Alhamdulillah sesi "pitching" yang diadakan
semalam berjalan lancar dan program yang
saya bentangkan diterima pihak pengurusan
atasan.
InsyaAllah akan ke udara awal tahun depan.
Program berkenaan apa???.....kena tunggu..
Ok, sekarang barulah kepala otak saya kurang
serabutnya....
Bolehlah sambung catatan bersama jemaah
Bersamamu dan Anak Yatim di Tanah Suci...
Pakej Umrah tajaan Kumpulan Gapurna ini
terus membawa jemaah ke Kota Madinah.
Ia memang diatur sedemikian kerana kesemua
jemaah, pertama kali menjadi Tetamu Allah,
justeru dapatlah mereka menghadiri beberapa
taklimat tambahan mengenai Umrah dan Ziarah.
Perjalanan dari Lapangan Terbang Antarabangsa
Jeddah ke Kota Madinah mengambil masa
kira kira 6 jam.
Kami berhenti seketika di kawasan rehat dan rawat
untuk makan malam yang telah siap dibungkus.
Kemudian perjalanan diteruskan dan pemandu
bas yang memandu kami seorang pemandu yang
berhemah.
Hampir kesemua jemaah istimewa Tetamu Allah
terus terlena kerana keletihan.
Ia juga julung julung kalinya bagi mereka
kembara perjalanan yang mengambil masa
yang lama.
Bagi diri saya sendiri, kira kira 1 jam menghampiri
Kota Madinah, saya terjaga dengan sendirinya
dan terus membaca ayat ayat Suci Al Quran.
Makin mendekati Kota Madinah, air mata saya
mula menitis membasahi pipi kerana teramat
bersyukur kerana dapat menjadi tetamuNYA.
SuhhanaAllah....tatkala melihat dari kejauhan
Masjid Nabawi hati saya terus sebak........
Syukur saya kehadrat Illahi, kembali lagi saya
ke sini dengan beberapa misi,
yang pertama pastinya untuk mendekatkan
lagi diri kepada Allah swt dan RasulNYA dan
kedua kerana dapat membawa jemaah
istimewa pilihan Allah.
Jemaah yang tidak menyangka dapat menjejakkan
kaki ke Tanah Suci berikutan tuntutan kanvas
kehidupan yang dilalui.
Sungguhpun telah ada perbezaannya, tetapi
masih sukar untuk mengumpul wang untuk pakej
mengerjakan umrah kerana mempunyai
tanggungjawab lain.
Kami sampai di Hotel Mokhtarah Al Alamin,
kira kira jam 2.30 pagi.
Setelah mendapat bilik masing masing, saya
memaklumkan kepada jemaah untuk bersiap
di lobi hotel jam 4.15 pagi untuk menunaikan
solat suboh.
Jarak di antara hotel dan Masjid Nabawi kira-kira
350 meter.
Berikutan sesampai saja kami di Masjid Nabawi,
Iman Masjid telah memulakan solat subuh, maka
kami bersolat di ruang luar Masjid Nabawi dengan
jemaah dari pelbagai bangsa dan negara.
Selesai solat subuh, beberapa jemaah ingin
menghabiskan masa di dalam Masjid Nabawi
manakala ada juga beberapa jemaah yang ingin
balik ke hotel penginapan kerana keletihan.
Justeru setelah saya membawa masuk beberapa
jemaah wanita, saya membawa balik beberapa
jemaah lain yang ingin berehat.
Kemudian saya kembali ke Masjid Nabawi untuk
bersama kumpulan yang telah masuk ke
Masjid Nabawi.
Masing masing khusyuk membaca Al Quran....
Kira-kira 6.30 pagi, saya mengajak jemaah
untuk pulang ke hotel bersarapan.
Namun secara tiba tiba tergerak hati dan kaki
saya terus melangkah ke laluan ke Raudhah.
Saya memaklumkan kepada 8 jemaah wanita
yang bersama saya, yang saya kurang pasti
pukul berapa Raudhah dibuka
kepada jemaah wanita,namun pergi juga dan
InsyaAllah, jika diizinkan Allah pagi ini dapatlah
solat sunat di Raudhah.
