Petang tadi saya bersama staf saya, Fieza,
Atif dan Linda sempat ke Hospital Selayang,
melawat gadis kecil berusia 8 tahun dikenali
sebagai Nur NurulHaq Nazmi Walis atau
nama manjanya Cimi.
Hari ini genap 26 hari dia menjadi penghuni
tetap di wad ICU/Kebakaran tingkat 5 Hospital
Selayang.
Dia mengalami kecederaan kebakaran tatkala
tergelincir di tempat pembakaran sampah
berhampiran kediamannya.
Kulit di bahagian peha kirinya diambil untuk
menampal kesan kebakaran yang agak
teruk di kaki kanan.
Di waktu yang sama, ketika di Kota Madinah,
perasaan seorang ibu terasa sesuatu yang
tidak menyenangkan.
Tatkala menelefon suami dan bertanyakan
mengenai anak anak, suaminya Rozihan
memaklumkan segalanya dalam keadaan baik.
Selesai menunaikan Umrah pertama di Kota
Mekah, Edah Jusoh memaklumkan pada saya,
kaki kanannya berdenyut denyut dan bekalan
ubat yang kami bawa diberikan kepadanya.
Saya menasihatkan Edah supaya kurang bergerak
dan bersolat serta mengaji AlQuran di bilik sahaja.
Hari ketiga kesakitan di ibu jari kakinya
bertambah membengkak dan bernanah.
Selesai makan malam, kira kira 9.30 malam,
ditemani wakil agensi umrah, krew TV3
membawa Edah ke sebuah pusat perubatan
swasta untuk mendapatkan rawatan.
Nanah yang terkumpul di ibu jarinya
dikeluarkan dan sememangnya sukar
hendak kami bayangkan pedih dan peritnya
ketika prosedur itu dilakukan.
Memetik sms yang saya terima daripada
seorang pelajar USM bernama Afifa,
''Yakin pada Allah bukanlah mengharap
terkabulnya segala harapan......
Yakin pada Allah adalah meletakkan
keredhaan pada ketentuanNYA......
Rasa bahagia dengan ujian walaupun perit,
di situ air mata yang menitis terasa bernilai buat
menyiram api neraka......'
Kesakitan yang dialami Edah mungkin tanda
tanda yang mengaitkan dengan apa yang
dialami Cimi di tanahair, namun tiada siapa
yang tahu kecuali Allah Yang Esa.
Sepanjang ibunya Edah mengerjakan Umrah,
dia ditemani ayah dan kakaknya di hospital dan
antara pertanyaan Cimi,
"Mama tak balik lagi?
Setelah sampai di rumah petang 24 Mei, barulah
Edah mengetahui kisah sebenarnya.
Sungguhpun dia sedih, Edah tabah dan redha
dengan apa yang terjadi pada anak bongsunya.
Berikutan kesibukan tugasan membataskan
saya untuk menziarahi Cimi lebih awal, hanya
bertanya khabar melalui telefon bimbit Edah.
Tatkala saya berkesempatan menziarahi si kecil
petang tadi, bergenang air mata saya melihat
redup bebola matanya memandang tepat ke arah
mata saya.
Wajah comel si kecil itu jelas kelihatan menahan
kesakitan.
Saya terus sebak dan airmata telah mula menitis
dipipi.
Lantas terus saya mencium dahinya dan memeluk
erat Cimi sambil memberi kata kata semangat agar
dia cepat sembuh dan boleh ke sekolah.
Senyuman yang dilemparkan, bagaikan satu
magis menguat dan mematangkan diri saya
bahawa sesungguhnya setiap ujian yang
diberi Allah tersirat rahmat dan hikmah.
Bahagianya umat Allah, dihadiahkan ujian yang
amat hebat sebagai tanda kasihNYA....
Tidak akan dibiarkan terlena dalam kenikmatan
yang melimpah tapi dilindungi dengan ujian
dan cubaan yang tidak berkesudahan......
Panjatkan kesyukuran kerana itu tanda sayang
Allah kepada hamba-hambaNYA.....
Semoga Kak Edah terus kuat semangat dengan ujian
daripadaNYA dan si kecil Cimi cepat sembuh ya......
Sayang saya kepada keluarga Bersamamu saya,
kerana Allah swt..........
Atif dan Linda sempat ke Hospital Selayang,
melawat gadis kecil berusia 8 tahun dikenali
sebagai Nur NurulHaq Nazmi Walis atau
nama manjanya Cimi.
Semoga cepat sembuh Cimi sayang........ |
Hari ini genap 26 hari dia menjadi penghuni
tetap di wad ICU/Kebakaran tingkat 5 Hospital
Selayang.
