Ads by nuffnang

Friday, May 10, 2013

Bagaikan teritip di tepi batu....

Alhamdulillah penggambaran dua hari di Sebuyau
kira kira dua jam setengah perjalanan dari
bandar Kuching berjalan lancar sungguhpun
tergendala beberapa ketika kerana hujan....

Ia sama sekali tidak menjejaskan produksi
kerana diteruskan dengan penggambaran
di dalam rumah.

Kisah Sharifah Salwah Wan Manshor ibu tunggal
kepada tujuh cahayamata ini pernah disiarkan
dalam rancangan Bersamamu pada tahun 2008.

Kami suka dengan semangat Salwah yang ingin
terus keluar daripada kepompong kemiskinan
dan melangkah ke fasa kehidupan yang lebih
selesa buat dia dan anak anaknya.

Bagi Salwah, kekuatan sebenar seseorang itu
terletak pada hati....

Petang semalam ketika sesi temuramah dengan
dia di pinggir muara, Salwah tidak menafikan 
sebelum kehadiran bantuan daripada
masyarakat prihatin, kehidupannya bagaikan
kapal di samudera yang terumbang ambing di
landa ombak.

Kini dia bangkit dan terus tabah bagaikan
teritip di batu, tidak goyah dilanda ombak....

Sesungguhnya Allah menyelitkan kelebihan
pada setiap kekurangan, kekuatan di setiap
kelemahan  dan kegembiraan pada setiap
kedukaan.....

DIA lebih mengetahui apa yang terbaik buat
umatNYA.....

"Barangsiapa dikehendaki Allah kebaikan
baginya, maka dia diuji" -(HR Bukhari)

Antara lokasi yang membawa ketenangan buat Salwah
yang terus kuat seperti teritip di tepi batu...


Salwah kini boleh menarik nafas lega dengan warna warna
indah dalam kanvas kehidupannya

Krew Potret Bersamamu bersama sebahagian
daripada keluarga Salwah

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...