Ads by nuffnang

Monday, January 31, 2011

"Kisah Romeo Juliet Versi Monyet..........."


Terima kasih kepada rakan yang mendoakan saya untuk cepat sembuh mahupun dapat menjejakkan kaki ke
Tanah Suci yang menjadi idaman setiap insan
beragama Islam.

Saya turut mendoakan rakan rakan turut menjadi tetamuNYA
di Tanah Suci kelak....

Masliza (junior kesayangan Chik Inn, orang kuat TLDM),
awak bukan tak tahu yang senior awak ni memang tak
boleh duduk diam....selagi terdaya untuk bergerak, pasti
merayau lebih lagi semalam memang nak jumpa Naimah
dan suaminya Lokman, penuntut Universiti Madinah.

Harap pelajar pelajar Malaysia yang menuntut di Kaherah,
Mesir, Shuhabil dan rakan rakan yang membantu
penggambaran Jejak Rasul Srikandi di sana tahun lepas,
dalam keadaan selamat daripada keadaan hura hara
di Mesir....

Tadi ke pejabat beberapa perkara perlu diselesaikan dan bila
dah tak larat petang tadi jumpa doktor yang memang terdapat
klinik dalam Sri Pentas.

Dr Rohaya nak beri saya MC tapi saya kata tak payahlah sebab
dah hampir pukul 5.

"Tak pa saya beri MC untuk esok, makan ubat dan rehat",
Dr Rohaya menyarankan saya rehat .

Dalam masa 2 atau 3 hari, jika tidak sembuh, perlu ambil darah.

Mak oii...risau juga, kini H1N1 dikatakan telah kembali.

Dua anak Nurfarahin Jamsari turut dijangkiti H1N1 dan hampir
seminggu menjadi penghuni di Pusat Perubatan Subang Jaya
beberapa minggu lalu.

Ok, hari ini nak tulis entri mengenai dokumentari yang saya
tonton malam tadi di Astro Channel 556 - Animal Planet,
bertajuk "A Monkey's Tale" di Thailand.

Sahabat saya Shahnun Haniff Suhaimi pernah ke sana untuk
rakaman segmen Misteri Nusantara, tetapi jauh berbeza
daripada apa yang disiarkan malam tadi.

Monyet di Lopburi pandai minum Coca Cola tau


Saya tenguk Animal Planet tu pun dah hampir 10 minit
bermula...


Rakaman dokumentari yang dibuat di Lopburi , Thailand
memang saya tabik betul, mungkin ada juga rakan rakan
blogger lain turut menonton semalam.

Di Lopburi, monyet memonopoli bandar ini.

Dah letih bergaduh....tidurlah ya..,.,..

Tak tahu berapa lama lah krew produksi ini membuat penyelidikan mahupun penggambaran untuk merakamkan
kisah bagaikan karya Shakespares malah diberikan nama
dua watak monyet terbabit sebagai Romeo dan Juliet.

Seperti kita sedia maklumkan kisah Romeo dan Juliet
atau Uda dan Dara, darjat dan keturunan adalah
penghalang kepada cinta suci pasangan terbabit.



Begitu juga dengan kisah pasangan monyet yang mendapat
tentangan daripada pihak tertentu yang membuat
Romeo membawa diri menumpang dan menaiki keretapi...
setelah berlaku pergaduhan demi pergaduhan..

Monyet bernama Romeo itu, bakalkan seorang pelakon
dengan keadaan mimik muka yang "blurr" di tepi tingkap
keretapi berpandangan jauh meninggalkan Lopburi
dan juga kekasih hatinya Juliet.



Satu babak seekor monyet betina (Juliet agaknya, tapi
saya miss adegan itu sebab sibuk jawap telefon) yang
baru melahirkan anak.

Kemudian anak itu mati, menyentuh perasaan
saya bahawa haiwan pun pandai menyayangi anaknya
yang tidak bernyawa berbeza dengan segelintir manusia
sanggup membunuh anak sendiri.



Kembali watak Romeo, di penempatan baru, Romeo cuba
menyesuaikan diri tetapi masih teringat ingatkan Juliet.

Manakala Juliet yang bagaikan tidak keruan sentiasa
menjadi perhatian ahli keluarganya yang lain.

Namun, digambarkan watak Juliet seperti memberontak
untuk melarikan diri dan sentiasa memerhatikan monyet
monyet yang lain...turun naik lori dan trak pengguna
jalanraya....

Pada satu hari ketika di bandar Lopburi mengadakan,
"MONKEY FESTIVAL" Juliet telah menyelinap
dan terus melompat ke dalam trak yang sedang bergerak....

Seketika keluarga Juliet menyedari dan cuba untuk
mengejar tetap telah terlambat.

Seekor monyet veteran keluarga Juliet redha pemergiannya 
dan berharap cinta Romeo dan Juliet akan kembali bersemai.....



Dokumentari yang "simple" tapi hasil garapannya begitu baik,
daripada jalan cerita, suara latar dan penceritaan dokumentari
itu sendiri.....

Saya jangka kos produksi untuk menghasilkan dokumentari
itu besar.

Pihak pengeluar pasti dokumentari yang dihasilkan
menjanji pulangan yang tinggi, maka mereka sanggup
berbelanja besar...

Jika rakan blogger berkesempatan menyaksikan, silalah hayati
kisah mencuit hati tapi punyai mesej tersendiri.....

7 comments:

  1. Ee... takut dgn monyet. Walaupun dah berrkali2 p ke Bali dan stay kat area Monkey Forrest tu, tp tak penah seklai pun masuk ke sana.

    ReplyDelete
  2. Salam Yan,
    Monyet kat Bali tu boleh tahan nakal juga, masa saya buar penggambaran, ada pelancong letak cermin mata kat atas kepala nak di curinya....Saya sendiri menanggalkan cermin mata, takuk kena tarik juga....

    ReplyDelete
  3. salam Chik Inn,

    monyet sekarang memang berani sebaliknya kita pula yang takut padanya

    sayanglah miss nengok dokumentari tu

    ReplyDelete
  4. kat kawasan rumah saya pun banyak monyet,sampai masuk pagar rumah..berani halau dari dalam rumah je, tapi dia buat derkkk je..macam bg mesej' eleh..aku tak takut, kau kena kurung...aku kat luar....brani, mai lahhh..'

    p/s: mari kita sama sama doakan para sahabt dan pelajar kita di mesir..seorang blogger yg anaknya ada di sana mohon kita mendokan semoga semuanya selamat....link blog dia di blog sya...

    ReplyDelete
  5. Sy penah jaga satu tempat yg punya chalet2 tepi laut dan dekat ngan hutan.monyet punyalah banyak..keluar dari hutan,pagi dan petang..tp bila tengok ramai penghuni2 di chalet2 ni,tak kira masa depa keluar.

    Semoga Kak Lin cepat sembuh ya.

    ReplyDelete
  6. Ibuintan dan Chenal,
    Astro selalu ulang tayang programnya....Kalau ada masa yang lepaskan peluang tonton kisah "Monkeys tale" ya...

    Cikgu Nurin,
    Sama sama kita mendoakan keselamatan pelajar pelajar dan rakyat Malaysia di Mesir...

    Rose,
    Kalau monyet tak mengganggu orang tak pa, jangan sampai kanak kanak kena gigit......
    membahayakan kesihatan

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...