Dia mengalami kecederaan kebakaran tatkala
tergelincir di tempat pembakaran sampah
berhampiran kediamannya.
Hari Pertama jari jemari Cimi cedera akibat kebakaran |
Jari jemari Cimi hampir sembuh |
Kulit di bahagian peha kirinya diambil untuk
menampal kesan kebakaran yang agak
teruk di kaki kanan.
Kesan pembedahan kulit peha kiri yang diambil untuk diletakkan di kaki yang cedera...... |
Di waktu yang sama, ketika di Kota Madinah,
perasaan seorang ibu terasa sesuatu yang
tidak menyenangkan.
Tatkala menelefon suami dan bertanyakan
mengenai anak anak, suaminya Rozihan
memaklumkan segalanya dalam keadaan baik.
Selesai menunaikan Umrah pertama di Kota
Mekah, Edah Jusoh memaklumkan pada saya,
kaki kanannya berdenyut denyut dan bekalan
ubat yang kami bawa diberikan kepadanya.
Saya menasihatkan Edah supaya kurang bergerak
dan bersolat serta mengaji AlQuran di bilik sahaja.
Hari ketiga kesakitan di ibu jari kakinya
bertambah membengkak dan bernanah.
Selesai makan malam, kira kira 9.30 malam,
ditemani wakil agensi umrah, krew TV3
membawa Edah ke sebuah pusat perubatan
swasta untuk mendapatkan rawatan.
Nanah yang terkumpul di ibu jarinya
dikeluarkan dan sememangnya sukar
hendak kami bayangkan pedih dan peritnya
ketika prosedur itu dilakukan.
Memetik sms yang saya terima daripada
seorang pelajar USM bernama Afifa,
''Yakin pada Allah bukanlah mengharap
terkabulnya segala harapan......
Yakin pada Allah adalah meletakkan
keredhaan pada ketentuanNYA......
Rasa bahagia dengan ujian walaupun perit,
di situ air mata yang menitis terasa bernilai buat
menyiram api neraka......'
Kesakitan yang dialami Edah mungkin tanda
tanda yang mengaitkan dengan apa yang
dialami Cimi di tanahair, namun tiada siapa
yang tahu kecuali Allah Yang Esa.
Sepanjang ibunya Edah mengerjakan Umrah,
dia ditemani ayah dan kakaknya di hospital dan
antara pertanyaan Cimi,
"Mama tak balik lagi?
Setelah sampai di rumah petang 24 Mei, barulah
Edah mengetahui kisah sebenarnya.
Sungguhpun dia sedih, Edah tabah dan redha
dengan apa yang terjadi pada anak bongsunya.
Berikutan kesibukan tugasan membataskan
saya untuk menziarahi Cimi lebih awal, hanya
bertanya khabar melalui telefon bimbit Edah.
Tatkala saya berkesempatan menziarahi si kecil
petang tadi, bergenang air mata saya melihat
redup bebola matanya memandang tepat ke arah
mata saya.
Wajah comel si kecil itu jelas kelihatan menahan
kesakitan.
Saya terus sebak dan airmata telah mula menitis
dipipi.
Lantas terus saya mencium dahinya dan memeluk
erat Cimi sambil memberi kata kata semangat agar
dia cepat sembuh dan boleh ke sekolah.
Senyuman yang dilemparkan, bagaikan satu
magis menguat dan mematangkan diri saya
bahawa sesungguhnya setiap ujian yang
diberi Allah tersirat rahmat dan hikmah.
Bahagianya umat Allah, dihadiahkan ujian yang
amat hebat sebagai tanda kasihNYA....
Tidak akan dibiarkan terlena dalam kenikmatan
yang melimpah tapi dilindungi dengan ujian
dan cubaan yang tidak berkesudahan......
Panjatkan kesyukuran kerana itu tanda sayang
Allah kepada hamba-hambaNYA.....
Semoga Kak Edah terus kuat semangat dengan ujian
daripadaNYA dan si kecil Cimi cepat sembuh ya......
Sayang saya kepada keluarga Bersamamu saya,
kerana Allah swt..........
Sejak balik dari Umrah, Kak Edah terus berkampung di Hospital Selayang |
Semoga kesakitan yang ditanggung oleh Cini segera 'berlalu pergi'. Amin.
ReplyDeletesemoga adik kecil ni beransur sembuh
ReplyDeleteSedih baca entri nih...saya paham situasi Edah sebagai seorang ibu...moga ujian nih jalan utk kebaikan keluarga ini..
ReplyDelete