Sememangnya Allah swt mempermudahkan
segalanya.
Kami pun berjalan ke Raudhah dan ternyata
ramai jemaah wanita telah sampai lebih
awal.
Sememangnya setelah mendapat pengesahan
pihak penaja mengenai projek Umrah
Bersamamu, saban hari doa yang saya pinta
adalah Allah mempermudahkan segala urusan
kami.
Kurang daripada 30 minit kami terus dibenarkan
masuk ke kawasan Raudhah dan kami masuk
berjalan dengan selesa sekali.
Alhamdulillah.......
Kami solat sunat dan memanjangkan doa
dalam suasana yang tenang dan mendamaikan.
SubhanaAllah......
Di wajah jemaah yang saya bawa terpancar
satu kepuasan yang tidak terhingga yang
pastinya Allah Yang Maha Esa lebih mengetahui
keadaan mereke ketika itu.
Berikutan beberapa jemaah wanita yang tidak
dapat ke Raudhah pada waktu subuh, pihak
agensi umrah turut menjadualkan sesi untuk
ke Raudhah ditemani seorang ustazah selepas
Isyak.
Lazimnya, ramai jemaah wanita menziarah
Raudhah di sebelah malam.
Justeru masa yang di ambil untuk giliran jemaah
Malaysia/Indonesia memasuki ruang yang turut
dikenali sebagai Taman Syurga, yang juga
berdekatan dengan Makam Junjungan Mulia,
melebihi 1 jam.
Waktu menunggu dipenuhi dengan
memperbanyakkan bacaan Al Quran dan
berzikir.
Saya dimaklumkan beberapa anak yatim
yang turut mengikuti Umrah ini, beberapa kali
berpeluang menunaikan solat berhampiran
dengan Makam Rasullullah saw.
Alhamdullilah.......
Selain memenuhi masa di Masjid Nabawi,
Jemaah turut di bawah menziarahi Masjid
Kubah, Dua Qiblatain, Jabal Uhud, Perkuburan
Baqi dan Kebun Kurma.
Bagi Anak Anak Yatim dan anak Bersamamu,
tatkala berada di kebun kurma, mereka begitu
teruja sekali.
Selain melihat secara langsung pokok pokok
kurma di sekeliiling, sambil bersantai, mereka
turut dibenarkan menikmati segala apa saja
buah kurma, coklat, kacang yang dijual di
kawasan kebun kurma.
Namun dalam keseronokan, kejadian Fauziah
Samek dari Mantin, Negeri Sembilan yang terpisah
dengan jemaah wanita lain selepas solat Isyak
pada hari kedua di Madinah agak mencemaskan
saya.
Rakan sebiliknya menyangka, dia telah balik
ke bilik penginapan, berikutan dia kelihatan di
hadapan ketika hendak keluar di pintu masjid.
Lazimnya selepas solat, jemaah akan beramai
ramai keluar dari masjid dan waktu itulah Fauziah
telah terpisah dengan tiga lagi rakan biliknya.
Dia tidak membawa tag pengenalan jemaah
dan sama sekali kurang pasti hotel yang kami duduki,
kerana ia kelihatan lebih kurang sama sahaja.
Tatkala, dia kembali di hotel,
dia memaklumkan kepada saya, lebih setengah
jam dia hanya duduk menanti di perkarangan
masjid dan terus memanjatkan doa kepada Illahi.
Kemudian dia mengagahkan diri, melangkah
mencari hotel penginapan berpandu naluri hati.
Dalam mengatur langkahnya, dia bertemu
beberapa jemaah dari negara jiran yang kebetulan
duduk di hotel yang sama dan terus sampai
ke hotel dengan selamat.
"Mula itu akak memang rasa takut dan tak
tahu macam mana nak balik, Akak berdoa terus
berdoa, Ya Allah, tolonglah tunjukkan jalan pulang,
lepas tu rasa hati macam tenang tu terus jalan dan
jumpa pulak jemaah indon satu hotel dengan kita,"
Kak Fauziah menceritakan pengalamannya pada
saya.
Sesungguhnya Allah lebih mengetahui apa yang
terbaik untuk umatNYA.
