Ads by nuffnang

Monday, June 4, 2012

Aku dan basikal Chopper......

Beberapa rakan saya bertanya bila nak sambung
kisah Jemaah Bersamamu di Tanah Suci yang
masih tergantung catatannya, maka jawapannya
akan saya kongsikan insyaAllah dalam minggu ini.

Nak mencatat kisah istimewa dengan jemaah
jemputan Illahi tu perlu dalam keadaan relak
dan waktu yang sesuai.

Sekarang tengah berserabut dengan beberapa
kertaskerja untuk program akan datang, itu
yang tak dapat menghadap komputer kat rumah
dan berkarya.

Esok ada sesi "pitching" dengan pihak pengurusan
tertinggi Media Prima jadi perlulah saya siapkan
Power Point dan Clipping Visual  tertentu untuk
tatapan mereka.

"Pitching" adalah sesi menjual idea sesuatu
program untuk diterbitkan bagi sesi 2013.

Ia bukan sahaja untuk wargakerja Media Prima,
malah dibuka juga kepada individu lain yang
membuat produksi sendiri, baik untuk program
berbentuk majalah atau dokumentari, kanak kanak,
wanita,drama dan pelbagai genre lain.

Ok kita tinggalkan kisah "pitching", tapi saya nak
sentuh sikit mengenai basikal pertama saya.

Terpanggilnya saya nak menulis entri ini
kerana semalam saya telah terjumpa
photo lama saya dengan basikal kesayangan
yang pertama iaitu Basikal Chopper.

Sekarang ini macam macam basikal
di pasaran seperti basikal Fixie, Mountain Bike, BMX dan
macam macam lagi.

Tetapi masa tahun 70an, kira kalau ada Basikal Chopper yang siap ada gear lagi, memang kira
dashyatlah.......

Kalau tak silap ia hadiah harijadi
saya yang kelapan.....

Bagi rakan blogger yang 4 series macam saya, memang zaman
zaman kita lah basikal tu ekkkk....

Teringin pulak nak naik Basikal
Chopper......tapi  rasanya susah nak
jumpa Basikal Chopper jenama Raleigh
ini lagi.....




6 comments:

  1. teringat jugak basikal chopper ni...kalau kt kg I masa kecik2 dulu, sape yg ada basikal chopper ni kiranya dia anak org berada lah!

    ReplyDelete
  2. foto lama kaler merah memang sangat sentimental

    ReplyDelete
  3. Memang masih ingat lagi basikal chopper tu... masa dulu saya ingat harganya sekitar RM170.00 memang cukup mahal waktu itu. memang bergaya....

    ReplyDelete
  4. hehehe...very the classic cik inn....

    ReplyDelete
  5. kalo 80-an.. basikal bmx.. & kalo balik kg... basikal tua.. fuhh punyalah berat kalo nak kayuh..
    opah saya gunakan utk membawa 'getah scrap' utk di hantar ke kedai pukal..:)

    smuanya hanya tinggal kenangan.. ternyata teknologi merentasi masa namun kenangan bersamanya tak mungkin dilupakan..

    ReplyDelete
  6. Assalamualaikum,
    Masa sekolah dulu2, kat sekolah kami hanya ada seorang je yang guna basikal ni...orang lain meleleh je air hidung tengok dia naik basikal ni. Hanya mampu tengok je...

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...