Hari kedua saya di Kedah Darul Aman.
Semalam sampai pun dah petang dan Alhamdulillah
pesawat saya naiki menepati waktu penerbangan, tidak
seperti penerbangan saya ke Pulau Pinang tempuhari.
Tugasan saya di Kedah kali ini adalah untuk
menyelaras produksi baru untuk TV9 iaitu "OBSESI".
Tenaga utama untuk produksi ini Fieza sebagai
Penerbit dan Marwatif sebagai Penolong Penerbit.
OBSESI adalah program mendekati insan insan yang
begitu obses atau terlalu teruja dengan sesuatu
benda.
Penggambaran hari ini kami ke Changlun, mendekati
Izzatul Hanani Izham, 24 tahun yang begitu obses
dengan zip dan butang.
Anak sulong daripada tiga beradik ini mula berjinak
dengan zip dan butang tatkala berusia 7 tahun, yang
gemar melihat ibunya menjahit.
Sejak daripada itu dia begitu berminat menyimpan
pelbagai jenis zip sebagai koleksi mahupun untuk
dijahit pada baju, kasut, sandal,dijadikan tempat
letak pen dan macam macam lagi cenderahati untuk
sanak saudara mahupun sahabat handai.
Lazimnya, baju kurung atau tudung akan dijahit
manik atau labuci, tetapi Hanani lebih gemar
menjahit zip dan butang pada pakaiannya.
Saya amat tertarik dengan satu kenyataan yang
diluahkan Hanani,
"Saya rasakan hidup ini bagaikan zip, tatkala zip
ditarik ke bawah ibarat masalah berbelah bagi tetapi
bila dizipkan kembali, ibarat kita dapat mengatasinya
kembali".
Melihatkan koleksi zip dan butangnya, saya dan krew
produksi lain pun gelang kepala, memang Nani ini
punya koleksi zip macam nak buka kedai jahitan......
Esok kami akan ke Perlis dan mendekati satu lagi
kisah yang memang menarik hinggakan beberapa
krew saya dah mula rasa suspen.
Kami akan menemuramah Pak Din yang mempunyai
koleksi Sang Susur hampir seratus ekor
dan koleksinya bebas menyusuri dan bermanja
dengan keluarganya di dalam rumah.
Dia dan keluarganya memang OBSES dengan
Sang Susur yang tidak berbisa mahupun yang
memang berbisa......
Tunggu ya entri esok........

Sebahagian kolekis Hanani yang menggunakan elemen zip dan butang |
Lazimnya, baju kurung atau tudung akan dijahit
manik atau labuci, tetapi Hanani lebih gemar
menjahit zip dan butang pada pakaiannya.
Saya amat tertarik dengan satu kenyataan yang
diluahkan Hanani,
"Saya rasakan hidup ini bagaikan zip, tatkala zip
ditarik ke bawah ibarat masalah berbelah bagi tetapi
bila dizipkan kembali, ibarat kita dapat mengatasinya
kembali".
Sesi temuramah Hanani |
Melihatkan koleksi zip dan butangnya, saya dan krew
produksi lain pun gelang kepala, memang Nani ini
punya koleksi zip macam nak buka kedai jahitan......
Esok kami akan ke Perlis dan mendekati satu lagi
kisah yang memang menarik hinggakan beberapa
krew saya dah mula rasa suspen.
Kami akan menemuramah Pak Din yang mempunyai
koleksi Sang Susur hampir seratus ekor
dan koleksinya bebas menyusuri dan bermanja
dengan keluarganya di dalam rumah.
Dia dan keluarganya memang OBSES dengan
Sang Susur yang tidak berbisa mahupun yang
memang berbisa......
Tunggu ya entri esok........
mak aihhhhh tengok koleksi tu memang berwarna warni.....cantik jugak kan.
ReplyDeletetak sabar nak baca entry kak yang baru nanti.
salam kak, saya baru tgk tv9 tadi cerita tentang hanani dan pak din. nak tanya sikit la, kedai yang hanani pergi tu memang kat changlun ker? saya dah lama cari kedai camtu kat changlun tapi x jumpa la...camner nak contact hanani ni yer?
ReplyDeletehanani xde blog ke akak?
ReplyDelete