Diuji kita, sebagai tanda sayangNYA.....
Intipati pada kejadian itu, saya berpesan pada
jemaah terutama kaum hawa juga pada diri saya
sendiri, jangan kita suka membuat andaian
sendiri.
Maksud di sini, jangan kita sering melafazkan,
"Saya ingat dia depan saya....", "Saya rasa dia
dah sampai hotel lah.....", "Saya ingat dia dengan
anaknya.......".
Sejak peristiwa malam itu, selesai sahaja berjemaah
di masjid, saya menyarankan setiap jemaah perlu
sentiasa bersama tidak kira ke mana mereka pergi.
Dan ternyata ia lebih mengeratkan silaturahim antara
satu sama lain kerana ada di antara mereka inilah
kali pertama bersua muka.
Pagi, selepas sarapan, sebelum bertolak ke Mekah,
sekali lagi saya membawa semua jemaah wanita
ke Raudhah.
Sememangnya terlalu ramai jemaah telah menunggu
dan tatkala jemaah dibenarkan masuk, suasana agak
bertolak tolakan, tapi Alhamdulilah kami semua
dapat juga solat sunat di Raudhah.
Secara jujurnya, ketika kami membuat wida di
Makam Rasulullah saw, sebelum berangkat ke Mekah,
saya membacakan doa yang saya sendiri
acapkali membacanya akan mengalirkan airmata
dan begitu juga dengan jemaah yang mengikuti
bacaan saya........
Maksudnya,
"Selamat tinggal wahai Rasulullah.
Berpisahlah kita wahai Nabi Allah.
Amanlah dikau wahai kekasih Allah.
Semoga Allah tidak menjadikan pertemuan kita ini,
sebagai hari terakhir denganmu untuk menziarahi
ataupun berada disisimu.
Kecuali Allah mengurniakan kebajikan sihat dan afiat
serta selamat, jika ada umur panjang.
InsyaAllah aku akan datang menziarahimu semula.
Tapi jika aku mati dulu, maka sekarang aku tinggalkan
di sampingmu ikrar sumpah setiaku dari hari ini,
hinggalah ke hari kiamat, iaitu pengakuanku yang
bersungguh sungguh, bahawa tiada Tuhan yang
lain disembah dengan sebenar benarnya kecuali
Allah Tuhan Yang Esa.
Tidak ada sekutu bagiNYA dan aku bersaksi dengan
sesungguhnya bahwa Nabi Muhammad adalah hamba
dan pesuruhNYA.
Maha Suci Tuhanmu, Tuhan yang mempunyai
kemuliaan dari segala yang mereka sifatkan.
Salam sejahtera ke atas Para Rasul.
Segala puji untuk Allah,
Tuhan yang mentadbirkan seluruh alam".........

Jemaah Umrah Bersamamu mendengar penerangan Ustaz Asri di kebun kurma..... |
Sesi temuramah dengan seorang daripada anak yatim |
Pose istimewa daripada Anak Yatim di Jabal Uhud..... |
Namun dalam keseronokan, kejadian Fauziah
Samek dari Mantin, Negeri Sembilan yang terpisah
dengan jemaah wanita lain selepas solat Isyak
pada hari kedua di Madinah agak mencemaskan
saya.
Rakan sebiliknya menyangka, dia telah balik
ke bilik penginapan, berikutan dia kelihatan di
hadapan ketika hendak keluar di pintu masjid.
Lazimnya selepas solat, jemaah akan beramai
ramai keluar dari masjid dan waktu itulah Fauziah
telah terpisah dengan tiga lagi rakan biliknya.
Dia tidak membawa tag pengenalan jemaah
dan sama sekali kurang pasti hotel yang kami duduki,
kerana ia kelihatan lebih kurang sama sahaja.
Tatkala, dia kembali di hotel,
dia memaklumkan kepada saya, lebih setengah
jam dia hanya duduk menanti di perkarangan
masjid dan terus memanjatkan doa kepada Illahi.
Kemudian dia mengagahkan diri, melangkah
mencari hotel penginapan berpandu naluri hati.
