saya nak ambil
gambar di sekolah kerana aktiviti luar atau sukan, pinjamlah
kamera abang saya.


Masa dulu tak ada kamera digital macam sekarang.


"Kodak dalam kamera tu dah cuci, ambil kodak baru kat
laci tepi telefon"abang saya memberi kebenaran meminjam
kameranya.


Saya pun carilah dalam laci tu Kodak tapi tak ada.....


"Mana ada Kodak kat dalam laci ini", saya teriak....


Abang saya datang, dan terus ambil kotak Fujifilem.


"Ni apa" dia beri kat saya.....


Saya pun "confused" kata tadi Kodak tapi sebenarnya Fuji.


Masyarakat terdahulu lebih sinonim nama Kodak sebagai
filem.


Contoh lain, "huh jangan lupa beli Kodak  Fuji 36 ya..."


Maksud di sini bukan jenama Kodak tapi filem sebenarnya.....


Kodak dan filem bagaikan irama dan lagu.......


Begitu juga dengan penjenamaan mee segera yang dikaitkan
dengan Maggi Mee.....kata pergi kedai nak beli maggi mee tapi
balik beli mee jenama lain.......

Saya suka Maggi Asam Laksa,,,,,,


Satu lagi Colgate menjadi jenama ubat gigi keselurahan pada
ubat gigi....

"Tolong belikan colgate darkie....."
(dulu darkie, sekarang darlie)

Begitu kuat penjenamaan sesetengah barangan....

Seperti dalam entri saya terdahulu menyentuh personaliti
popular Wan Zaleha Radzi, tidak boleh dipisahkan dengan
Majalah 3 dan TV3.....

Hinggakan nampak van TV3, persoalan keluar Wan Zaleha
tak ada ke???

8 comments:

  1. teringat pula darkie.
    ditukar kerana persamaan dgn perkataan "DAKI"

    dan
    saya juga selalu sebut meggi..walhal membeli dan menjadi pengguna mi segera berjenama indo me dan cintan.

    saya rasa semua pernah mengalami sebutan jenama sebegitu

    hehehe

    ReplyDelete
  2. Anisa,
    Kira generasi baru seperti awak pun terikut ikut menggunakan penjenamaan yang sediaada dari dulu lagi ekk...
    Oh ya...Saya dah terima surat awak dan rakan, nanti saya akan maklumkan pada pihak HR Media Prima...

    ReplyDelete
  3. Salam,
    Betul sangat-sangat...bukan takat kolget dan kodak, malah jenama tuala wanita pun jadi mangsa.

    Sekarang ni, asal ayam je panggil KFC walaupun dah jadi KelantanFC. Asal jentera bajak sawah je, panggil kubota ;)

    ReplyDelete
  4. Aslmkm Mazlin.

    Kak nak wish juga w/pun terlepas detik waktu:
    HAPPY BELATED BIRTHDAY.
    Semoga tahun ini & selanjutnya akan membawa rahmat yang lebih baik lagi. Amin.

    Last week Kak G nak wish pada harinya, tapi klik @ ur photo, tak le keluar link selain untuk tinggal mesej saja. Tak jadi la! :)

    ReplyDelete
  5. Nak tambah, pempers, cikedes, milo, pun terima nasib yg sama.

    ReplyDelete
  6. ye la..dah memang sebati dgn hidup kita..tp sekarang dah berubah kot..

    ReplyDelete
  7. sebab tu jenama yg kluar dulu dan sebati dengan kita, jadi produk yang sama tapi jenama lain pun kita bantai sebut yg itu juga

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...