Ads by nuffnang

Wednesday, March 28, 2012

IDEA SEMANIS MADU.....

Alhamdulilah, hari ini kesakitan gusi yang saya alami sudah
beransur pulih.

Terima kasih kepada rakan rakan yang memberi cadangan.

Saya juga dapat menukar temujanji dengan doktor gigi
dari Sabtu ke petang esok.

Semalam, seharian saya dan beberapa rakan dari Primeworks
Studio menghadiri sesi "branstorming" untuk program
akan datang khususnya bagi tahun 2013.



Saya dikategorikan dalam kumpulan "otai". Kumpulan ini
terdiri daripada orang lama aka pihak pengurusan.

Setiap kumpulan dianggotai 8 ke 10 orang dan setiap ahli
perlu memerah minda memberi sekurang kurangnya
10 idea yang menarik untuk diterbitkan.

Antara peserta yang menghadiri sesi "brainstormimg"


Sesi saran minda yang diadakan selama 2 hari berakhir
tengahari tadi.

Haahhh nak jadikan cerita dalam keadaan gigi dan gusi
yang masih ngilu, saya perlu membentangkan dua program.

Seperti biasalah bab "storytelling" ni kalau beri kat saya
macam macam cara akan saya lakukan untuk program
yang dibentang menjadi pilihan.

Siap ada "backing singer" lagi, terima kasih Fieza dan
Elly.

Selesai pembentangan, rakan saya Aziz Hassan tegur
saya,

"Chik Inn, you ni bab presentation, steady dan memang
maintain aja macam dulu ya"?

"Ala biasa biasa lah Aziz," saya jawab pendek.

Selesai segala pembentangan daripada setiap kumpulan,
seperti yang dijanjikan penganjur Noraini Tahir,
beberapa hadiah istimewa telah disediakan.

Tiada apa yang saya harapkan kerana setiap
rakan rakan yang membentangkan kertaskerja
hebat hebat belaka.

Tatkala mengumumkan pemenang kategori "Idea
Semanis Madu", nama saya diumumkan sebagai
pemenang kerana cara penyampaian mencuit
hati dan 'ayat power" untuk menjual program
yang dibincangkan bersama ahli kumpulan "otai".

Keseluruhan sesi brainstorming yang diadakan
memihak kumpulan "otai".

Alhamdulillah.......kemenangan kami sebagai pembakar
semangat kepada golongan junior untuk bekerja
keras.....yang senior boleh..yang junior mesti lebih
lagi pada masa akan datang......

Menerima kategori 'Idea  Semanis Madu" dari Noraini diperhatikan
pengurus besar kami AKZ

Kumpulan "OTAI' dua lagi geng ada tugasan luar....

Terima kasih kepada pihak penganjur, sahabat
saya Noraini Tahir dan AJK nya....

Dalam kami bergembira, kesian juga kami kat Noraini.

Semalam masa balik ke rumahnya kira kira jam
10.45 malam, ketika hendak berhenti di lampu
isyarat persimpangan Sungai Penchala-Damansara Perdana,
tetiba sebuah motorsikal ditunggang 2 lelaki memecahkan
tingkap kereta dan terus melarikan begnya.

Dia hanya mampu menjerit kerana teramat panik.

Blackberry, telefon bimbit, external hard disk
antara yang terdapat dalam beg dan di anggarkan
kerugian kira kira 5 ribu ringgit.

Mujurlah tiada apa apa berlaku kepada dirinya.

Sesungguhnya Allah mengetahui apa yang terbaik
untuk umatNYA.

Peringatan buat saya juga rakan rakan, jangan
alpa dengan meletakkan beg di kerusi penumpang
sebelah pemandu.....

Sebaiknya letak di bahagian kaki kerusi
penumpang.....




6 comments:

  1. Lama tak nampak anda dikaca TV...sesekali rindu gak..:)

    ReplyDelete
  2. Cik Tie, saya banyak di belakang tabir....maklumlah dah "otai".....

    ReplyDelete
  3. Salam Cik Inn,

    Lama saya tak menjenguk blog ni...

    ReplyDelete
  4. Tahniah cik Mazlin, dah lama tak nampak.
    Psl kwn tu, kesian dia...skrg mmg wajib berhati2 tak kira siang atau mlm, ada org ke tidak. Asal ada peluang je perompak ni buat kerja keji.

    ReplyDelete
  5. Chik Inn memang 'otai'. Cadangan makngah hr tu tak dpt gerak lg ke? Tunggu ni....

    ReplyDelete
  6. Sebaiknya letak di bahagian kaki kerusi
    penumpang..... (BAHAGIAN BELAKANG)

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...