Dalam mengatur langkahnya, dia bertemu
beberapa jemaah dari negara jiran yang kebetulan
duduk di hotel yang sama dan terus sampai
ke hotel dengan selamat.
"Mula itu akak memang rasa takut dan tak
tahu macam mana nak balik, Akak berdoa terus
berdoa, Ya Allah, tolonglah tunjukkan jalan pulang,
lepas tu rasa hati macam tenang tu terus jalan dan
jumpa pulak jemaah indon satu hotel dengan kita,"
Kak Fauziah menceritakan pengalamannya pada
saya.
Fauziah menunaikan umrah ditemani anak sulongnya Wahyuddin |
Sebahagian daripada jemaah Umrah Bersamamu bersama krew TV3 |
Sesungguhnya Allah lebih mengetahui apa yang
terbaik untuk umatNYA.
Diuji kita, sebagai tanda sayangNYA.....
Intipati pada kejadian itu, saya berpesan pada
jemaah terutama kaum hawa juga pada diri saya
sendiri, jangan kita suka membuat andaian
sendiri.
Maksud di sini, jangan kita sering melafazkan,
"Saya ingat dia depan saya....", "Saya rasa dia
dah sampai hotel lah.....", "Saya ingat dia dengan
anaknya.......".
Sejak peristiwa malam itu, selesai sahaja berjemaah
di masjid, saya menyarankan setiap jemaah perlu
sentiasa bersama tidak kira ke mana mereka pergi.
Dan ternyata ia lebih mengeratkan silaturahim antara
satu sama lain kerana ada di antara mereka inilah
kali pertama bersua muka.
Pagi, selepas sarapan, sebelum bertolak ke Mekah,
sekali lagi saya membawa semua jemaah wanita
ke Raudhah.
Sememangnya terlalu ramai jemaah telah menunggu
dan tatkala jemaah dibenarkan masuk, suasana agak
bertolak tolakan, tapi Alhamdulilah kami semua
dapat juga solat sunat di Raudhah.
Secara jujurnya, ketika kami membuat wida di
Makam Rasulullah saw, sebelum berangkat ke Mekah,
saya membacakan doa yang saya sendiri
acapkali membacanya akan mengalirkan airmata
dan begitu juga dengan jemaah yang mengikuti
bacaan saya........
Maksudnya,
"Selamat tinggal wahai Rasulullah.
Berpisahlah kita wahai Nabi Allah.
Amanlah dikau wahai kekasih Allah.
Semoga Allah tidak menjadikan pertemuan kita ini,
sebagai hari terakhir denganmu untuk menziarahi
ataupun berada disisimu.
Kecuali Allah mengurniakan kebajikan sihat dan afiat
serta selamat, jika ada umur panjang.
InsyaAllah aku akan datang menziarahimu semula.
Tapi jika aku mati dulu, maka sekarang aku tinggalkan
di sampingmu ikrar sumpah setiaku dari hari ini,
hinggalah ke hari kiamat, iaitu pengakuanku yang
bersungguh sungguh, bahawa tiada Tuhan yang
lain disembah dengan sebenar benarnya kecuali
Allah Tuhan Yang Esa.
Tidak ada sekutu bagiNYA dan aku bersaksi dengan
sesungguhnya bahwa Nabi Muhammad adalah hamba
dan pesuruhNYA.
Maha Suci Tuhanmu, Tuhan yang mempunyai
kemuliaan dari segala yang mereka sifatkan.
Salam sejahtera ke atas Para Rasul.
Segala puji untuk Allah,
Tuhan yang mentadbirkan seluruh alam".........
Berkaca-kaca mata kakcik membaca catatan ini...
ReplyDeleteSaya juga sedih dan sayu membaca coretan ni, moga doa saya dimakbulkan satu hari nanti akan dapat menjadi tetamu Allah.
ReplyDeleteKak Cik,
ReplyDeleteTerima kasih kerana mengikuti blog saya.....
Zuwaidah,
InsyaAllah, satu hari nanti saudari pasti akan menjadi Tetamu Allah dapat mengerjakan Umrah/Haji...
salam. saya sempat tonton separuh saja.. itu pun dah mengalir air mata.. bagamana untuk menontonnya kembali?
ReplyDelete