Ads by nuffnang

Tuesday, November 27, 2012

Mabuk.... bau Getah Sekerap......

Dua hari saya di Perak Tengah untuk penggambaran
di Pertubuhan Anak Yatim/Miskin Bait Al Amin,
kesinambungan kepada "recce" yang saya buat
minggu lepas.

Alhamdulillah semuanya berjalan lancar seperti
yang dirancangkan sungguhpun hujan turut
membasahi bumi Parit.

Ketika tahun 2005, kami pernah membuat paparan
di pertubuhan itu dan keadaan rumah yang dihuni
anak yatim/miskin waktu itu sememangnya uzur.

Selepas dipaparkan, sumbangan yang diterima
daripada pelbagai pihak, begitu baik sekali dan
mereka kini mempunyai bangunan yang
sempurna dan selesa.

Dalam Edisi Khas Ramadan Bersamamu 2005,
kami turut paparkan kisah Anita Abu Bakar,
ibu tunggal enam cahayamata.

Dia bekerja di ladang ternakan ayam dan tinggal
sekali dalam kawasan ladang yang kediamannya
memang tidak sesuai utk pembesaran anak
anaknya.

Sungguhpun gaji diterima tidak setimpal namun 
demi membesarkan anak anak, biarpun
dikerumuni lalat bercampur dengan bau najis ayam,
tetap diharungi.

Dia redha setiap apa yang berlaku dan percaya
pasti ada hikmat tersendiri.

Kini, Anita telah mendapat pekerjaan tetap di
kilang Mardec, punya gaji yang tetap, kehidupan
lebih baik dan kediaman lebih sempurna. 

Anaknya Farah Hani 14 tahun yang menghuni
di Rumah Anak Yatim turut mendapat keputusan
baik dalam pelajarannya.

InsyaAllah, seorang lagi adiknya bakal menjadi
penghuni Bait Al Amin tidak lama lagi.

Semasa penggambaran di kilang tempat Anita
bertugas, ia satu pengalaman baru buat krew
terutamanya wartawan saya Ainul Fatehah.

Bab penggambaran di ladang getah, pepagi hari
ke, tengahari ke, petang ke, memang biasa
ikut individu pergi menoreh.

Dikelilingi nyamuk pun, kira tak ada masalah,
tetapi penggambaran memproses getah di
dalam kilang Mardec di Bota Kanan ini memang
berlainan sekali.....

Adusssss.......bau getah sekerap, menyusuk
jiwa dan kalbu.

Memang tidak dinafikan, kadangkala dalam
perjalanan ke sesuatu lokasi dan melintasi
kilang getah, bau getah memang dihidu tetapi
sekadar sekali lalu.

Bila dah berada di kilang dengan jangkamasa
lama, memang letak minyak angin di hidunglah
jawabnya......


Getah yang sedang diproses.....

Jurukamera merakamkan pekerjaan Anita

Longgokan getah sekerap di belakang saya
 menanti untuk diproses...

Ainul terus mabuk dan muntah kerana tidak tahan
dengan keadaan bau getah sekerap yang memenuhi
sebahagian daripada kilang terbabit....

Malah bau terus melekat ke baju jangka masa
yang lama......

Kesian Ainul.....satu pengalaman baru buat dirinya....

Mungkin bagi pekerja seperti Anita dan rakan
rakan, alah bisa tegal biasa.......mereka telah
lali dengan keadaan bau getah yang di proses...

Bagi mereka, yang penting mencari rezeki yang
halal dan diberkati demi masa depan anak anak......

Buat Anita, teruskan usaha untuk merubah kehidupan
dan keluar daripada kepompong kemiskinan.....

Dalam perjalanan balik, krew yang teruja dengan
kisah lambakan durian di bahu jalan, singgah
dan membeli untuk dibawa balik.

Untuk mengelakkan daripada bau getah sekerap
dan bau durian bercampur aduk dalam van, rakan
rakan saya mengambil inisiatif membungkus durian
bagaikan nak naik pesawatlah........

Selamat menjamu durian sahabat sahabatku bersama
keluarga ........


Bungkus jangan tak bungkus.......

Durian yang telah dibungkus berlapis lapis......



Tapi makan tu berpada pada ya.......
ingat kesihatan......sekadar renungan bersama......


 

2 comments:

  1. Bagi kita yang tidak biasa, bau itu terasa menyiksa. Bagi mereka yang di situ sumber rezekinya, bau itulah yang memberikan mereka nyawa... :)

    ReplyDelete
  2. Memang betul komen Kak Cik....Bau yang menyiksa itulah penyumbang kepada pendapatan pekerja seperti Anita.....Alah bisa tegal biasa.....

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...