Ads by nuffnang

Friday, December 16, 2011

Alahai...kad ATM kena telan.....

Entri hari ini saya nak kongsi sedikit pengalaman yang
memang baru dalam episod kehidupan seharian saya.

Saya rasa hampir semua rakan blogger mempunyai kad
ATM...alaaaa kad nak keluarkan wang tunai, bukan kad
Angkatan Tentera Malaysia.

Kejadian berlaku Rabu lepas di mesin ATM "KawanKu"
di Sri Pentas.



Nak dijadikan cerita, ketika dengan asyiknya menekan
nombor pin dan jumlah wang yang hendak dikeluarkan,
ternampak dari jauh sahabat lama yang tidak berkhidmat
dengan Media Prima lagi.

Dia datang ke arah saya dan bersalaman.

Waktu yang sama mesin ATM dah berbunyi memberi
"signal" untuk menarik keluar kad dan wang akan keluar
sejurus kad ditarik.

Dok sibuk minta nombor telefon rakan saya Mira, tatkala
nak tarik aja kad, "zzzuppp........." kad di telan .......

Adui sabar ajalah........

Panik juga seketika..

Lepas tu saya segera menelefon perkhidmatan pelanggan
"KawanKu' yang nombornya tertera di mesin ATM.

Memang bagus dan efisyen sekali pegawai yang menjawab
panggilan saya tu.

"Cik Mazlin jangan risau...kami akan membantu
menyelesaikan masalah yang dihadapi".

Seperti biasalah beberapa soalan keselamatan
dikemukakan dan kakitangan Maybank tu memang
peramah dan memahami situasi pelanggannya.

Dia memaklumkan dalam masa tiga hari, kad saya boleh 
diambil di Maybank berhampiran Sri Pentas dan jumlah
yang hendak dikeluarkan telah dikreditkan kembali ke
akaun saya.

Buat sementara waktu nak keluarkan wang tunai
kenalah gunakan buku simpanan dan beratur di
kaunter.

Hah....pengajaran yang diperolehi dari kejadian itu,
bila nak ambil duit di mesin ATM,tatkala bunyi "signal",
kedengaran, segeralah tarik kad dan wang anda.

Seorang rakan saya, Asriza turut menerima nasib lebih
kurang saya tetapi senario berbeza sikit di mana dia
terlewat menarik wang yang telah keluar dan tetiba duit
ditelan dan terus mesin offline.........

Terkedu jugalah dia seketika......

Justeru ingatan kepada diri saya sendiri mahupun untuk
rakan rakan, bila nak keluarkan duit di mesin ATM bila
bunyi "signal" dah kedengaran segeralah tarik kad dan
wang.

Jangan berlengah masukkan kad dalam dompet dulu atau
"sembang mak alang" kat mesin tu.....

Saya rasa bukan saya dan Asriza saja yang mengalami
kejadian yang dikongsikan di atas, mungkin juga
rakan blogger yang lain pernah menerima "dugaan"
seumpama.....

Apapun secara amnya, tatkala mengambil wang ATM
terutama bila berseorangan, berhati hati dan lihat
keadaan sekeliling terlebih dahulu, takut kejadian yang
tidak diingini berlaku........

Selamat berhujung  minggu.........

26 comments:

  1. hehhe... betul tu.. selesaikan dulu urusan keluor duit.. baru le nak sambung sesi sembang2..

    ReplyDelete
  2. saya dtg jenguk blog awak nih sbb kad saya baru kne telan td petang masa nak beli makanan tuk buka puasa. yang peliknya, bukan kad aje tk keluar, duit pon tk keluar. uwarghhh 😭😭 yang keluar cuma resit je. hish paisey dibuatnyaa. cll helpline dha tutup, tuuu konon konon cari jawapan dkt google tu apa patut dibuat. haha harap harap esok dpt apply kad baru. hikhik

    ReplyDelete
  3. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  4. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  5. Halo, adakah anda mendengar kad ATM Blank yang boleh mengeluarkan sehingga 10,000 $ dan lebih kemudian dengan anda mempunyai sebarang akaun dengan mana-mana Bank jika anda perlu mendapatkan kad ATM ini, anda boleh mendapatkan saya untuk maklumat lanjut tentang kad ATM ini yang anda boleh E-mel saya melalui americanatm13@gmail.com atau whatsApp saya di +2348143840335

    ReplyDelete
  6. boleh tanya tak kalau kad bank kena telan nak buat kad baru mesti kena buat laporan polis jugak kew.-affin bank-

    ReplyDelete
  7. Kalau bank bsn
    Kad dipulangkan ke kena buat yang baru?
    Entah tiba tiba
    Masukkn kad lpstu msin tu tlis
    Perkhidmatan mcm trhnti skjp
    Lpstu tiba2 kad kne tarik

    ReplyDelete
  8. Hello fren nak minta tolong semalam kad bsn sya di telan mcm mna sya bole dapatkan smula kad tu sapa² yg tau tlkng whasapp sya ok -60178691826

    ReplyDelete
  9. Saya baru kena tadi, kena tunggu 3 hari ke kad tu boleh ambil sehari tak boleh ke? Aduh pisang lah jawapnya... 😔

    ReplyDelete
  10. Semua atm kat mesia ni xde kualiti..nak yg murah je tapi mengecewakan..

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...